Resensi Buku Jannah Is Not Average by Sarah Kushairi

Assalamualaikum.

Salam Jumaat penuh barokah.

Semoga urusan kita semua dipermudahkan dan diberkati Allah swt.

Den hendak kongsikan sebuah buku remaja yang membuatkan den terkenan dooh.

📘Jannah Is Not Average

✍️Sarah Kushairi

📖294 pages

🏫Pinjam dari seorang pembaca yang dikenali lewat IG

All right, no more nasi lemak!

Boleh dalam banyak-banyak ayat dalam buku ini ayat ini yang paling den suka😅

Sebuah buku yang buat den terpaku seusai mukasurat pertama yang menyebabkan tidak perasan den terus membaca helaian demi helaian kerana plot cerita yang molek banget.

Buku yang membawa kita mengimbau zaman persekolahan untuk den.

Cikgu yang garang.

Cikgu yang caring.

Cikgu yang berusaha bersungguh-sungguh dan tidak pernah berputus asa mengajar agar anak-anak murid di dalam kelas belakang ada peluang untuk berjaya.

Sekumpulan pelajar yang di dalam kategori crème de la crème

Sekumpulan pelajar nakal yang kadang-kadang buat Cikgu Disiplin sakit kepala.

Persahabatan.

Crush dan cinta monyet yang menjadi pemangkin untuk pergi sekolah setiap hari.

Pelajar yang membawa motosikal tanpa lesen (tapi masa den belajar dulu tiada pun pelajar sekolah den yang membawa motosikal).

Pengawas dan tugasan merekodkan ketidakpatuhan kepada peraturan sekolah terutamanya sampai lambat di sekolah.

Pengetua yang kita kalau boleh tak nak jumpa😅.


Peluang untuk belajar.

Peluang untuk berubah menjadi orang yang lebih baik, tidak judgemental, berlapang dada, memahami setiap orang datang daripada latarbelakang yang berbeza, setiap orang ada cabaran yang tersendiri, dsb.

Buku ini mempunyai semua cerita di atas di samping fokus kepada watak utama Jannah di dalam misinya hendak lulus cemerlang di dalam semua subjek agar bisa masuk jurusan sains bagi mengejar cita-citanya menjadi seorang Doktor.

Buku ini membuatkan den terkenangkan zaman den belajar dulu.

Ada ayat-ayat yang membuatkan den tersenyum dan tergelak.

Ada ayat yang mengingatkan den kepada kenangan-kenangan yang tersimpan rapi di lipatan ingatan.

Bila Jannah bersedih kerana kematian opahnya mengingatkan den kepada arwah Tok (orang utara panggil nenek = Tok). 

Den tinggal dengan arwah Tok sejak den berumur 10 tahun (selepas arwah emak meninggal dunia) sampai la arwah Tok meninggal dunia semasa den berumur 40 tahun.

"...with her Quran and tasbih placed on the table

Ayat ini mengingatkan den kepada Quran dan tasbih arwah Tok yang diletakkan di atas sebuah meja putih kecil bersebelahan dengan ruang solat.

Arwah Tok akan berzikir panjang dan membaca Quran dengan agak lama setiap hari selepas solat Subuh.

"...small jar of bedak sejuk which she applied to her face every night."

Arwah Tok pakai bedak sejuk setiap pagi selepas membaca Quran dan sebelum ke kebun, selepas solat Zuhur dan Asar dan setiap malam.

Den selalu kena paksa tolong arwah Tok buat bedak sejuk😅.

Titik-titik tepung beras yang dibancuh.

Bila bedak sejuk telah kering, den masukkan bunga ros, kenanga dan melur serta daun pandan bersama-sama bedak sejuk supaya ianya wangi.

Semua pokok ni arwah Tok tanam keliling rumah.

Sekarang den tanam pokok bunga melur dan kenanga sebab teringat pada arwah Tok.

Bila den baca tajuk Bab 13 The Four Heavenly Kings, terus je terbayang wajah Aaron Kwok, Andy Lau, Leon Lai dan Jackie Cheung😍.

