Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Sekejap aje udah masuk bulan November ye.
Hari ini 3 November 2026 bersamaan 23 Jamadilawal 1448H.
10 Disember 2026 esok-esok ni udah 1 Rejab 1448H.
In sya Allah den ada 2 hari lagi puasa nak kena ganti ni😅.
Sakan macam siput terkelembapnya mengganti puasa.
Dasar mentibang laut sungguh.
Apa perancangan kome di bulan November 2026 ini?
Bulan September dan Oktober 2026 den begitu hectic sekali.
Ingatkan bulan November ini hendak melenggang leha-leha aje.
Sekali eh esok 1 hari suntuk udah kena jumpa penternak-penternak ayam Negeri Selangor😅.
Slaids presentation pun tidak siap lagi ni😅.
Jangan esok ada drama penternak VS gomen udah la ye😅.
Lusa ada perbincangan yang kalau ditengok agendanya akan mengundang kepada jenuhnya la hendak dijustifikasikan begitu😅.
Udah boleh agakdrama yang akan tercetus nanti😅.
Kisah kerja ni selagi masih ada nyawa memang tidak akan pernah habis kan?
Kalau cerita pasal keroje memang ada sahaja kisahnya ye.
![]() |
| Semoga dapat tengok langit macam ni selalu kan |
Alhamdulillah semalam dan hari ini ada berita gembira den terima.
Akhirnya ex-teammate ditawarkan untuk bekerja semula dalam pasukan kami.
Alhamdulillah den happy sangat sebab orangnya memang boleh buat keroje.
In sya Allah akan lebih molek gerak kerja team nanti.
Penting sangat teammate yang boleh bekerjasama dalam pasukan.
![]() |
| Terima kasih pada teammate yang kursus di Langkawi bagi coklat semalam |
Tadi den keluar teman kawan baik yang den kenal sejak belajar di UKM dulu circa tahun 1998.
Kami ada juga keluar makan bersama-sama sebelum ini beberapa kali bila ada kesempatan.
Tadi dia bawa den ke rumah yang baru diduduki tidak sampai 2 minggu.
Alhamdulillah den tumpang gembira sangat sebab udah lama dia menyewa.
Lama juga dia mencari rumah yang memenuhi kriteria untuk dibeli.
Happy den tadi masa dia bawa house tour.
Den happy sebab kawan den happy dia akhirnya dapat membeli rumah untuk tempat berteduh dia sekeluarga.
Baru den tau kawan den ini ada mata interior designer sebab cantik, simple dan minimalist hiasan dan barang di dalam rumahnya.
Den tumpang gembira dengan kebahagiaan kawan den.
In sya Allah ada berjujuk buku yang hendak dibaca tetapi macam terpleot sedikit mood membaca di bulan November ini😅.
Kita tengok nanti kesudahannya macam mana ye😅.
Happy juga sebab 9 November (Isnin) akan datang adalah cuti umum ganti cuti Deepavali.
Tidak ada rancangan ke mana pun.
Cuma ada rancangan hendak marathon tengok KDrama Dead End Job lakonan anak ikan Lee Jae-wook yang sedang menjalani PLKN sekarang ni.
![]() |
| Benar kan cakap KDrama Dead End Job ni |
KDrama 8 episod ni tengah trending sekarang sebab ianya bercerita tentang kehidupan manusia yang jenuhnya la hendak berjuang dan bertahan hidup apabila kita rakyat marhaein yang sokmo tidak ada duit.
Begitulah setakat ini kisah dan perancangan di bulan November 2026 ini.
Semoga semua urusan kita dipermudahkan dan dirahmati oleh Allah.
Jaga diri ye semua.



0 comments