DinoHauz atau Anjali, Jerebu dan Lupa

Assalamualaikum. 

Apa khabar semuanya? 

Diharap semuanya sihat walafiat dan dipermudahkan urusan.

Gambar di bawah ni adalah dari pejabat den pada pukul 1.23 pm.

Bacaan IPU untuk Shah Alam pada hari ini adalah antara 170-179 (kategori tidak sihat).

Jaga diri semuanya ye lagi-lagi dalam keadaan cuaca yang sebegini rupanya. 

 

Telefon den baru ini kena reformat.

Sekali eh bila buka blog di handphone dia terus setting pada akaun gmail Anjali😅. 

Adoi la....akaun ni den buat sebagai simpan benda merapu-rapu.

Jadi kalau lepas ni kome tengok di blog kome daripada Anjali maknanya ia juga adalah DinoHauz ye.

Adoi la haru sungguh😅.  

 

Sekarang ni den cepat betul lupa.

Tadi tiba-tiba ada parcel sampai di ofis.

Bila buka eh buku-buku yang den pesan di BookXcess.

Terlupa langsung tentang ini. 

Buku favourite den memang genre travel dan makanan

Terlupa terus nama seorang officemate bahagian pentadbiran sampai kena tanya team member.

Tadi team member cakap pasal mesyuarat petang esok. Udah den terkebil-kebil tidak ingat mesyuarat apa.

Kadang-kadang terlupa berapa rakaat sudah solat.

Selalu sangat terlupa di manakah cermin mataku dan handphone begitu. 

Bak kata Fauziah Latiff Tua Mengejar Kita ye.

 

In sya Allah nanti den blogwalking ke blog kawan-kawan ye. 

Semoga semuanya berakhir dengan baik untuk kita semua ye.

Jaga diri semua. 

0 comments