Assalamualaikum.
Apa khabar kome di hari Khamis ni?
Hujan je sejak akhir-akhir ini di merata tempat kan?
Semoga dipermudahkan urusan kita semua.
Den sekeluarga sarapan pagi di CT Agrofarm Cafe, Tanjung Tualang, Perak selepas den geram dok tengok iklannya lalu lalang di Facebook.
Makanya ayuhlah kita begitu😅.
Sesudah Subuh sapie kami gerak ke sini.
Masa kami sampai ada dalam 3 keluarga sedang menikmati hidangan di sini.
Macam-macam ada di kedai yang terletak di sebelah kawasan lombong.
Jadinya kita menikmati makanan dengan pemandangan sumber air begitu.
Eceh ayat gomen sudah keluar😅.
Tempat letak kereta in sya Allah banyak sebab di kawasan tanah lot lokasinya ni.
Di samping makanan di dalam menu, ada juga kuih muih yang terbungkus molek.
Den memang hantu ubi kayu rebus.
Jadinya memang la ambil dua.
Dasar tamak haloba😅.
Food police iaitu F udah tidak larat hendak membebel kepada omma nya yang makan tidak berpantang serupa membela hantu saka ni😅.
Pasrah aje dia tengok omma nya pesan macam-macam seolah-olah sihat bebeno😅.
Kami makan lontong, mee kari, roti Arab kuah kari kambing, lemang dan rendang ayam, puri dan ayam goreng.
Tiada secebis pun makanan sihat ye😅.
Adoi la.
Makanannya untuk kami memang molek teruk untuk tekak kami.
Lontong pekat, nasi impit sedang elok lembutnya dan sayur kobis dan carrot banyak.
Tidak pedas.
Budak-budak boleh makan.
Kalau hendak pedas boleh letak sambal yang disertakan sekali.
Mee kari memang pekat, likat memikat.
Boleh rasa rempah karinya.
Mee pun tidak ada rasa abu.
Cukup lengkap ada kerang, fishball dan fishcake segala.
Roti Arab garing di luar dan lembut di dalam.
Kuah kari kambing pekat dan ada rasa.
Daging kambing lembut.
Lemang sedang elok lembutnya dan memang nampak baru dimasak.
Dicicah dengan rendang ayam memang tidak perasan udah 5 potong dimakan begitu😅.
Oh my cholesterol sungguh😅.
Purinya walaupun sedikit berminyak tetapi tetap sedap biarpun tidak dapat melawan rasa puri di Restoran Syed Seksyen 3 Shah Alam😅.
![]() |
| Ayam goreng ini pun sedap juga. Dasar makan semua makanan tidak sihat ye😅 |
Kalau kome ke sini jangan lupa beli kerepek pisang tanduk yang dijual oleh seorang adik manis di kawasan tempat letak kereta.
Sedap sungguh kerepeknya ada rasa lemak manis dan tidak masin.
Menyesal pula beli satu bungkus sahaja.
Kalau kome terjalan di Tanjung Tualang boleh pertimbangkan datang ke sini ye.
In sya Allah molek makanannya.
![]() |
| Kain batik pun ada dijual di sini |















Daging kambing lembut tu yg nak dengar tu....!
ReplyDeleteHa...sesuai untuk saya yang gigi semakin jarang dan sokmo terlekat daging di celah gigi ni😅
Deletedugaan apakah ini..??? memang masuk list ni..boleh la ngajak tok laki merayap nanti.. hahaha
ReplyDeleteHehehhehe cerita makanan biasanya buat KSarie teruja
DeleteSedapnya lemang available selain waktu raya! Kalau lembut berlemak santan memang tak cukup sepotong. Puri saya pernah buat waktu Khairul Aming share di TikTok tapi tak cukup mahir agk berminyak, lepastu tak buat dah 😂
ReplyDeleteWahhhh ini geng yang rajin mencuba dan suka memasak ni. KSarie salute betul orang yang rajin macam ni. Sekarang ni boleh makan lemang bila-bila masa je kan.
Deletesemua makanan di stu nampak enak, cukup untuk membangkitkan selera si pengunjungnya. hehehe...
ReplyDeleteMemang ada rasa makanannya AK
DeleteAmboi siap ada lemang tu, menggoda sungguh!
ReplyDeleteAnak buah PH ada dekat² sini, kita hantar wakil la dulu pi try test tengok :D
Ha sila PH hantar minion untuk buat siasatan dulu ye😅
DeleteLama tak makan ubi kayu rebus.
ReplyDeleteSedap ubi kayu dekat kedai ni
DeleteKita nya suka ubi kayu rebus, mi kari dan semuanya lah. Drooling....drooling...
ReplyDeleteHa samalah dengan KSarie suka lauk dulu-dulu
Deletedah datang kedai sedap camni, mana maunya nak jaga kalori. anggaplah cheat day je XD
ReplyDeleteMasalahnya cheat day nya udah jadi setiap hari pulaknya ye huhuhuhu
Delete