Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Semoga semuanya sihat walafiat, di bawah rahmat Allah sokmo dan dipermudahkan semua urusan.
November 2026 ini penuh sungguh jadual sampai terlupa tarikh segala😅.
Alhamdulillah pada Sabtu lepas 21 November 2026, den antara 20 orang yang terpilih dari pejabat den untuk memenuhi jemputan pengurusan ECRL bagi sesi uji pandu kereta api ECRL.
Ada pelbagai agensi yang terlibat terutamanya Tourism Malaysia, Selangor, Pahang dan Terengganu kalau tidak silap den.
![]() |
| Haruslah gambar tuan tanah kedaung bersama train ECRL jadi pembuka cerita ye😅Ini masa udah sampai di Stesen ECRL Kota Bharu |
Perjalanan dari Stesen ECRL Gombak - KotaSAS - Kuala Terengganu dan berakhir di Stesen ECRL Kota Bharu.
Pukul 5 pagi udah gerak dari rumah ke Stesen ECRL Gombak.
Besar sungguh stesennya.
Den bandingkan dengan stesen KTMB yang sedia ada yang den pernah turun dan naik sebab den kan memang setiap bulan menggunakan perkhidmatan ETS untuk balik kampung.
Putih bersih Stesen Terminal Bersepadu Gombak ni.
Molek la senibinanya sebab rekaan moden kan.
Sempat la den singgah ke tandas dan surau perempuannya.
Lebih besar dari surau di KLIA dan lebih kurang sama besar dengan surau di KL Sentral.
![]() |
| Disediakan papan maklumat tentang projek ECRL ini |
![]() |
| Setiap stesen ECRL yang dibina di setiap negeri mempunyai ciri-ciri unik negeri tersebut |
![]() |
| Stesen-stesen yang terlibat di sepanjang laluan kereta api ECRL apabila ia mula beroperasi sepenuhnya yang dijangka pada 12 Disember 2026 |
Disebabkan ini merupakan sesi uji pandu, makanya kami terus masuk aje ke dalam kereta apinya begitu tanpa perlu scan QR code tiket segala.
Kereta api yang kami naik ini mempunyai 5 gerabak.
4 gerabak untuk kelas ekonomi.
1 gerabak untuk kelas perniagaan ke kelas pertama...lupa sudah den.
Den merayap dari gerabak 1 hingga gerabak 5 untuk tengok keadaan kereta api.
![]() |
| Boleh nampak corak Malaysia di kereta api iaitu wau dan bunga raya segala |
![]() |
| Sempat la den berlari ke depan untuk mengambil gambar muncung keretapi sebelum masuk ke gerabak. Kenapa la den semakin membulat kan😅 |
![]() |
| Cantik dan unik sebab menggunakan motif songket untuk hiasan kerusi dan ruangan meletak barang di atas kepala. Kalau beg saiz kabin in sya Allah boleh muat di ruangan ini. Sama seperti ETS juga. |
![]() |
| Ini kawasan kelas ekonomi dengan susunan tempat duduk 3 + 2 |
![]() |
| Ruang kaki (legroom) di dalam keretapi ECRL ini lebih besar daripada ETS |
![]() |
| Memang lawa, bersih dan kemas sebab keretapi baru kan. Kalau terpleot saja la kan😅 |
![]() |
| Ini kelas perniagaan atau kelas pertama. Susunan kerusinya 2 + 2. Sekeping gambar je den sempat ambil di sini sebab kitanya duduk di kelas ekonomi😅. Kerusi nampak lebih gebu gebas begitu ye. Warna kerusi pun lebih hipster ye. |
Den merayap di dalam gerabak keretapi untuk tengok semua kemudahan yang disediakan.
![]() |
| Surau yang muat untuk 2 orang dalam satu-satu masa. Nampak selesa. |
![]() |
| Tempat wuduk di dalam surau |
![]() |
| Ada 3 tandas di dalam keretapi ini. Ada tandas OKU. Ada 1 tandas duduk dan 1 tandas cangkung. |
![]() |
| Tempat meletak beg di sebelah sinki. |
Kalau tanya den, ECRL ini adalah lebih kurang ETS begitu.
Google cakap ETS adalah di dalam kategori "kereta api berkelajuan sederhana tinggi antarabandar di atas landasan tolok meter (metre gauge)".
Manakala ECRL adalah di dalam kategori "kereta api laju (bukan kereta api berkelajuan tinggi/HSR yang lazimnya bermula dari 250 km/j ke atas)".
Kalau kita teringin hendak naik kereta api berkelajuan tinggi, kita kena pergi Indonesia untuk naik Whoosh dari Jakarta - Bandung ye.
Jadual Perbandingan Spesikasi dan Kelajuan Antara Whoosh, ECRL dan ETS
Saja la den nak simpan maklumat ni di sini untuk pembacaan den (sumber google).
