Assalamualaikum.
Apa program kome di hari ini dan esok?
Berehat-rehat kah atau sesi JJCM?
Semoga semuanya di bawah rahmat Allah selalu ye.
Den hendak kongsikan sebuah buku travelog makanan yang walaupun tiada sekeping gambar makanan pun di dalamnya tetapi tetap awesome teruk pengsan😅.
Maknanya den berkenan dooh la pada buku ini begitu😅.
🌸📘Buttermilk Graffiti
✍️Edward Lee
📖310 pages
🏫Perpustakaan Komuniti Petaling Jaya
There are unlikely stories told by people from many walks of life behind every food we eat
Sebuah buku cooking and food travelog yang membuatkan den teringat kepada makanan yang pernah makan sepanjang hidup den dan cerita di sebalik setiap makanan tersebut.
Buku yang buat den terpesona seusai mukasurat pertama sehingga mukasurat terakhir.
Baca dengan perlahan sebab tidak mahu cepat habis baca bukunya😅
Chef Edward Lee ni memang antara nama yang tersohor dalam dunia kulinari rupanya.
Jadi hakim pertandingan memasak segala.
Dia mendapat tempat kedua dalam pertandingan Culinary Class Wars oleh Neflix pad 2024.
Buku ini bukan sahaja menceritakan tentang perjalanan dan pengalaman penulis yang merupakan chef orang Korea-Amerika menjelajah 16 negeri selama 2 tahun di dalam misi mencari makanan tradisi mereka yang berhijrah dari negara luar dan akhirnya menjadi warganegara USA serta resepi makanan tradisi negara masing-masing.
Antara makanannya adalah masakan Timur Tengah, Uzbekiztan, Uyghir, Cambodia, Morocco, Swedish, Scandinavian, Vietnam, Peruvian, Nigerian, Jerman, Itali, dsb.
Penulis juga belajar tentang sejarah, budaya, kisah pahit manis setiap immigrant yang berhijrah dari tanah tumpah darah ke USA, kenangan dan cerita di sebalik setiap jenis masakan, resipi tradisi yang perlu disesuaikan atau diasimiliasi berdasarkan bahan mentah dan rempah ratus yang tersedia di tempat tersebut, diubahsuai agar sesuai dengan lidah orang tempatan, dsb.
Sepanjang perjalanan beliau seorang diri termasuk ikut bot nelayan Vietnam menangkap udang, tengok orang tempatan main bola, menari bersama warga emas bagai, perjalanan bersama chef lain, bersama penulis buku, dsb, di dalam misi mencicip makanan tradisi di 16 negeri, penulis menceritakan tentang jatuh bangunnya sepanjang beliau hendak menjadi chef, kenangan kenalan dan kawan yang memperkenalkan makanan kepadanya, cerita di sebalik makanan yang beliau makan, dsb.
Tidak lengkap buku food travelog tanpa sisipan resepi kan?
Di dalam buku ini disertakan 40 resepi yang diinspirasikan oleh mereka yang penulis temui sepanjang perjalanannya dan diubahsuai oleh penulis mengikut gayanya yang tersendiri.
Den paling suka Bab 4 The Accidental Fast apabila penulis pergi ke Dearborn, Michigan untuk menikmati makanan Timur Tengah. Disebabkan dia datang masa Ramadan dan seusai kejadian tembakan di kelab malam Orlando, makanya dia terasa macam tidak diterima di situ padahalnya siapa yang sediakan makan tengahari di waktu Ramadan kan?😅
Jadinya bila seorang jemaah masjid memberitahu tujuan berpuasa, dsb, penulis cuba berpuasa.
Bila dia pergi setiap restoran dan maklumkan dia hendak tapau makanan sebab dia cuba berpuasa, dia diterima dengan tangan terbuka begitu.
Deme mula bercerita tentang makanan yang disediakan, bungkus makanan elok-elok untuknya, dsb.
Hampir penulis pengsan selepas berpuasa lebih 20 jam untuk hari pertama😅.
Penulis dapat berpuasa 3 hari berturut-turut sepanjang dia di Dearbon.
