Assalamualaikum.
Apa khabar di hari Isnin yang indah ini?
Macam mana hari minggu kome?
Semoga semuanya molek-molek belaka ye.
Semoga Allah permudahkan urusan kita semua, in sya Allah.
Den sekeluarga makan tengahari di Little Ipoh Cafe di Seri Iskandar, Perak.
Dia kalau makan di tempat selain kedai mamak dan kedai tomyam itu maknanya den la pilih kedainya😅.
Deme heroes itu adalah pelanggan tetap kedai mamak sebab kata deme apa nak makan semua ada di situ.
Deme tidak kisah bab cozy and welcoming vibes apa semua tu😅.
Bagi deme yang penting perut kenyang.
Bertuah betul kan😅?
Tapi setiap kali den ajak makan di tempat-tempat macam ni deme layankan aje.
Kami atau lebih tepat den😅pesan menu Nasi Sambal Nenda Edisi Mangkuk Tingkat, Breakfast Mat Salleh, kentang goreng, ais kepal, root beer dan float dan teh o ais.
Pilih Nasi Sambal Nenda Edisi Mangkuk Tingkat sebab berkenan dekat ayat 'edisi mangkuk tingkat' itu😅.
Dalam mangkuk sia ada nasi, sambal Nenda dan keropok.
Dalam pinggan ada ayam goreng, kobis dan timun, sup dan sambal kicap.
Budak-budak berkenan betul dekat ayam gorengnya.
Garing di luar lembut di dalam begitu.
Sambal Nenda nya boleh tahan pedas berdesing.
Sejak masuk usia warga emas ini, perut den memang tidak bisa lagi makan pedas sangat.
Jadinya makan sambalnya cuit-cuit aje la.
Breakfast Mat Salleh ini memang den suka sebab den peminat big breakfast.
Ada hash brown, sosej ayam, telur hancur, kentang putar, croissant, baked beans dan potongan tomato.
Ini den dapat rasa sesuap dua aje la sebab makanan kegemaran budak-budak juga ni.
Hendak pesan lebih takut karang tidak habis.
Makanya boleh la asal merasa begitu.
Comel aje kan ada bendera Malaysia sebab kami datang makan bulan Ogos, bulan kemerdekaan.
Kentang goreng asal tidak makan minyak dan tidak masin memang udah molek.
Ais kepal ini asbab terkenang zaman kanak-kanak yang sakan minum ais kepal hampir setiap minggu selepas balik sekolah dengan kawan-kawan.
Cafe nya tenang, santai dan membuatkan kita hendak lepak lama begitu.
Banyak tempat menarik untuk bergambar.
Masa kami datang tiada orang.
Jadinya sakan la den suruh budak-budak ni ambil ambil gambar den di sana sini sampai ke tingkat atas.
Pasrah aje la si F😅.
Si A memang bolayan sikit bab hendak ambil gambar omma😅.
Kalau satu tempat kita minta dia ambil banyak kali, dia akan cakap 'kenapa perlu ambil banyak gambar di tempat yang sama?'.
Anak bertuah yang sorang ni😅.
Cafe ini membawa mereka yang Generasi X dan millenial kembali mengimbau kenangan di zaman kegemilangan tahun 80an begitu.
Jajan dan permainan yang dijual di sini semuanya jajan dan permainan di zaman tersebut.
Biskut dalam tin pun ada.
Tinggal tidak ada papan untuk tikam-tikam yang den suka main masa kecil dulu je😅.
Lupa pula hendak ambil gambar semua jajan dan permainan itu.
![]() |
| Jenuh hendak pastikan belonnya tak bocor kan |
![]() |
| Penampakan sedikit jajan dan mainan di hujung kanan gambar ini |
Den beli gula-gula dalam bendera, belon yang cepat naw pecah itu dan konjac jelly.
Disebabkan hanya kami di kedai tersebut pada ketika itu, santai aje la kami makan sambil menceritakan sejarah kegemilangan di era kanak-kanak kepada dua orang budak Generasi Alpha itu😅.
Kalau ke Seri Iskandar atau Ipoh, boleh singgah makan di sini.
In sya Allah makanannya ada rasa dan buat Generasi X dan millenial mengenang zaman kanak-kanak yang meriah itu.

















0 comments