Assalamualaikum.
Apa program kome di hari ini dan esok?
Berehat-rehat kah atau sesi JJCM?
Semoga semuanya di bawah rahmat Allah selalu ye.
Den hendak kongsikan sebuah buku travelog makanan yang walaupun tiada sekeping gambar makanan pun di dalamnya tetapi tetap awesome teruk pengsan😅.
Maknanya den berkenan dooh la pada buku ini begitu😅.
🌸📘Buttermilk Graffiti
✍️Edward Lee
📖310 pages
🏫Perpustakaan Komuniti Petaling Jaya
There are unlikely stories told by people from many walks of life behind every food we eat
Sebuah buku cooking and food travelog yang membuatkan den teringat kepada makanan yang pernah makan sepanjang hidup den dan cerita di sebalik setiap makanan tersebut.
Buku yang buat den terpesona seusai mukasurat pertama sehingga mukasurat terakhir.
Baca dengan perlahan sebab tidak mahu cepat habis baca bukunya😅
Chef Edward Lee ni memang antara nama yang tersohor dalam dunia kulinari rupanya.
Jadi hakim pertandingan memasak segala.
Dia mendapat tempat kedua dalam pertandingan Culinary Class Wars oleh Neflix pad 2024.
Buku ini bukan sahaja menceritakan tentang perjalanan dan pengalaman penulis yang merupakan chef orang Korea-Amerika menjelajah 16 negeri selama 2 tahun di dalam misi mencari makanan tradisi mereka yang berhijrah dari negara luar dan akhirnya menjadi warganegara USA serta resepi makanan tradisi negara masing-masing.
Antara makanannya adalah masakan Timur Tengah, Uzbekiztan, Uyghir, Cambodia, Morocco, Swedish, Scandinavian, Vietnam, Peruvian, Nigerian, Jerman, Itali, dsb.
Penulis juga belajar tentang sejarah, budaya, kisah pahit manis setiap immigrant yang berhijrah dari tanah tumpah darah ke USA, kenangan dan cerita di sebalik setiap jenis masakan, resipi tradisi yang perlu disesuaikan atau diasimiliasi berdasarkan bahan mentah dan rempah ratus yang tersedia di tempat tersebut, diubahsuai agar sesuai dengan lidah orang tempatan, dsb.
Sepanjang perjalanan beliau seorang diri termasuk ikut bot nelayan Vietnam menangkap udang, tengok orang tempatan main bola, menari bersama warga emas bagai, perjalanan bersama chef lain, bersama penulis buku, dsb, di dalam misi mencicip makanan tradisi di 16 negeri, penulis menceritakan tentang jatuh bangunnya sepanjang beliau hendak menjadi chef, kenangan kenalan dan kawan yang memperkenalkan makanan kepadanya, cerita di sebalik makanan yang beliau makan, dsb.
Tidak lengkap buku food travelog tanpa sisipan resepi kan?
Di dalam buku ini disertakan 40 resepi yang diinspirasikan oleh mereka yang penulis temui sepanjang perjalanannya dan diubahsuai oleh penulis mengikut gayanya yang tersendiri.
Den paling suka Bab 4 The Accidental Fast apabila penulis pergi ke Dearborn, Michigan untuk menikmati makanan Timur Tengah. Disebabkan dia datang masa Ramadan dan seusai kejadian tembakan di kelab malam Orlando, makanya dia terasa macam tidak diterima di situ padahalnya siapa yang sediakan makan tengahari di waktu Ramadan kan?😅
Jadinya bila seorang jemaah masjid memberitahu tujuan berpuasa, dsb, penulis cuba berpuasa.
Bila dia pergi setiap restoran dan maklumkan dia hendak tapau makanan sebab dia cuba berpuasa, dia diterima dengan tangan terbuka begitu.
Deme mula bercerita tentang makanan yang disediakan, bungkus makanan elok-elok untuknya, dsb.
Hampir penulis pengsan selepas berpuasa lebih 20 jam untuk hari pertama😅.
Penulis dapat berpuasa 3 hari berturut-turut sepanjang dia di Dearbon.
Banyak pengalaman dan pengajaran yang dia dapat bila berpuasa katanya.
Bab 11 Trawling For Shrimp membincangkan tentang the cutthroat business - had tangkapan, overfishing, tumpahan minyak, peraturan alam sekitar, udang import dari Asia Tenggara menurunkan harga pasaran udang tempatan, dsb.
Membaca tentang 'white shrimp from the bay, brown shrimp from deep waters, small bait shrimp and Royal Reeds from Louisiana' mengingatkan den kepada KDrama Jewel In The Palace apabila Jang Geum perlu mengenalpasti jenis udang, dari mana asal udang tersebut dan kegunaan setiap udang tersebut di dalam 4 balang melalui bentuk, warna, plumpness dan bau udang yang diperam itu.
Dia bila baca buku cooking and food travelog ni, ianya akan berakhir dengan google pelbagai jenis bahan masakan, makanan dan restoran serta senarai makanan dan restoran yang kita berangan untuk singgah satu hari nanti begitu.
Seusai mukasurat kedua den telah google tentang beignets dan chicory coffee di Cafè du Monte, New Orleans.
Setiap kali penulis makan beignets di Cafè du Monte, dia akan terkenangkan kepada seorang 'working girl' yang memberitahu tentang kesedapan beignets di cafè ini semasa penulis bekerja di sebuah diner pada 1992 di New York.
Simply Khmer - pemilik dan chef nya, Sam melalui zaman kanak-kanak yang ngeri di bawah rejim PolPot Khmer Rogue sebelum berhijrah ke Thailand dan akhirnya Lowell, USA.
Sam membuka kedai makan pada umur 50 tahun.
Den google tentang D'Anjou pear, Prahok, Green borscht, Parmuda samsa, Kovurga say, Lagman Soup, Schnitzel, Sauerkraut, Sauerbraten, Kibbehdjaj mhamer, lham bel barekouk (daging dan prunes), smen (Moroccan fermented butter), Pollo a la Brasa, dsb.
Lama den hendak menghabiskan membaca buku ini sebab sakan dok google sana sini tentang makanan yang disebut di dalam buku ini😅.
Ini antara buku terbaik yang den pernah baca tentang dunia makanan dan masakan.
Lepas habis baca buku ini langsung la den teringin hendak makan tiram Gulf bakar dengan bawang putih dan minyak😅.






0 comments