Rezeki Pada Hari Jumaat

Den sedar diri yang den memang banyak lagho (siap esok nak pi tengok Konsert Ed Sheeran lagi kan?) tapi den berangan-angan mat jenin nak coretkan kat blog den ni pasal input yang den dapat daripada kuliah yang den tersempat hadir sebelum ni atau apa-apa info yang agak-agak ilmiah untuk bacaan den di kemudian hari pada setiap hari Jumaat, in sya Allah.

So hari ni den mulakan dulu rezeki yang den dapat di hari Jumaat yang penuh barokah ni. Of course kita semua dah tau rezeki datang dalam pelbagai kaedah dan rezeki dan pernah salah alamat kan?

Alhamdulillah hari ni den dapat banyak rezeki:

1. dapat menghadiri Kuliah Jumaat yang ofis den anjurkan yang bertajuk Israq Mikraj dan disampaikan oleh PU Amin. Rezeki ni sebab kalau den ada mesyuarat di luar, MC sebab tak sihat, terpaksa EL sebab ada urusan yang tidak dapat dielakkan, den malas dooh macam dulu-dulu, etc dah tentu den tak dapat hadir ke ceramah ni;
Kecil molek je PU yang pernah bertekak dengan Sajat ni hehehehehe
2. dapat tempat duduk yang strategik di dalam Kuliah Jumaat tuh. Tak terlalu jauh atau terlalu dekat dengan penceramah, just nice kata orang. Rezeki juga ni sebab bilik mesyuarat ofis den tuh kecil je. Staff dah bertambah jadi 140 orang tapi bilik mesyuarat tuh tetap kekal boleh muatkan paling ramai dalam 80 orang kot. So rezeki sangat den dapat duduk di dalam bilik mesyuarat tuh. Kalau tak kena dengar ceramah daripada FB Live je la. Mujur juga tak dapat tempat yang dekat sangat dengan penceramah sebab den memang ngeri in case penceramah tertanya apa-apa soalan lalu den blur;

In sya Allah next time den kongsikan input daripada Ceramah Israq Mikraj oleh PU Amin tuh ye.

3. member lama belanja brunch. Dah lama gila tak keluar dengan member dari zaman UKM ni. Walaupun duduk di bandar yang sama tapi jarang gila babeng nak berjumpa sebab masing-masing busy dengan kehidupan tersendiri. Rasanya last sekali pernah keluar dengan dia dalam 5 tahun lepas kot. So memang sakan menyembang di kala menyuap makanan yang penuh kalori ke dalam mulut (matilanakkkk kena katok dengan Dr PPUM nanti). Mengenangkan kawan-kawan yang telah meninggal dunia dan cerita pasal life masing-masing. Alhamdulillah banyak cerita yang positif, menggembirakan, make us ponder about our life, etc.
Berapa agaknya kalori untuk hidangan nih kan? huhuhuhuhu
Member den ni dari zaman den kenal dia (tahun 1998…tua sungguh dah den ni) memang jenis orang celik agama, mengaji pun tajwid mantop, solat jaga, etc makanya sempat la:

a. den dengar dia bagi tazkirah jangan pernah berputus asa dan bersangka baik pada Allah kat den yang laghonya melambung-lambung ni (den tak tergamak nak cerita dengan dia den nak pergi ke Konsert Ed Sheeran esok huhuhuhuhu); dan

b. sempat la dia cerita dekat den pasal Allahyarham Ustaz Azli Taliban yang meninggal dunia di Madinah pada 12 Mac 2019 yang mana Allahyarham dikebumikan bersebelahan dengan kubur Imam Maliki (yang Mazhab Maliki tuh) dan Ibrahim (anak Rasulullah yang meninggal dunia pada usia 1 tahun lebih). So den terfikir, siapakah gerangan yang mendapat keistimewaan camni kan? Serious den tak kenal pun Allahyarham Ustaz Azli Taliban nih siapa. So den pun google la. Allahyarham Ustaz Azli Taliban atau nama sebenarnya Ustaz Norazli Musa, 52 tahun merupakan Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Perak yang juga aktivis Muslim Care Malaysia. In sya Allah ada masa nanti den nak baca lagi info pasal Allahyarham sebab kisahnya macam menarik sangat k especially macam mana dia boleh dapat nama Azli Taliban;

4. kiriman buku Tatacara Khatam Quran daripada emak member lama. Naik je kereta member den nak pergi brunch tuh, terus je dia hulur buku nih pada den. Katanya ‘mak dah lama kirimkan buku ni kat hang tapi tuh la tak tersempat aku nak bagi’. Mak ayah member den nih dah macam mak ayah angkat den zaman belajar dulu. Nak cerita pasal depa je kena ada satu entry khas lain. Tapi den memang sangat terhutang budi dengan depa sebab macam-macam perkara terutamanya pernah paksa den untuk joint kelas kat Darul Shifa’ di Bandar Baru Bangi (ini pun perlu satu entry lain hehehehehe). 
Kiriman buku Tatacara Khatam Quran macam reminder untuk den sebab tinggal tak beberapa hari lagi je pun kan nak masuk Ramadhan. Makanya kena pertingkatkan usaha nak membaca Al-Quran. Kena banyak-banyak muhasabah diri ni huhuhuhuhu; dan

5. dapat sampel kuih raya popia simpul yang memang favourite den dah almost 10 tahun. Setiap kali raya tak pernah miss order kuih ni. Rangup, tak berminyak dan memang sedap (untuk tekak den la ye). Orang lain dapat sampel ceconet je. Den dapat sampel sebekas hehehhehehehe.
So itu la cerita rezeki den pada hari ni.

Alhamdulillah. In sya Allah Jumaat depan den cuba update cerita ilmiah lagi ye. Doakan den istiqamah k.

4 comments:

  1. Jumaat yang terbaik! Rezki besar jgk kan dapat member yang baik ni. Hehe

    Ustaz Azli Taliban dapat gelaran tu sebab beliau suka simpan janggut panjang. Ni saya dengar dr ceramah ustaz Ahmad Dusuki.:)

    Semoga kita pun direzkikan meninggal dalam husnul khatimah. Amiin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aminnnnnnnn.

      KSarie nak cari masa untuk dengar ceramah Uztaz Dusuki ni.

      Delete

Powered by Blogger.