Lambat plak den update pasal Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2019 nih ye padahal PBAKL 2019 telah bermula pada 29 Mac 2019 yang lepas.
In sya Allah ada lebih kurang 6 hari lagi PBAKL 2019 akan berlangsung iaitu sehingga Ahad ni. 

So kepada sesiapa yang berkelapangan dan berhasrat nak mencari pelbagai buku yang diberikan diskaun yang menarik, sila berkunjung ke PWTC dari 10 pagi hingga 9 malam ye.

Den dah pergi ke PBAKL 2019 pada hari pertama selepas den menghadiri Program Pelancaran Buku Diari Dari Penjara (in sya Allah den cerita nanti ye kalau tersempat huhuhuhuhu).
Of course ada macam-macam aktiviti lain yang dianjurkan di PBAKL 2019 ni selain daripada jualan buku. Cuma atas kita la rajin ke idok nak joint nya ye.

Kali ni den tak pergi banyak booths pun dan tidak terasa nak ambil banyak gambar sangat di PBAKL 2019, tak sure la kenapa, malas barangkali.

Still dalam tak singgah kat pelbagai booths pun still juga poket koyak rabak sakan shopping buku hehehehhehee. 
Drama kat tv sekarang katanya. Tak den ketahui cerita apa ni. Of course den tak beli buku ni.
Pesanan den kepada ulat buku, sila bawa beg tarik macam nak pergi melancong tuh ye. Paling kurang sila bawa beg sandang belakang yang besar dan kukuh. Sebab apa? Sebab percayalah cakap den yang korang akan tershopping buku dengan jayanya. 

So lets books shopping at PBAKL 2019 k, in sya Allah tidak akan kecewa.

4 Comments

  1. last CT pegi kan.. hehe masa sek menengah. buat trip kesana tapi takdela memborong sangat time tu. xdak duit n hakikatnya x minat sangat membaca. hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehehhehe takpe....minat setiap orang berbeza-beza. Tapi PBAKL untuk ulat buku dah jadi macam acara wajib dihadiri setiap tahun

      Delete
  2. baru pegi jugak hari isnin, best. sempat jugak grab 5 buah buku fixi. :)

    first time singgah sini & follow :)

    https://aerillhassan.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat berkenalan aerill. Ksarie dah follow blog aerill

      Delete