Pelancaran Buku Diari Dari Penjara, Dato' Harun Idris (Susunan Kamal Amir), 29 Mac 2019, PWTC

12:57
Pada 29 Mac 2019 yang lepas iaitu hari pertama bermulanya Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur di PWTC, den bersama seorang penulis cerpen dan novel serta part time blogger iaitu Cik Ezzan Haqis telah berpeluang menghadiri Majlis Pelancaran Buku Diari Dari Penjara. 
Disebabkan kitaorang tunggu Komuter Shah Alam - KLSentral sampai 40 minit, makanya sampai-sampai je PWTC ngam-ngam pukul 3 pm dan event dah bermula dgn bacaan doa.
Disebabkan buku adalah tentang catatan Allahyarham Dato Harun Idris seusai sebelum Allahyarham dipenjarakan dan semasa Allahyarham berada di dalam penjara, makanya ucapan penulis, anak arwah Allahyarham Dato Harun Idris, Dato Asyraf Wajdi Dusuki dan Tengku Razaleigh Hamzah semuanya ada unsur politik heehehehehehe.

Dah langsung den terasa macam sedang berada di dalam Persidangan UMNO plak dah hehehehhhe. 

Den tak pernah pergi mana-mana talk atau persidangan mana-mana parti politik dan den juga bukanlah ahli mana-mana parti pun, makanya den memang macam terkujat-kujat juga la hehehehehehehee.
KuLi sedang berucap
Paling bersemangat berucap ni
Kemuncak perasmian
Sajak Wira Yang Tidak Didendang oleh dideklamasikan oleh Tun Kreatif pun sangat menarik dan mendalam maksudnya.

Dendangan lagu Air Mata Kuala Lumpur oleh Saloma (through radio) juga kena sangat dengan suasana pelancaran.

Dimaklumkan bahawa buku disusun dan ditulis berdasarkan 5 buah diari dengan 275 mukasurat Allahyarham Dato Harun Idris (yang merupakan mantan Dato MB Selangor dan Ketua Pemuda UMNO Malaysia).

Den berkesempatan membeli buku Diari Dari Penjara selepas majlis perasmian selesai. In sya Allah kalau dah habis baca buku ni, den akan review ye.

PS Eh the first week of April ni den asyik cerita pasal buku je kan hehehehhehhe. Buku memang la chenta hati den sejak dulu-dulu. In sya Allah nanti den cerita pasal perkara lain plak ye.

No comments:

Powered by Blogger.