Assalamualaikum.
Apa khabar semua?
Semoga semuanya sihat walafiat, dipermudahkan semua urusan dan di bawah rahmat Allah selalu.
Alhamdulillah den telah discharge dari Hospital Shah Alam sebelum Maghrib tadi selepas 7 hari berkampung di sana.
Lega gila bila dapat balik rumah.
In sya Allah akan follow up selanjutnya ikut temujanji yang Dr telah tetapkan.
Jadinya setakat 2 Ogos ini memang Awesome August untuk den sebab berjaya discharge dari hospital😊.
![]() |
| Home sweet home |
Ogos adalah bulan pertama bagi 4 bulan terakhir setiap tahun.
Sekejap sahaja sudah bulan Ogos kan?
In sya Allah ada 2 cuti umum pada bulan Ogos ini iaitu 25 Ogos (Maulidur Rasul) dan 31 Ogos (Merdeka).
Anak-anak akan bercuti sekolah pada 28 Ogos - 6 September.
Bagi anak-anak macam A, mereka akan menduduki peperiksaan percubaan PSRA pada 18 - 20 Ogos.
Untuk den, Ogos ini masa untuk susun semula jadual kehidupan selepas 2 minggu tidak sihat.
Kalau cerita pasal kerja, pastinya banyak benda menanti den di ofis setelah 2 minggu den tidak masuk ofis😅.
Selagi nama tanggungjawab makanya ayuh la kita berusaha bekerja semoleknya ya.
Rindu juga pada bilik di pejabat itu😅.
Tiba-tiba rasa rindu juga hendak naik Bas Smart Selangor😅.
In sya Allah akan sambung semula tengok KDrama yang telah ditinggalkan selama 2 minggu😅.
Ada berenyut buku yang dalam senarai TBR yang berangan hendak dibaca.
Bab makan nampaknya mahu tidak mahu kena usahakan untuk diubah walaupun makanan yang kuban-kuban adalah kegembiraan di dalam hidup den😅.
Apa rancangan kome di bulan Ogos ini.
Semoga semua rancangan kita diberkati Allah.
Semoga Awesome August akan berlanjutan sehingga 31 Ogos.
Jaga diri semua.

0 comments