Assalamualaikum.
Semoga semuanya sihat dan dirahmati Allah sokmo.
Den bersama keluarga, jiran dan rakan sepejabat telah beberapa kali makan di North Station ini.
Kalau makan banyak kali tu maknanya memang berkenan dooh la pada makanannya begitu.
Menu yang paling selalu dipesan di North Station adalah Laksa Sarang.
Ini kira menunya yang paling laku keras.
Telur sarangnya garing dan tidak berminyak. Ini yang paling win sebenarnya.
Kuah laksa pun pekat likat memikat, terasa ikannya.
Den pernah makan nasi daging, laksa sarang dan mee rebus.
Semuanya ada rasa, cukup rempah dan kena dengan tekak den.
Kalau jiran-jiran den memang akan makan laksa sarang.
Udah jadi default food deme kalau ke sini😅.
![]() |
| Telur sarang yang rangup |
![]() |
| Kalau cicah roti dengan kuah mee rebus ni pun ngam sebenarnya |
![]() |
| Nasi daging yang sangat molek kerana dagingnya lembut dan cukup rempah segala |
![]() |
| Ini layan sepinggan seorang pun jadi |
Set tempe dan tauhu yang digoreng rangup memang ngam buat kudapan selepas makan makanan berat.
Tauhu begedil sedang elok kentangnya semua.
Cicah pula dengan sambal kicap.
Pendek kata den suka semua makanan yang den pernah makan di sini.
Cendolnya pun sedap, banyak bahan, dsb cuma den ni suka cendol biasa bawah pokok di Seksyen 18 begitu.
Jadinya cendol den pernah pesan sekali sahaja di sini.
Ada banyak pilihan menu lain sebenarnya tetapi asal datang ke sini kalau tak makan laksa mesti makan nasi daging😅.
Kedainya comel aje.
Muat dalam 35 orang macam tuh rasanya.
Kalau datang waktu peak hour waktu lunch hour memang penuh.
Jadinya samada kita datang sebelum 1 petang atau selepas 2.30 petang in sya Allah senang sedikit hendak mendapat tempat duduk.
Waktu operasi kedai makan ini dari Isnin - Sabtu 9 pagi - 6.30 petang.
Hari Ahad deme tutup ye.
.
Harganya agak keras tetapi berbaloi dengan rasanya.
Kalau kome ke Shah Alam boleh pertimbangkan untuk menjamu selera di sini.
Jaga diri semua.











0 comments