Segmen Mulan Kenapa Saya Ada Blog

Assalamualaikum dan salam Jumaat.

Apa khabar semua?

Diharapkan semuanya sihat dan dilindungi dan dirahmati Allah serta dipermudahkan semua urusannya.

 

Tahniah blogger Mulan kerana menyambut ulangtahun ke 20 tahun blognya.

Mantap betul Mulan kerana terus semangat untuk berkongsikan maklumat di dalam blog beliau dan sehingga kini masih mengekalkan kerahsiaan identiti beliau. 

Den selalu kelaparan apabila masuk blog Mulan ni sebab penuh dengan gambar masakan dan makanan yang buat air liur bisa meleleh😅.

Kalau baca tentang kisah travelling Mulan sekeluarga memang bikin hati berbunga-bunga sebab banyak sungguh tempat molek yang Mulan ada rezeki untuk mengembara di sana. 

Ayuhlah kome beramai-ramai kita sertai segmen blog oleh Mulan ini.

Tarikh tutupnya pada 30 November 2026, in sya Allah masih ada 4 hari lagi kita hendak memeriahkan segmen ini.

 

🐲Kenapa Saya Ada Blog🐲

 1. Terpaksa Buat Atas Tuntutan Keperluan Kursus MARA

Hahahahhaha....ini adalah sebab utama kenapa wujudnya blog Dinohauz ini.

Den cari gambar dinosaur tidak jumpa pula dalam special characters itu, jadinya den letak aje la gambar dragon ye. Kira bolehlah adik beradik dinosaur la kononnya ye😅. 

Pada 12 November 2015, den mengikuti Kursus Pemasaran Atas Talian lebih kurang macam tuh la lebih kurang anjuran MARA.

3 hari kursusnya.

Antara tugasan kami di dalam kursus tersebut adalah membuat sebuah blog berdasarkan perniagaan yang sedang dan akan dilaksanakan.

Memang disuruhnya buat blog pada ketika itu dan publish satu post ketika itu juga😅. 

Disebabkan den yang memang tiada pengetahuan tentang perniagaan dan anak sulung den peminat tegar dinosaurs, makanya den berangan hendak menjalankan perniagaan bertemakan dinosaurs begitu😅.

Den juga berhasrat hendak bercerita tentang dinosaurs di dalam blog tersebut.

Tempat-tempat menarik bertemakan dinosaurs yang kami akan pergi dan segala perkara berkaitan dinosaurs. 

Hence the name DINOHAUZ😅. 

Bak kata google "blog ini dimulakan secara santai untuk berkongsi kisah, maklumat, dan pameran berkaitan dinosaur yang diinspirasikan oleh minat mendalam anak sulungnya". 


2. Perkongsian Tentang Pelbagai Perkara

Seperti kata google "Walaupun bermula dengan tema dinosaur pada penghujung tahun 2015, kandungan blog ini kemudiannya berkembang merangkumi catatan gaya hidup, pelancongan, ulasan buku, dan makanan".

Begitulah kejadiannya. 

Daripada dinosaurs menjadi perkongsian caca merba hahahhahaha. 

Terus tidak ada niche. 

Macam blog Mulan niche nya masakan, makanan dan travel. 

Fanny niche blog nya adalah makanan dan travel. 

Mazni niche blog nya adalah hiking dan travel. 

Blog den temanya asal boleh begitu sebab udah terbuat blognya makanya marilah kita bercerita begitu😅. 

Macam-macam ada ceritanya.

Sekejap cerita belalang kunyit.

Nanti cerita mentibang laut pula. 

Mungkin tahun 2027 den boleh cuba fokus pada niche buku, makanan, movies dan travel kot ye😅.  

 

3. Aktiviti Review 

Den pernah berpeluang untuk menghadiri beberapa events dan familiarization trips, membuat review hotel, makanan, produk, perkhidmatan, dsb asbab dengan adanya blog ini. 

Kebanyakan aktiviti ini den catatkan di dalam blog ini. 

Perkara ini terhenti sejak tahun 2025 apabila den dipindahkan ke unit baru yang caca merba di pejabat ini😅. 

Den masih merindui sesi review ini sebenarnya sebab den suka dapat makan dan barang percuma😅.

 

4. Kenangan Untuk Diri Sendiri

Den hanya menulis tentang perkara yang den rasa hendak tulis begitu.

Itu pun den telah tapis untuk tidak menulis banyak perkara yang lagho😅. 

Blog ini akhirnya menjadi kenangan untuk den tengok kembali apabila teringat tetang sesuatu perkara walaupun ada penulisan-penulisan den terdahulu yang cringe gila😅. 

 

5. Dapat Berkenalan Dengan Rakan Bloggers 

Alhamdulillah rezeki den dapat berjumpa dengan beberapa rakan bloggers melalui blog ini.

Ada rakan bloggers yang menjadi travel buddies.

Ada yang rajin berkongsi peluang untuk joint events, etc. 

Perkongsian rakan-rakan bloggers di dalam blog mereka sememangnya memberi nilai tambah di dalam kehidupan den.

Kenapa ayat gomen sudah keluar ni😅?

 

Perkongsian bloggers walaupun tidak pernah bersua muka membuatkan den belajar banyak perkara.

Cerita tentang kebun, den belajar cara berkebun dan cuci mata tengok gambar-gambar flora yang cantik menghijau.

Kisah makanan, masakan dan restoran mengundang bertambahnya senarai bucketlist untuk makan di tempat-tempat tersebut😅.

Cerita travelling membawa den turut sama mengembara ke tempat-tempat yang den mungkin tidak akan bisa menjejakkan kaki. 

Anekdot kehidupan yang diceritakan membuat den berkongsi rasa, dsb.


Bagi seorang introvert yang sebenarnya terpleot di dalam bab berkomunikasi dan menulis ini agak terkejut la juga blog den sudah berusia 11 tahun pada 12 November 2026 yang lepas💗.

Blog den ini dari dulu memang tidak dikemaskini secara berterusan.

Kadang-kadang sepi berminggu-minggu begitu😅. 

Sebab tuan tanah kedaungnya adalah seorang yang malas segala-galanya😅.

Berkomunikasi pun terpleot.

Menulis pun ke laut dalam.

Jadinya asal teringat atau terajin baru update begitu. 

 

Kesimpulannya, bagi menjawab soalan Mulan Kenapa Saya Ada Blog boleh diringkaskan sebagai keterpaksaan yang berakhir dengan cerita caca merba yang tidak sangka sudah berpanjangan sehingga 11 tahun😅.  

 

0 comments