Den membesar di zaman kegemilangan Cantopop Hong Kong dan era kemasyhuran kungfu (Jet Li dan Jackie Chan), jadinya sebelum den menyanyi OST KDrama, den dok menyanyi lagu-lagu Kantonis dengan jayanya walaupun sepatah haram tidak den faham apa kata liriknya😅.

Selain daripada The Four Heavenly Kings, den suka dengar lagu-lagu Beyond, Emil Chau, dsb.

Den siap kumpul duit belanja sekolah sebab hendak beli kaset deme ye😅.

Arwah Tok selalu bising 'hang dok menyanyi lagu apa la dok chong cheng chong cheng malam-malam buta ni'😅.

Rindunya dekat arwah Tok dan zaman sekolah.

Sampai sekarang ada beberapa lagu Kantonis yang den masih boleh nyanyi😅.

Tetapi The Four Heavenly Kings di dalam buku ini lebih istimewa kerana ianya membawa identiti 1Malaysia sebab ada Alan, Leng Chai (ini la yang paling handsome kot sebab nama pun bermaksud kacak😅), Sharil dan Sivaji (den teringat pada movie Sivaji The Boss😅).

Langsung masa menaip ni den ternyanyi:

🎵Kita satu bangsa, Kita satu Negara

Kita satu matlamat, oooo

Kita satu bangsa, satu Negara

Kita satu Malaysia🎶

Bergenang juga air mata den apabila membaca tentang Alan dan Sharil di Bab 57 Rempit-ing.

Isu Rempit-ing ini sampai sekarang masih berlaku walaupun melibatkan kehilangan nyawa.

Bila Anuar Zainal cakap cita-citanya hendak menjadi penyanyi, terus la den terbayangkan Anuar Zain😅....sekali eh betul ye suaranya ada iras Bang Nuar😅

Bab 43 Kuch Kuch Hota Hai...hahahaha ini memang mengundang kenangan kisah silam sungguh😅.

Den tengok movie ni banyak kali di wayang sebab dapat tiket RM5 bila guna kad pelajar di Plaza Metro Kajang😅.

Pada ketika pertama kali den tengok movie ini den tidak bersetuju Anjali pilih Rahul dan meninggalkan Aman yang sangat green flag dan handsome itu.

Sampai sekarang perasaan den masih sama ye.

Masa ini tahun 1998 tiada spoiler sebab capaian maklumat masih tidak semeriah sekarang.

Jadinya apabila pertama kali Salman Khan muncul semasa lagu Saajanji Ghar Aaye, penonton bersorak macam hendak pecah panggung😅.

The vibes was really something else😍.


Apabila Lee Hong Li sakit kepala mengajar Jannah Matematik Tambahan, den teringat zaman den mendapat markah 19/100 untuk Matematik Tambahan sampai cikgu cakap 'saya tak tau dah nak buat apa dengan kamu ni Bidasari oiii😅'.

Bab 67 Physics and Additional Mathematics.

Bab ini mengundang kenangan pahit sungguh😅.

Sepanjang tingkatan 4 dan 5, apabila ada ujian atau peperiksaan, dia samada den akan gagal subjek Fizik atau Matematik Tambahan🥲.

Tidak pernah lulus kedua-duanya.

Kalau Add Math 19/100, Fizik 40/100.

Kalau Fizik 27/100, Add Math 40/100.

Begitulah cerita tragis den zaman belajar dulu🥹.

Kalau den ado tutor yang sekacak dan segigih Hong Li, mungkin den boleh dapat 80/100 dalam Add Math agaknya ye😅


Nampaknya den kena baca buku Matilda by Roald Dahl sebab molek benar katanya. 

Sebuah buku yang molek dibaca oleh semua peringkat umur sebab ada pengajaran untuk semua.

Sebuah buku yang sangat molek den baca tahun ini.

Dia bila ada buku yang den berkenan memang panjang la resensinya😅.

Tahniah kepada sesiapa yang membaca sehingga akhir resensi ini.

Jaga diri ye.

Selamat berhujung minggu semua.

0 comments