Assalamualaikum dan salam Jumaat semua.
Semoga semuanya sihat walafiat.
Den hendak kongsikan sebuah buku yang den berkenan dooh yang sempat den baca semasa warded.
📘110/2026 Agar Akhir Dirimu Diberkati Kompas Surah Al-Mulk
✍️Syaari Ab Rahman
📖396 mukasurat
🏫Perpustakaan Tun Uda Shah Alam
Surah Al-Mulk adalah surah favourite den selain Surah Al-Kahfi.
Buku yang mana setiap ayat di dalam Surah Al-Mulk ditadabbur serta disertai kod QR yang membawa kepada kupasan ayat tersebut melalui youtube adalah sebuah buku yang perlu dibaca dengan hati secara perlahan dan berlapang dada.
Memang perlu dengar video youtube setiap ayat melalui kod QR kerana ada perkara yang dikupas di dalam video tidak tertulis di dalam buku.
Surah Al-Mulk yang mengandungi 30 ayat ditadabbur satu per satu ayatnya dari ayat 1 dan ayat 30.
Setiap ayat memberikan penjelasan dan pengajaran tersendiri yang sepatutnya kita mengambil iktibar dan seterusnya berusaha untuk terus memperbaiki diri.
Den kongsikan beberapa tadabbur ayat daripada buku ini ye.
🌸Ayat 2 "Dia-lah yang menciptakan kematian dan kehidupan"
Kenapa disebut kematian dulu baru kehidupan?
Kematian - alam dunia & setiap yang hidup di dunia akan mati
Kehidupan - alam yang kekal abadi adalah kehidupan hakiki di alam akhirat tanpa ada kematian samada di dalam neraka atau syurga.
🌸Ayat 3 "Dia lah yang telah mengaturkan kejadian tujuh petala langit yang berlapis-lapis..."
Masa baca tadabbur dan penjelasan ayat ni, den sedang duduk di atas katil di Hospital Shah Alam dan dari katil den boleh nampak langit dan awan dengan jelas dan terang.
Jadi rasa sayu je hati.
Dok terfikir dapat tak den keluar dari hospital ni.
🌸Ayat 12 - Pesanan kepada orang-orang beriman, keampunan dahulu baru dibicarakan tentang pembalasan syurga.
Pengampunan dosa adalah rahmat daripada Allah.
Tidak boleh masuk syurga kalau tidak diampunkan.
Dalam apa-apa situasi elakkan/hapuskan mudharat terlebih dahulu baru lihat kepada manfaatnya
🌸Ayat 13 - sentiasa berhati-hati dalam percakapan dan perbuatan termasuk kata-kata dalam group Whatsapp kerana Allah Maha Mengetahui segalanya termasuk lintasan hati dan apa yang tersembunyi.
🌸Ayat 19 - 3 pengajaran berkaitan burung:
✅burung tidak terbang terus menerus. Dia akan akan kuncupkan sayapnya untuk berehat. Manusia seharusnya begitu. Dalam kehidupan seharian perlu ada masa untuk berehat.
✅tujuan penciptaan burung = tujuan penciptaan manusia untuk menggapai ketinggian untuk kembali kepada syurga
✅burung yang sentiasa terbang di langit = manusia mempunyai potensi perlu berusaha meneroka ilmu langit, astronomi, angkasa lepas, etc bagi menghayati kuasa Allah
Setiap ayat yang dihuraikan akan buat kita mahu tidak mahu terpaksa merenung perjalanan hidup kita.
Bahagian Eksplorasi al-Mulk memerlukan kepada lebih penelitian kerana melibatkan tema surah, teori komposisi, hubungan setiap ayat, dsb.
Tips menghafaz Surah Al-Mulk nampak macam tidak begitu berat tapi sebenarnya tidak begitu mudah😅.
Setiap ayat ada tujuan berkaitan ayat yang seterusnya.
Semoga satu hari nanti kita dapat menghafal surat Al-Mulk ye.
Buku berat yang perlu dibaca perlahan.
Baca.
Dengar.
Lihat.
Jeda sebentar.
Ulang baca.
Dengar dan tengok video kupasan setiap ayat.
Cuba faham.
Ulang baca lagi.
Terpana.
Terkesima.
Tidur sebentar
Ulang baca lagi.
Begitulah.
Buku yang perlu diulang baca agar lebih bisa difahami dengan hati.
Baca pula buku ini masa warded di hospital.
Syahdunya itu lain macam sikit😅
In sya Allah semoga kita sama-sama mendapat manfaat untuk menjadi lebih baik daripada semalam dan seterusnya sentiasa istiqamah menyediakan bekal di dalam perjalanan pulang kepadaNya.
Have a great weekend.








0 comments