Assalamualaikum.
Sekejapan aje udah hari Ahad ye.
Tapi esok masih cuti sebab cuti Merdeka yang ke 69.
Yeay😅.
Semoga Malaysia terus aman, harmoni, gemilang dan merdeka daripada sebarang anasir yang mengancam keselamatan dan kesejahteraan semua.
Untuk penduduk di bumi Selangor, kita sambung cuti sehingga 1 September sempena cuti peristiwa Selangor juara SUKMA 2026.
Sakan orang Selangor bercuti ye😅.
Den hendak kongsikan tentang sebuah book cafe di Jakarta yang sempat den singgah semasa trip Bandung-Jakarta bersama konco-konco pada 2025.
Semasa konco-konco mencuci mata dan shopping di Plaza Indonesia, Grand Indonesia, Tamrin City, dsb, den naik gojek ke book cafe Makan Di Tebet.
Dia kalau book cafe ke cafe ke memang molek, santai dan welcoming aje suasananya ye.
Makan Di Tebet ini merupakan sebuah book cafe yang mempunyai banyak pilihan buku.
Antara kita sempat baca ke idok sahaja.
Kalau macam den setakat lepak dalam 1 jam setengah di sini, sempat browse aneka tajuk buku sahaja.
Apabila terjumpa buku yang berkenan pun sempat baca beberapa mukasurat sahaja.
![]() |
| Ini adalah buku-buku dan goodies yang dijual |
![]() |
| Ini buku-buku yang boleh kita baca |
Sebenarnya dia ada perpustakaan di tingkat atas.
Tetapi den tidak dapat naik ke perpustakaannya masa den datang sebab ada private event kalau tidak silap.
Maknanya kena ulang datang sini satu hari nanti gamaknya ye😅.
Menu utama Makan Di Tebet adalah makanan barat.
Masa den datang ramai pelanggan makan burger.
Mungkin burger adalah best seller meal di sini kot ye.
Pilihan makan meriah dan bisa bikin rambang mata.
![]() |
| Disebabkan den malas menguit tidak banyak gambar cafe yang den ambil😅 |
![]() |
| Buku yang sempat den baca dalam 30 mukasurat. |
Ada sajian tempatan juga.
Den makan kuih macam karipap (lupa dah namanya apa😅).
Garing dan inti dagingnya padat.
![]() |
| Sebenarnya nak tunjuk gambar karipap tapi tak tau la kenapa gambar ini begini angle nya😅 |
Lepas tuh den makan nasi dan ayam goreng tak tau penyet ke apo😅.
Dimakan dengan sambal matah.
Sedap aje ada rasa segala cuma macam kering pula rasanya bila tiada sup ke kuah sikit.
Cuma mengharap kasih sambal matah itu sahaja.
Den suka sambal matah sebab tidak pedas.
Air teh o ais yang sampai 2 gelas sebab den kehausan😅.
![]() |
| Ini pun sama kejadiannya. Kenapa la den ambil gambar makanan macam ni😅 |
Book cafe selalunya adalah tempat yang slow and steady.
In sya Allah kita bisa bertenang-tenang.
Makan sambil membaca buku ni buat ralit.
Kalau terbaca buku yang awesome, terhenti sekejap di awangan makanan yang hendak disuap ke dalam mulut😅.
Cuma itulah, kita kena read the room juga ye.
Kalau memang sedang peak hour dan ramai orang, kurang sesuai kita berlama-lamaan.
Lepas makan dan berehat sebentar, elok la kita beredar untuk bagi ruang kepada orang lain pula menjamu selera.
Book cafe nya cantik, estetik, banyak ruang untuk bergambar cuma den je tidak rajin.
Makanan ada rasa.
Layanan berhemah daripada pekerja di sini.
Soothing and healing vibes.
Memang den berkenan dekat book cafe nya.
In sya Allah macam kena kembali ke sini satu hari nanti apabila ke Jakarta kerana den hendak tengok perpustakaannya.









Baru nak tanya, kenapa air sampai dua. Hehe.. buku pun nak interprem, itu yang sudut ambil gambar walaupun nak tunjuk makanan, gambar buku pun turut terselit. Hehe.. saya cuba nak jadi macam KSarie, baca buku di cafe. Tapi macam ada gangguan saja. Orang baca slow macam saya ni, cuma boleh baca dalam bilik yang senyap atau perpustakaan je. Kalau duduk cafe, terganggu bacaan dek nak tengok gelagat orang, kalau cafe ada pasang muzik, kena ulang baca perenggan sama berulang kali baru masuk. Huhu...