In sya Allah semoga Malaysia ada juga kereta api berkelajuan tinggi seperti Whoosh satu hari nanti ye.In sya Allah semoga satu hari nanti kita semua berpeluang untuk naik Shinkasen di Jepun dengan kelajuan maksima 320 km/j dan Shanghai Maglev (kereta api levetasi magnetik) dengan kelajuan maksima 460 km/j.
Sementara itu, ayuh kita naik ETS dan ECRL di Malaysia terchentah ni ye.
Untuk den yang memang bergerak dengan pengangkutan awam, den happy dan bersyukur sangat ada ETS dan ECRL.
![]() |
| Memang kena bawa sweater atau shawl la ye baik dalam ECRL atau ETS sebab kedua-duanya pun memang kadang-kadang sejuknya sebegini. |
![]() |
| Kome nengok la masih bersalut plastik lagi televisyennya itu😅 |
Kalau tanya tentang keselesaan, sama selesa ECRL dan ETS sebenarnya.
Kemudahan kepada rakyat untuk membuat pilihan pengangkutan yang terbaik mengikut kesesuaian masing-masing.
Semua pengangkutan adalah pilihan untuk kita.
Kalau keluarga ramai dan spesies suka singgah di sana sini di dalam perjalanan seperti oppa den itu, makanya sesuai la naik kereta tidak kira menghala ke utara atau ke pantai timur dengan tema road trip.
Kalau solo traveller atau hendak berjimbaan bersama kawan-kawan, boleh pilih untuk naik ETS atau ECRL.
Sekiranya teringin hendak tengok awan biru dari tingkap dan masa perjalanan yang pendek, silalah naik kapal terbang begitu.
Tepuk dada tanya hati yang mana satu sesuai dengan kita ye.
Sepanjang perjalanan dengan kereta api ECRL ni, banyak la pemandangan molek yang kita boleh tengok.
Den ambil gambar sekupang dua aje buat kenangan.
![]() |
| Ladang solar panel di Pahang |
![]() |
| Stesen ECRL KotaSAS yang menggabungkan elemen Jata Negeri Pahang dan gading gajah |
Mungkin penulisan den sedikit biased tentang perjalanan dengan kereta api sebab den sejak kecil naik kereta api dari Butterworth ke Kuala Lumpur/Seremban setiap kali Aidilfitri untuk berhari raya di Port Dickson sejak tahun 1985.
Den berpeluang naik kereta api Ekspress Sinaran segala semasa di bawah Keretapi Tanah Melayu lagi.
Jadinya den memang suka naik kereta api😅.
![]() |
| Tumpang duduk di kerusi kakitangan ECRL ni sekejap sementara deme uji pandu. Kalau masa operasi sebenar tentu ada kakitangan ECRL yang duduk sini kan. |
Kami berlepas dari Stesen ECRL Gombak pukul 7 pagi.
Berhenti di Stesen KotaSAS dan Stesen Kuala Terengganu untuk mengambil penumpang (Tourism Pahang dan Terengganu).
11 pagi kami sudah sampai di Stesen ECRL Kota Bharu.
Mantap kan?
Den ni kan agak tinggi sikit.
Jadinya bila officemate yang petite dan comel ambil gambar den udah den nampak macam gergasi😅.
![]() |
| Tinggi nak mati ye escalator di Stesen ECRL Kota Bharu ni. Kalau bawa anak-anak kecil kena berhati-hati supaya tidak jatuh tergolek. Langsung gayat plak den masa turun escalator ni. |
![]() |
| Sebab masih belum beroperasi ECRL nya makanya stesen nampak lengang begitu |
Seusai tiba di Stesen ECRL Kota Bharu, kami diberikan masa untuk aktiviti bebas sehingga 4 petang.
4.30 petang kami bertolak dari ECRL Kota Bharu menghala balik ke Gombak.
9 malam kami tiba di Stesen ECRL Gombak.
![]() |
| Gambar tuan tanah aje la ye yang tidak dikaburkan😅 |
Kesimpulannya bagi den memang awesome akhirnya kereta api ECRL ini akan dapat beroperasi dalam masa tidak sampai sebulan lagi.
Sebelum ini ketersampaian ke sebelah Pantai Timur agak mencabar kerana hanya ada pilihan jalan darat dan jalan udara sahaja.
Sekarang kita ada tambahan pilihan laluan kereta api.
In sya Allah kalau terasa teringin hendak makan dan shopping di Pasar Siti Khatijah, dalam masa 4 jam kita boleh sampai begitu.
Aktiviti den balik kampung dengan ETS setiap bulan, samada den akan berangan tengok pemandangan, membaca buku, tengok KDrama dengan handphone atau tidur pengsan.
Begitulah juga rasanya den nanti kalau naik kereta api ECRL satu hari nanti😅.
Jadinya ayuhlah kita merancang untuk naik kereta api ECRL bersama keluarga, kawan-kawan atau travel seorang diri ye.





















































0 comments