Banyak pengalaman dan pengajaran yang dia dapat bila berpuasa katanya.
Bab 11 Trawling For Shrimp membincangkan tentang the cutthroat business - had tangkapan, overfishing, tumpahan minyak, peraturan alam sekitar, udang import dari Asia Tenggara menurunkan harga pasaran udang tempatan, dsb.
Membaca tentang 'white shrimp from the bay, brown shrimp from deep waters, small bait shrimp and Royal Reeds from Louisiana' mengingatkan den kepada KDrama Jewel In The Palace apabila Jang Geum perlu mengenalpasti jenis udang, dari mana asal udang tersebut dan kegunaan setiap udang tersebut di dalam 4 balang melalui bentuk, warna, plumpness dan bau udang yang diperam itu.
Dia bila baca buku cooking and food travelog ni, ianya akan berakhir dengan google pelbagai jenis bahan masakan, makanan dan restoran serta senarai makanan dan restoran yang kita berangan untuk singgah satu hari nanti begitu.
Seusai mukasurat kedua den telah google tentang beignets dan chicory coffee di Cafè du Monte, New Orleans.
Setiap kali penulis makan beignets di Cafè du Monte, dia akan terkenangkan kepada seorang 'working girl' yang memberitahu tentang kesedapan beignets di cafè ini semasa penulis bekerja di sebuah diner pada 1992 di New York.
Simply Khmer - pemilik dan chef nya, Sam melalui zaman kanak-kanak yang ngeri di bawah rejim PolPot Khmer Rogue sebelum berhijrah ke Thailand dan akhirnya Lowell, USA.
Sam membuka kedai makan pada umur 50 tahun.
Den google tentang D'Anjou pear, Prahok, Green borscht, Parmuda samsa, Kovurga say, Lagman Soup, Schnitzel, Sauerkraut, Sauerbraten, Kibbehdjaj mhamer, lham bel barekouk (daging dan prunes), smen (Moroccan fermented butter), Pollo a la Brasa, dsb.
Lama den hendak menghabiskan membaca buku ini sebab sakan dok google sana sini tentang makanan yang disebut di dalam buku ini😅.
Ini antara buku terbaik yang den pernah baca tentang dunia makanan dan masakan.
Lepas habis baca buku ini langsung la den teringin hendak makan tiram Gulf bakar dengan bawang putih dan minyak😅.






Saya kecewa masa dia tak menang culinary class wars tu. Chef ni betul2 berbakat
ReplyDeleteNampaknya KSarie kena tengok cerita Culinary Wars tu. Ada member cakap chef yang menang tu memang sajak menang tapi dia pun keciwa Chef Edward tak menang
DeletePernah tgk yg culinary wars yg chef ni ada... ada satu reality show pasal ikan ke pasar kat viu... main cast chef ni
ReplyDeletePopular juga rupanya dia ni ye
DeleteHujung minggu berehat & mencari makan kalau mood malas masak tu menjelma. Hihi
ReplyDeleteWeekend memang masa untuk recharge kan
DeleteMenarik buku ni. Kupasan yg ditulis oleh Ksarie juga membuatkan sy terbayang² keenakan makanan yg diceritakan. Lagi pula kalau buku jenis travelog ni sy suka.
ReplyDeleteMana nak cari tiram tu ye ?
Ha hendak cari tiram bagai dikata di dalam buku ini yang tidak tahu di mana huhuhu
DeleteSemalam gotong royong di sekolah agama anak... dari 9.00 pagi selesai 3 petang... buat kerja sampai lupa diri bukannya muda lagi.. duk panjat sana sini potong dahan pokok bagai.. balik rumah teruk sakit belakang, pinggang dan kaki bagai hahhahaa.. Hari ni duduk mcm mumia kat rumah jer :P
ReplyDeleteAlhamdulillah rajin betul Afif. Untung sekolah anaknya sebab ada sosok bapa yang molek sebegini. Tapi itu la kena berpada-pada lepas ni sebab semakin hari semakin tidak muda lagi kan
DeleteEh macam la best la buku ni... travel dan masakan... combination yg interesting untuk dibaca..
