Makan Tengahari di Jalan Terusan Cafe, Eco Ardence, Shah Alam

Assalamualaikum.

Minggu lepas kawan sepejabat ajak makan sempena den keluar hospital.

Ada je la perkara yang mereka hendak celebrate ye😅.

Den layankan aje.

Mereka pilih untuk makan di Jalan Terusan Cafe.

Sebuah cafe berwarna merah jambu yang kalau ramai jejaka masuk samada mereka menemani keluarga/isteri/kekasih/teman tapi mesra mereka makan di sini😅.

Masuk aje dalam cafe terus terasa macam berada di alam fantasi Barbie atau Disney's Princesses sebab serba serbi merah jambu dan dihiasi bunga di sana sini. 

Cantik, selasa dan welcoming cafe nya cuma ianya begitu girlie😅. 

Tiga orang rakan sepejabat merangkap kekonco JJCM

Kami pilih tiga hidangan walaupun kami 4 orang.

Sebab selalunya tidak akan habis makan kalau setiap seorang pilih satu main course

Kita kongsi rasa serba sedikit begitu.

Ini gambar dari Iphone kawan den

Beza benar dengan gambar dari handphone cap ayam ini ye😅

Menu pertama adalah Spicy Creamy Tomyam Pasta.

Pastanya lembut, udang dan sotongnya segar, kuahnya tidak begitu pedas, sedang elok.

Surprisingly kuah dia tidak muak ye.

Mula-mula tengok kuahnya tuh ingat akan muak.

Sekali tu bila makan sesuap demi sesuap eh sedap la pula.

Eh siapa yang konon-konon hendak eat clean itu ye😅? 

 

Menu kedua adalah Buttermilk Chicken Rice.

Ayamnya garing di luar, lembut isi di dalam.

Buttermilk nya sedang elok, tidak muak dimakan.

Sama ke idok realiti dengan gambar menu di bawah?

Menu ketiga deme suruh den pilih.

Disebabkan den acah-acah perlu eat clean makanya den pilih Grilled Chicken Salad.

Eceh😅. 

Memang tepat pilihan den sebab ayam panggangnya lembut dan juicy.

Terasa perapannya.

Ini menu yang den paling berkenan

Realiti dan gambar dalam menu ini sama sungguh den rasa

Salad segar didatangkan bersama 2 jenis sos.

Satu sos kewpie.

Lagi satu sos den tidak tahu sos apa.

 

Kami makan scones dan kek batik juga.

Scones lembut dan tidak pecah relai bila dipotong.

Dimakan bersama jem strawberi dan mentega. 

Kek batik moist sungguh.

Ada banyak pilihan desserts lain juga.

Bisa rambang mata. 

Den minum teh Mango Magic Tea.

Warga emas begitulah ye😅. 

Ada yang minum mango lassi, hazelnut latte dan air soda ribena.

Makanan ada rasa.

Cafe molek macam berada di alam fantasi.

Layanan berhemah oleh pekerja cafe.

Harga adalah harga standard cafe begitu ye. 

In sya Allah boleh ulang datang lagi. 

 

Boleh datang sini bersama keluarga dan kawan-kawan nanti ye.

Cafe dibuka dari 11 pagi hingga 10 malam Selasa hingga Ahad.

 

 

Jaga diri semua. 

 

 

7 comments

  1. Tengok Cafe ni teringat Cafe pink Zalynz Oven tu.Serba pink semuanya. Ini kalau anti pink mesti pening masuk sini.
    Haa rosak diet terus ek.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha Zalynz Oven itu memang antara cafe viral. Sekarang dah pindah ke bangunan lain. Cafe asal Zalynz Oven sekarang udah bertukar tetapi masih berwarna pink

      Delete
  2. Molek belaka menu yg dipilih tu
    Cafe ni terlalu pink utk PH hihi...

    ReplyDelete
  3. Nampak sedap dan menyelerakan semuanya.

    ReplyDelete
  4. Suka kawan² KSarie, celebrate KSarie keluar hospital dengan makan². 😋 Sungguh merah jambu suasana dalam cafe. Makanan pun nampak sedap².

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha...sangat pinky pinky begitu kedainya😅

      Delete