Dodo Korea NU Sentral Berwajah Baru

Assalamualaikum.

Apa khabar di hari Isnin ini? 

Ada yang ambil cuti ke sebab esok cuti Maulidur Rasul.

Den keroje siap pakej ada mesyuarat bagai😅.


Minggu lepas den berkesempatan untuk makan di Dodo Korea buat pertama kali selepas dikenakan kompaun oleh Kementerian Kesihatan Malaysia pada pertengahan Februari 2026 dan dia tutup kedainya untuk diubahsuai.

Macam baru dibuka semula sebab nampak ada jambangan bunga tahniah di luar kedai.

Nampak lebih lapang tempatnya.

Cuma meja dan kerusi tinggi untuk orang solo udah tiada😪.

Den selalu suka lepak makan di kerusi tinggi ini sambil pandang luar dan melayan perasaan begitu😅. 

 

Set Dodo Dosirak

Den memang udah bertahun memang akan pilih set Dodo Dosirak.

2 menu utama yang den pilih dari dulu adalah beef bulgogi dan soy garlic chicken.

Dia sejenis tidak tahan makan pedas tapi hendak makan makanan Korea.

Jadinya 2 menu ini adalah yang selamat untuk perut den😅.

Sekali eh Set Dodo Dosirak ini sudah naik harga la menjadi RM19😅.

Selama ni den makan setnya RM16.

Masa awal diperkenalkan set ini RM13.50 kalau den tidak silap. 

Den tidak pasti adakah tunas rasa den yang terpleot baru-baru ini atau bagaimana.

Soy garlic chicken nya kurang crispy dan kurang rempah begitu. 

Beef bulgogi macam extra manis pula. 

Lepas itu mash potato nya lembik banget huhuhu. 

Langsung sedikit kecewa sebab udah lama tidak makan kan.

Excited la hendak makannya.

Sekali eh kenapa rasanya begitu ye. 

Ini set yang den selalu ambil. 2 menu utama kita boleh pilih. Didatangkan bersama fish cutlet, kimchi, fishcake, mash potato, nasidan 2 potong tembikai

Tidak mengapa in sya Allah ada rezeki nanti kita cuba makan lagi.

Mungkin hari itu resepinya terlari sedikit kot ye.

Kalau begitu juga kualiti rasanya nanti, mungkin kita boleh pertimbangkan restoran lain pula ye😅. 

 

Chopstick kayu juga ditukar kepada chopstick besi.

Mungkin lebih cost effective, hygienic dan mudah dibasuh.

Makanya den yang tidak begitu pandai makan menggunakan chopstick kena guna sudu garfu sahaja sebab asal hendak ambil makanan dengan chopstick besi itu, makanannya tercopot jatuh aje kerojenya😅. 

Perumpamaannya tidak pandai menari lantai pula dikatakan jungkang-jungkit ye😅. 

Orang introvert macam den ni bahagia bila dapat menjamu selera di restoran yang tidak ramai orang😅

Den suka makan di sini sebab sebab Set Dodo Dosirak ni macam sedang elok untuk den.

Kimchi nya pun tidak perit rasa cukanya. 

 

Kepada sesiapa yang tersinggah di NU Sentral dan KL Sentral boleh singgah makan sini ye.

Jaga diri semua. 

 

 

0 comments