Avengers: End Game

12:27
Dah hampir seminggu rasanya movie nih ditayangkan di pawagam dan dah banyak gila spoilers yang telah diterlepaskan kat media sosial tapi den tetap nak bagi review versi den untuk movie ni yang kitaorang satu family tengok pada 27 April (Sabtu lepas).

Sinopsis movie ni korang boleh baca sendiri kat internet k.

Memang tak banyak aksi untuk 2.5 jam pertama movie ni tapi lebih mendalam jalan ceritanya dan memang banyak babak yang menyentuh hati. Dah first 10 minutes pun air mata boleh bergenang sampai den terfikir ‘eh ni movie superhero ke movie ala-ala Me Before You?’.

Anak den si A tuh memang boring gila sebab budak 5 tahun dia nak tengok aksi lawan je la kan.

Memang terbaik la susunan cerita lagi-lagi bila semua superheroes diberi tugasan untuk mengambil semua stones yang ada pada satu masa silam yang telah disetkan.

Bagi den yang tengok semua superheroes movies daripada Marvel ni, den rasa this movie is the perfect ending for the epic franchise. 

The only perfect ending for Avengers series. No other ending will ever beat this.

Movie ni memang best dan perfect sebab ianya berkisarkan:

1. pengorbanan yang terpaksa dilakukan for the greater good;

2. semangat setiakawan yang meruntun hati;

3. ada perkara yang telah ditakdirkan yang memang tidak dapat diubah;

4. life must go on no matter how hard and bad the situation is;

5. dah nak kalah dan terpleot macam mana pun, perlu tetap teruskan perjuangan dan tidak berputus asa;

6. seketul je orang jahat yang berkuasa akan memerlukan pengemblengan tenaga semua orang baik untuk berlawan dengannya;

7. kalau diberi peluang untuk kembali ke masa silam, even superheroes nak jumpa dengan orang that meant the most to them (parents, girlfriend, etc); dan

8. dalam hidup ni, kena bersedia dengan sebarang kemungkinan dan kebarangkalian no matter how perfect our plan is.

Cukup la 8 points kenapa movie selama 3 jam ni korang kena tengok walaupun korang bukan peminat superheroes movie.

Eventhough den dah terbaca 1,2 spoilers sebelum den tengok movie ni tapi still bila tengok sendiri movie ni, spoilers tuh tidak menjejaskan sedikit pun bestnya movie ni pada den.

Den tak sangka movie superheroes boleh buat ayaq mata menitik-nitik.

The best Avengers movie ever.

The perfect ending.

5 bintang untuk movie ni. Serious thorbaekkkk.

4 comments:

  1. hai sy dtg singgah https://azraalyana.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. Mula follow cite superheroes after watching Dr strange..n then I follow smpi la endgame ni .mmg xmengecewakan walupun duk dlm pggung 3 jam..xrugi. Why not filem malsysia pun buat 3 jam juga..mesti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Superheroes movies memang best kan. Boleh dikategorikan sebagai legendary

      Delete

Powered by Blogger.