ReplyDeleteMengalaman yang sangat luas sampai ikut serta nelayan bagai.. wish to have my own book like this..
Ha Afif sesuai menulis buku food travelog sebab udah jalan merata. Mohon tulis bukunya
DeleteBanyak tempat buku Buttermilk Graffiti ini 'berjalan'. Hehe.. Sauerkraut itu saya tengok dalam video seorang nutritionist ini, sejenis makanan dari kobis yang sangat berkhasiat. Kalau KSarie teringat KDrama bila baca tentang shrimp, saya pula teringat kawan baik Forrest Gump, Bubba, semua pasal shrimp. 😁 Nampak sangat best buku yang KSarie ceritakan ini. 👍
ReplyDeleteOooo ye juga cerita perniagaan shrimp oleh Bubba dan Forest. Antara movie yang KSarie berkenan dooh. Buku best sokmo diheret ke hulu ke hilir sampai habis baca begitu
DeleteMbak Ksarie, doakan saya ya. Saya akhir-akhir ini sedang berupaya untuk memulai sebuah tulisan novel perdana :)
ReplyDeleteWahhhh in sya Allah semoga dipermudahkan semua urusan penulisan novelnya. Nanti udah siap novelnya sila kongsikan ceritanya ye
Deleteala bestnya... saya ni merangkak membaca buku english. lama sangat nak habis bila banyak perkataan nak kena cari maksud.
ReplyDeleteHa bila baca English books memang ambil masa nak habiskan sebab terkulat-kulat hendak memahamkannya.
DeleteBukan sekadar resipi, setiap hidangan rupanya membawa memori, budaya dan kisah adaptasi tersendiri.
ReplyDeleteHa...itu yang membuatkan buku ini awesome
DeleteWaalaikumsalam KSarie. Aamiin. Moga sihat ceria sentiasa.
ReplyDeleteTerus gugel beignets ni sebab macam familar, pernah makan kawan bagi. Bila tengok resepi, hhmm baik beli je lah. Masih banyak alasan bila lah nak start membaca ni.
Kalau tanya KSarie semua makanan yang dikongsikan dalam buku ini kalau KSarie teringin memang molek la beli aje begitu hehehehe. Dasar mentibang laut begitulah ye
DeleteTiada gambar, tajuk unik tapi berjaya membeli jiwa pembaca. Syabas untuk penulisnya. Selain membaca, buat kita rasa macam kena buat homework pulak ek mencari info tentang makanan sekali.
ReplyDeleteTempting kita tengok lempeng dengan sambal tumis tu KakSarie.
Ha dibaginya homework secara tidak sengaja sebab tiada barang sekeping gambar pun macam mana rupa makanan yang diperkatakan. Itu yang buat lama hendak menghabiskan baca buku ini
DeleteBaca review ttg buku ini, saya langsung teringat dengan buku yang pernah saya review di IG, judulnya On the Noodle Road. Dari penulis Jen Lin Liu.
ReplyDeleteTtg travelogue juga tapi rutenya dari Beijing ke Rome . Ceritanya penulis ini orang america , tp dia keturunan Chinese. Dan saat ikut cooking class, dia jadi penasaran dari mana sebenarnya asal mie. Makanya dia langsung traveling dari Beijing sampai ke Roma yang juga punya mie dalam bentuk pasta.
Kalau kakak ada ketemu buku itu, BELI kak. Memang baguuus sangat. Buku itu yang bikin saya TERINGIN SANGAAAAT ke Roma 🤣😄
Buku yg Edward Lee ini pun nak saya cari rasanya. Memang sukaaaa baca buku ttg kuliner. Kalau bab resepi sebenernya tak akan saya coba , tahu diri dengan skill masak yang macam anak darjah 1 🤣
Wahhh terima kasih Fanny bagitau tentang buku On The Noodle Road oleh Jen Lin Liu. KSarie memang suka banget buku tentang food travelog seperti buku Edward Lee ini
DeleteWahhh terima kasih Fanny bagitau tentang buku On The Noodle Road oleh Jen Lin Liu. KSarie memang suka banget buku tentang food travelog seperti buku Edward Lee ini
ReplyDelete