Briskwalk di Silverlake Village Outlet Batu Gajah, Perak

Assalamualaikum.

Apa khabar semua di hari Jumaat yang barokah dan indah ini?

Dalam hati den ada taman sebab akan menjelang hujung minggu tidak lama lagi😅.

Semoga kita semua di bawah rahmat Allah selalu dan dipermudahkan semua urusan. 

Baru-baru ini den briskwalk dengan 2 orang anak bujang di Silverlake Village Outlet Batu Gajah, Perak.

Mula-mula dengar cadangan hendak dibuat outlet di Batu Gajah ini den agak skeptikal.

Batu Gajah ni kira kawasan kampung dan demografiknya adalah orang pencen begitu.

Ada orang bekerja bagai tetapi kuasa membeli deme bukan kepada barang-barang berjenama ini.

Kalau kita tengok JPO sasarannya adalah orang Singapura yang suka berlibur di Malaysia.

Mitsui Outlet hanya sepelaung dari KLIA dan KLIA2.

Genting Highlands Outlet adalah sesuai untuk mereka yang menang besar di kasino berbelanja di situ.

Design Village di Pulau Pinang serta Freeport A'Famosa Outlet di Melaka memang kita faham untuk pelancong domestik dan antarabangsa yang suka ke dua negeri bersejarah ini.

Den rasa Ipoh lebih sesuai untuk dibangunkan outlet ini. 

Jadinya den memang musykil bila direalisasikan Silverlake Village Outlet Batu Gajah ini.

Eh hendak cerita pasal den briskwalk bersama budak-budak dekat sini je pun sebenarnya😅. 

Panjang pula mukadimahnya ye😅. 

Silverlake Village Outlet Batu Gajah ini memang molek untuk kita briskwalk pagi atau petang sebab tempatnya tenang dan tidak ramai orang.

Kami briskwalk dalam 8 pagi di sini😅.

Hendak gerak selepas Subuh, udah ada yang terpisat-pisat bangun tidur, ada yang sakit perut bagai.

Macam-macam drama sungguh. 

Jadinya semua kedai pun tidak buka lagi.

Hanya ada pengawal keselamatan dan pekerja pembersihan serta mereka yang jogging dan briskwalk.

Cantik kawasan dekat outlet Coach ni

Kita akan briskwalk mengelilingi tasik atau lombong yang ada di sini.

Melalui pelantar yang menghubungkan 2 kawasan outlets begitu. 

Briskwalk sambil tengok pokok menghijau.

Ada dalam 5,6 kedai makan di sekitar outlet ni yang den nampak

Cantik sungguh bunga-bunga teratai yang segar bugar.

Sahih bukan Teratai Layu Di Tasik Madu begitu. 

Briskwalk melalui deretan kedai-kedai yang masih belum dibuka.

Kedai Nasi Kandaq Georgetown buka dalam 8 pagi di sini.

Dapat 3,000 langkah 1 pusingan di sini.

Sakan berhenti ambil gambar di sana sini.

Rimas anak-anak bujang sebab omma asyik bergambar je.

Berjalannya sekupang dua😅. 

Sempat la deme naik gelungsur sebab takde orang. Siap pakej terhantuk kepala sebab masing-masing udah tinggi kot. Permainan ini untuk kanak-kanak tapi budak berdua ni masih rasa deme kanak-kanak😅
F udah sama tinggi dengan omma. Esok-esok A pun akan sama tinggi juga dengan omma

Den tidak tahu Silverlake Village Outlet ni akan jadi kebabom atau menjadi gajah putih ke apa satu hari nanti.

Banyak ruang kedai yang tidak ada penyewanya lagi-lagi yang sebelah belakang.

Disebabkan den bukan pengguna barang berjenama, den tidak pasti barang-barang berjenama di sini telah outdated ke design nya ke stok yang hendak dihabiskan ke apa.

Sokmo nampak je tulisan diskaun, clearance bagai di beberapa kedai. 

Tiada gambar-gambar kedai sebab den udah berapa kali datang sini.

Kami pernah menjelajah ke Dinosaur Encounter World Area 65 di sini.

Boleh baca ceritanya di SINI ye.

Ramai aje la orang yang berlari dan berjalan di sini.

Tempatnya memang cantik dan unik sebab ada tasik.

Sayang crowd tidak beberapa nak ada.

Harap bertahan lama la Silverlake Outlet ni. 

 

 

15 comments

  1. Wahh.. ada FO kat Bt Gajah ye.. semoga ramai yg berkunjung ke situ.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha....harapnya tempat ini bertahan lama sebab cantik kawasannya

      Delete
  2. Sy pernah ke Silverlake Design Village ni KSarie, masa mula buka dulu. Terjumpa otw balik dari Rumah Lat. Tempatnya cantik kan. Cuma itulah tak tahulah ada volume ke tidak situ kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sampai sekarang takde volume. Banyak kedai kosong. Harapnya bisa bertahan la kan

      Delete
  3. Galeri Rumah Lat (Dato' Lat) pun kat Batu Gajah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha Galeri Rumah Lat terletak di sebelah Silverlake Village Outlet ni. Saya pernah sampai di galeri itu juga pada tahun 2025 kalau tak silap

      Delete
  4. Kawasan Silverlake ni nampak tenang dan cantik, cuma anak-anak mesti rimas omma asyik berhenti bergambar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha....bertabah aje la deme melayan omma deme ni ha hehehehe

      Delete
  5. cantiknya view. tenang je . lawa semua gambar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha...memang tenang dan santai je vibes di sini

      Delete
  6. ooo ada outlet di situ.
    Nampak tenang kawasan tasik tu.
    Sayang lah kalau jadi gajah putih macam MAPS.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harap bisa bertahan la hendaknya sebab molek kawasannya

      Delete
  7. Dari info yang pernah saya dapat (teman kerja di factory outlet branded macam ini), barang2 branded yang dijual di sini sebenarnya beda jenis dengan luxury nya. Jadi branded pun ada kelas2nya. Jenis yang luxury dan limited dan terbaru, mereka tidak akan jual di factory outlet, tapi di toko khususnya yang ada di mall mewah atau memang ada tempat sendiri.

    Yang di factory outlet ini pastinya jenis yang bukan model terbaru, model lama yang mereka akan clearance, dan jenis yang banyak dijual, jadi bukan limited. Karena itu harga murah. Tapi bagi yang suka, memang tetap akan dibeli kan 😄

    Saya sendiri penyuka produk lokal dari negara sendiri. Saya tak pakai branded bags.

    Tapi suami saya memang suka 🤣🤣🤣

    Terkadang saya pikir, apa mungkin jiwa kami tertukar, kenapa dia yang suka shopping, dan saya malah tidak 😂

    Kalau saya kesana, memang saya akan briskwalk saja lah, sambil menunggu suami shopping sakan 🤣

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Fanny di atas perkongsiannya tentang barang yang dijual di factory outlet ini. Fanny sama KSarie tidak begitu suka shopping. Lebih suka jalan jalan cari makan🤣

      Delete
  8. Mesti tempat nya baru kan. Sebab beberapa tahun lepas tak ada pulak anak soleh bagitau tentang Silverlake Outlet ni. Moga terjaga, dijaga dan terus berkembang.

    ReplyDelete