ReplyDeleteBiasanya jarang sangat nak dapat membaca buku sampai habis di sesebuah book cafe sebab biasanya tidak cukup masa. Jadinya KSarie pegang konsep baca apa yang sempat aje begitu😅
DeleteSaya x pernah masuk book cafe hehe rs mcm x keruan.. nak makan nak baca buku nak makan nak baca buku hahaa
ReplyDeleteSatu lg sbb mudah terganggu dengan diri sendiri.. mmg x bole nak tumpu kt bacaan bila ada org lalu lalang dpan mata sbb tu library is not my passion to enter 😅😅
Saya mmg respek kat korang² yg bole tahan dengan gangguan.. dan bole concentrate dengan bacaan walau ada ramai org
Dia ala-ala go with the flow begitu. Sekejap baca buku. Sekejap lagi perati orang. Sekejap lagi mengelamun. Macam-macam ada begitu😅
DeleteTerasa vibe tenang hingga ke sini ye KSarie :)
ReplyDeleteHa dia bila jalan-jalan dan makan-makan memang molek kan
Deletekalau tengok posting ni, terus teringat Fanny..
ReplyDeleteDia mesti suka cafe macamni.. ada buku dan ada kopi..
Healing betul.. di JB kalau nak gini, Book Axxess.. kadang pergi juga kalau rasa nak sunyi suasana
Ha...Fanny pun suka mengopi dan membaca juga kan. JB ada banyak book cafe yang lawa-lawa juga tapi itu la entah bila hendak sampai JB pun idok tahu😅
DeleteSelamat Hari Merdeka ke 69!
ReplyDeleteBest ni sambil makan2, sambil baca buku.
Sesuai untuk orang malas menguit macam KSarie ni😅
DeleteKena make sure jadual kosong... baru enjoy lepak kat tempat macam ni
ReplyDeleteBetul tuh UG. Memang jadual kena free dan easy betul kalau hendak lepak lama-lama di book cafe
DeleteTerdetik dalam hati, kenapa minuman 2 gelas. Ingat kot jumpa geng baru di situ, terus minum sama-sama. Rupa-rupanya kehausan 😄
ReplyDeleteNi betul-betul ulat buku, sanggup cari bookcafe pergi sendiri 😀
Ha udah tua ni kadang-kadang jalan sendiri begitu bila tiada yang sudi menemani. Eceh😅
DeleteKak Sarie kalau ke jakarta wajib kabari saya yaaaa 😄... Nanti kita jalan2 kliling jakarta 😉. Ke book cafe dan library sini juga.
ReplyDeleteBaru tahu tempat ini. Cantik jugaaa. Ada teman saya yg memang sukaaa ke book cafe. Nanti saya bisa tanya saran dia book cafe yg bagus2 .
Yg mirip karipap itu, kalau lihat bentuk macam Panada. Itu kulitnya seperti dough roti kan? Bukan pastry kan? Kalau macam roti, isi dengan ikan yg di suwir2, confirm Panada. Kue khas Makasar. Saya sukaa juga.
Kalau nasi ayam, nasi goreng, di sini itu memang tak pakai kuah sup kak. Sayapun sempat heran kenapa saat di Malaysia, makan nasi goreng, nasi ayam, selalu ada kuah sup 😄. Krn di sini tak pernah begitu. Jadi kalau nasi ayam begitu, pasti utamanya di sambal.
Ha....Panada ye namanya. Baru KSarie tahu memang tidak ada kuah sup kalau nasi ayam, etc. In sya Allah Fanny kalau ke Jakarta nanti KSarie bagitau ye. Mesti banyak toko buku dan book cafe yang awesome yang orang local ketahui😊
DeleteSeronoknya dapat cuti lama sikit kan.
ReplyDeleteAlhamdulillah..Semoga Malaysia terus aman damai makmur sejahtera harmoni bersama pelbagai kaum dan bangsa. Selamat Hari Kemerdekaan Malaysia ke-69 tahun.
Husband saya pun sambung cuti sampai selesa sebab kerja di Selangor. Dapatlah cuti extra sehari.
Suka betul tengok susunan buku memanjang tu.Rasa sayang pula nak usik buku-buku yang tersusun rapi tu. Jenis ulat buku macam KakSarie mesti cari book cafe kan.
Bolehlah tu kalau nak ulang datang lepak kat sini sambil baca buku.
So far tak pernah lagi ke book cafe. Tak tenang rasanya kalau nak membaca dan lepak lama bila ramai orang.
Tak dinafikan, book cafe mostly nampak aesthetic. Sana banyak Book cafe ye. Sini macam rare sikit kan. Ke ada, tapi saya tak tahu.
Kat Malaysia ada juga book cafe tapi KSarie baru pergi tak sampai 5,6 buah rasanya
DeleteBerkenan pulak bila dengan kulit buku Bumi Nusantara Ke Piring Kita... colourful.
ReplyDeleteMemang lawo dan menarik bukunya
DeleteRasanya kalau masuk book cafe ni, payah nak keluar.
ReplyDeleteHa betul sangat tu😅
DeleteIngatkan berdua.. rupanya memang dua dua air akak.. hihihi
ReplyDeleteHa...dahaga naw rasanya
Deletekalau ulat buku ni susah sikitla. nak makan ke nak baca buku? xD
ReplyDeletemenarik konsep macam ni kan. malaysia pun ada book cafe jugak walau tak banyak
Ha harapnya dapat book cafe hopping juga di Malaysia ni. Baru sempat pergi beberapa buah book cafe setakat ni
Delete