Assalamualaikum.
Apa khabar semua di hari Ahad ini?
Akhir-akhir ini kemalasan tahap cipan hendak update blog.
Sudah berapa kali buka tutup blog dok terfikir nak update apa ye di blog ni.
Hmmm... pre menopause kah?
Burn out kah?
Hmmm.... Entahlah ye.
Semalam temanya ala-ala hari buku begitu.
Pagi selepas breakfast terus aje bersama jiran yang ulat buku ke Perpustakaan Komuniti Petaling Jaya.
Sakan la ralit dok rambang mata tengok buku-buku yang ada di perpustakaan ini.
Sekali eh sakan ye kamu Bida pinjam sampai 16 buah buku.
Entah baca ke idok tuh ye😂.
![]() |
| Bab lupa daratan bila nampak buku bagi pada den ye😂 |
Seusai habis meminjam buku, jiran cakap moh la kita ke Sunway Library by BookXcess yang viral itu.
Maka ayuh la kita ke Sunway Square Mall.
Cantik gila ovari meletup pankreas terbakar segala ye kedai buku yang merangkap perpustakaan yang dibuka 24 jam setiap hari.
Hebat kan?
Kalau ikut pembacaan den ada 6000 buah buku di sini.
Semua buku Bahasa Inggeris aneka genre.
Di setiap pelusuk ruang di sini adalah molek teruk untuk bergambar.
Ada disediakan meja dan kerusi serta plug points untuk buat kerja, study, etc.
Ada juga Kenny Hills cafe dalam library ni.
Lukisan, etc semua ada.
Aneka jenis merchandise ada di sini.
Bookmarks, magnetic bookmarks, journals, postcards, lilin, kopi, pewangi, stokin segala semuanya ada.
Pendek kata macam-macam ada.
Yang den tidak ada adalah masa dan duit yang mencukupi untuk membeli belah seperti rasukan abalasa di sini🤣.
Untuk peminat buku, tempat ini merupakan syurga dunia yang amat membahagiakan.
Sangat rambang mata ye.
Den dan jiran den merayap di sini selama 2 jam.
Itu pun sebab kami dah ada program lain.
![]() |
| Gambar tuan tanah kedaung harus la ada kan😂 |
Den amil gambar sekupang dua aje di sini.
Selebihnya dok tengok buku-buku sambil mengingatkan diri jangan terjebak membeli buku.
Long story short.
Den beli 4 buah buku.
Jiran den beli 2 buah buku.
Begitulah kisahnya😂
![]() |
| Acik yang selalu lupa daratan bila ke kedai buku macam kan ada anak ikan chaebol berbelanjanya🤣 |
Bookstore cum library ini adalah tempat yang in sya Allah den akan datang satu hari nanti seorang diri sebab hendak lepak lama sampai lebam.
Kalau ikut rekod lampau den pernah lepak di sebuah perpustakaan yang den berkenan dooh dan pertama kali jejak kaki di situ selama 7 jam😂.
Sebab itu kadang-kadang den perlu bergerak solo.
Kalau kome ada di sekitar Kuala Lumpur atau Selangor dan hanya ada masa untuk pergi ke sebuah kedai buku sahaja, mohon datang ke sini sebab in sha Allah berbaloi.
Selamat berehat di hari Ahad.
Semoga dipermudahkan semua urusan.
In sya Allah nanti den blogwalking ye.
Jaga diri semua.


















0 comments