Awesome August

Assalamualaikum.

Apa khabar semua?

Semoga semuanya sihat walafiat, dipermudahkan semua urusan dan di bawah rahmat Allah selalu.

Alhamdulillah den telah discharge dari Hospital Shah Alam sebelum Maghrib tadi selepas 7 hari berkampung di sana.

Lega gila bila dapat balik rumah. 

In sya Allah akan follow up selanjutnya ikut temujanji yang Dr telah tetapkan.

Jadinya setakat 2 Ogos ini memang Awesome August untuk den sebab berjaya discharge dari hospital😊.

Home sweet home

Ogos adalah bulan pertama bagi 4 bulan terakhir setiap tahun.

Sekejap sahaja sudah bulan Ogos kan?

In sya Allah ada 2 cuti umum pada bulan Ogos ini iaitu 25 Ogos (Maulidur Rasul) dan 31 Ogos (Merdeka).

Anak-anak akan bercuti sekolah pada 28 Ogos - 6 September.

Bagi anak-anak macam A, mereka akan menduduki peperiksaan percubaan PSRA pada 18 - 20 Ogos.


Untuk den, Ogos ini masa untuk susun semula jadual kehidupan selepas 2 minggu tidak sihat.

Kalau cerita pasal kerja, pastinya banyak benda menanti den di ofis setelah 2 minggu den tidak masuk ofis😅.

Selagi nama tanggungjawab makanya ayuh la kita berusaha bekerja semoleknya ya.

Rindu juga pada bilik di pejabat itu😅.

Tiba-tiba rasa rindu juga hendak naik Bas Smart Selangor😅.


In sya Allah akan sambung semula tengok KDrama yang telah ditinggalkan selama 2 minggu😅.

Ada berenyut buku yang dalam senarai TBR yang berangan hendak dibaca.

Bab makan nampaknya mahu tidak mahu kena usahakan untuk diubah walaupun makanan yang kuban-kuban adalah kegembiraan di dalam hidup den😅.


Apa rancangan kome di bulan Ogos ini.

Semoga semua rancangan kita diberkati Allah.

Semoga Awesome August akan berlanjutan sehingga 31 Ogos.

Jaga diri semua.


28 comments

  1. Alhamdilah semoga makin sihat ye kak sarie.. Pasni bole continue dengan rutin harian... Jom2 byk kdrama baru2 kluar ni.. Laayaaannn 😜

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Semoga kita semua Allah kurniakan kesihatan terbaik ye. Ha berjujuk KDrama dok menanti kan😅

      Delete
  2. Semoga sepanjang bulan Ogos ini dipenuhi rezeki melimpah, aktiviti bermakna, dan kenangan manis. Ada perancangan percutian keluarga atau agenda healing menarik bulan ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. In sya Allah semoga Ogos kita manis-manis semuanya ye. Bulan Ogos ini penuh dengan appointments hospital nampak gayanya ni😅

      Delete
  3. Semoga beroleh syifaa KSarie 🤲🏻
    Pelan² kayuh, semoga dipermudahkan semuanya

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah dah boleh balik rumah. Lama tu 7 hari, tapi takpelah yang penting kembali sihat.

    Saya susah nak rancang awal, biasanya buat apa-apa ikut situasi semasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah....harap akan terus sihat. Kadang-kadang yang dirancang tidak jadi juga. Sudahnya go with the flow begitu😅

      Delete
  5. Assalamualaikum
    Hai Kak. Maaf lama saya tak singgah sini. I'm back!

    Allahuakbar. Tak tahu pulak akak masuk hospital. Alhamdulillah discharge sudah. Seronok dapat balik rumah kan.
    Tak sabar nak tunggu cuti lagi.
    Lama cuti mesti banyak kerja menanti. Pelan-pelan kayuh kak.
    hihi..KDrama jugak dia cari ek.
    Masih belum ada rancangan lagi. Rasa macam nak rehat santai-santai je selepas bulan Julai yang agak sibuk. huhu...
    Take care jugak kak. Semoga sihat-sihat je hendaknya. Aamiin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam. Thanks Fiza sudi jengah blog KSarie. In sya Allah semoga Ogos kita molek-molek hendaknya ye😊

      Delete
  6. Semoga baik2 saja lama juga tu check in hosp.

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah, sudah keluar hospital. Lama juga KSarie kurang sihat, dua minggu. Semoga dipermudahkan segala urusan KSarie yang tergendala. Kena jaga makan la kita, ye, di usia begini. Take care, KSarie.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha alhamdulillah udah keluar hospital. Ha nampak gayanya begitu la ye. Kena jaga makan walaupun kitanya suka beno makan macam-macam🥲

      Delete
  8. July takde cuti umum.. rasa panjang pula hari bekerja nya. Mujur ada ambil AL.
    Aug ada 2 hari tapi company kami Maulidur Rasul dah replace Hari Raya Haji ritu. Makanya tinggal 1 hari je lah cuti umum.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha bila takde cuti umum terasa macam eh lamanya keroje kan😅

      Delete
  9. Waalaikumsalam KSarie. Moga sihat ceria selalu ya. Sekejap je masa dah bulan 8 kan. Moga smooth semuanya buat KSarie 🥰🥰

    ReplyDelete
    Replies
    1. In sya Allah semoga Ogos molek-molek buat kita semua ye

      Delete
  10. semoga dipermudah segala urusannya..aamin..
    bulan ogos bulan menunggu, semoga dpat berita gembira yang ditunggu selama ini..aamin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga Linda mendapat berita gembira yang ditunggu ye. Semoga Ogos kita molek-molek sahaja

      Delete
  11. Ya, mudah-mudahan yang baik-baik sahaja sepanjang bulan Ogos.

    ReplyDelete
  12. Alhamdulillah dah kluar dari rumah sakit 🤗. Semoga next appointment nanti dah stabil semuanya ya kak.

    Bagi saya juli kemarin lamaa sangat 🤭🤭. August nih tak tahulah, apakah berasa lama juga atau time flies. Teringin nak cepat, sebab sept akan traveling 😄.

    2 Minggu tak masuk, tak terbayang Pendingan dan email yg masuk hahahaha. Dulu saya tiap balik cuti dari kantor 3 Minggu , pas balik memang malas tengok email. 5000 ke atas, butuh 2 Minggu utk baca semua 🤣🤣.

    Di usia kita dah hrs jaga makan ya kak 🤭. Memang yg sedap2 nih hrs seminggu sekali je 🤣

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masalahnya KSarie itu suka makan macam-macam. Bila ada restriction on diet sedih juga rasanya😅Tapi untuk kesihatan yang lebih baik kena usahakan juga nampaknya ye

      Delete
  13. Alhamdulillah sudah kembali sihat..lepas ini tolong jaga dan usaha kesihatan sebaik mungkin...sebab sihat itu nikmat terbesar dalam hidup

    ReplyDelete
    Replies
    1. In sya Allah semoga kita semua Allah rezekikan untuk sihat selalu ye

      Delete
  14. saya di penghujung bulan julai baru ni dapat berita sedih. so rasa mcm hidup tengah berantakan ni hahaha. takpelah kita jalani je semuanya dengan aturan Allah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga dipermudahkan semua urusan Mazni dan molek-molek sahaja kesudahannya. Begitulah kita di dunia ini ye. Akan melalui macam-macam cerita. Semoga Mazni terus awesome ye

      Delete