Assalamualaikum.
Apa khabar semua?
Jerubu tempat kome teruk tak?
Shah Alam ni jerubunya macam tipis tetapi sakit juga mata bila berlama-lamaan di luar rumah.
Den dan keluarga den singgah makan tengahari di Rumah Makan Ikan Sungai di Lenggong, Perak.
Kami pergi makan sini pada awal April tahun ini.
Tiba-tiba baru rasa hendak cerita😅.
Yang kuban-kuban itu memang la perangai den😅.
Ada beberapa rumah makan ikan sungai di Lenggong kalau diikutkan.
Kami terjumpa di dalam google Rumah Makan Ikan Sungai yang ini.
Makanya ke sini la kita ye.
Perak ni dia punya panas memang macam extra vaganza ke den yang acah-acah puteri lilin?
Masa sampai di kedai makan di tepi jalan di dalam sebuah kampung ini, dia punya panas lit-lit itu memang tidak bisa buka mata begitu.
Kalau panas macam ni memang kome boleh bayang la dia punya bahang bila makan di ruang terbuka di berbumbungkan atap zink.
Memang berkicap dan ketibas yang tidak bisa dibawa berbincang😅.
Tetapi tetap berbaloi unutk den kerana lauk pauk kampung yang memang sangat awesome untuk tekak den.
Warga emas begitulah ye.
Memang kesukaan hidangan yang sebegini.
Set setalam makan 4 orang ada nasi putih, ikan goreng, ikan pekasam, ikan masak lemak, ulam-ulaman, sambal belacan, sambal kicap, tempoyak dan kerak pekasam RM50.
Murah gila kan?
Kome jangan tanya den spesies ikan sungai dalam hidangan ini sebab sumpah den tak kenal lampam ke apo.
Den cuma champion bab makan sahaja😅.
![]() |
| Ini harga masa April 2026, sekarang tak tau samada harga masih sama atau telah berubah |
Disebabkan si A peminat tegar ayam dan si F peminat tegar telur dadar, kami tambah 2 lauk ini.
Tambah lagi ikan bakar walaupun perutnya setakat mana la pun kan hendak makan berdua.
Dasar tamak haloba sungguh begitulah😅.
Air sirap percuma free flow.
Kalau untuk den, makanan yang dapat 5🌟 adalah ikan goreng, ikan pekasam dan ulam-ulamannya.
Ikan goreng cukup garam kunyit dan digoreng garing.
Memang boleh makan tulang sekali krup krap krup krap macam tuh.
Ikan pekasam memang speciality orang Perak kan?
Menu ini buat bertambah nasi secara tindakan di luar sedar begitu😅.
Ikan pekasam yang digoreng dengan bawang besar dan cili membuatkan hidangan ini wangi dan ala-ala cair di mulut begitu.
Tapi den paling berkenan dooh dekat ikan pekasam yang pernah beli di sebelah kedai makan Mak Jah Mee Udang Kuala Sepetang.
Itu ikan pekasam yang paling awesome untuk den.
Ulam-ulaman segar bugar semuanya.
Kalau tidak silap ada pucuk gajus, mengkudu dan ulam raja.
Ada 2 ulam yang den tidak pernah jumpa.
Ada dibagitau namanya oleh akak kedai itu tetapi den udah terlupa😅.
Sambal belacan, sambal kicap, tempoyak dan kerak pekasam memang la buat kita semakin berpeluh-peluh semasa makan sebab pedas + suasana panas lit-lit.
Ikan masak lemak kuning nya cukup rempah, santan, ada belimbing buluh segala dan sedap je cuma tulang ikan agak banyak jadinya leceh untuk den pesoh ikannya agar tidak tercekik tulang.
Seorang teammate den kena dibedah 2 kali sebab tercekik tulang ikan.
Dia terus tidak makan ikan.
Kejadian ini pula berlaku sejurus sebelum den ke Rumah Makan Ikan Sungai ni.
Jadinya rasa seriau masih menebal dalam hati.
Tetapi den sedikit terkilan dengan ikan bakarnya sebab dalam kepala den ikan bakar adalah ikan yang dibakar sampai garing ala-ala hangus sedikit di sana sini begitu.
Ikan yang dibakar di dalam daun pisang ini sedap je cuma macam lembik sedikit.
Untuk orang lain mungkin ngam dah.
![]() |
| Boleh beli ikan pekasam bawa balik ke rumah |
![]() |
| Yang terpaling lemah longlai sebab panas lit-lit. Generasi alpha ni lain macam. Elok dihantar ke kursus ikhtiar bertahan hidup komando ke macam mana ni😅 |
Secara keseluruhannya, memang puas hati makan di sini walaupun jenuh juga hendak menyampaikannya😅.
Keadaan kedai kampung di kawasan terbuka memang maksudnya kita kena bertabah menjamu selera di kala panas mentari menyinar dengan jayanya.
Kalau kome ke Lenggong, singgah la makan tengahari di sini ye.















0 comments