Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Kita sambung cerita Bida dan toko buku di Jakarta😅.
Entah bila hendak habis cerita genre ini entah la ye😅.Den singgah ke Toko Buku dan Kafe Kobam Menteng, Jakarta Pusat.
Tidak sangka kedai bukunya comel teruk.
Cafe nya pun comel banget.
Boleh muat 5 orang di dalam kedai buku untuk duduk mengopi.
2 orang di luar kedai buku.
Memang bukan untuk berlama-lamaan di sini begitu konsepnya.
Tiada buku yang dapat dibaca di sini kerana semua bukunya untuk jualan sahaja.
Buku kategori berat untuk den.
Banyak buku sejarah, kisah perjuangan Indonesia untuk merdeka, biografi, falsafah, dsb.
Tiada buku manjah atau manis yang ala-ala plot cerita KDrama begitu di sini ye😅.
Ada dijual kopi dalam packaging yang unik.
TShirt dan tote bag juga ada dijual.
Sedap jenis kainnya tapi den tidak beli.
Disebabkan comel sangat kedai bukunya, terpaksa la den duduk luar😅.
Lepak la sini minum petang.
Makan cookies + minum kopi O.
Tapau cookies jahe.
Sebenarnya hendak makan kuih tempatan tapi itu la sudah habis la pulanya.
Molek juga lepak di luar ada angin sepoi-sepoi bahasa.
![]() |
| Persekitaran toko buku yang terletak di dalam kawasan perumahan |
Sekejap aje lepak di sini sebab ada orang udah berdiri tidak tahu hendak duduk di mana.
Molek tempatnya cuma itu la terlalu comel😅.
Kalau ada hasrat hendak melepak lama sambil mengopi ini bukan tempatnya ye.
Kalau hendak mencari buku-buku bikin sakit kepala, tercopot jantung, dsb, in sya Allah ini tempatnya.
























Pandainya KSarie cari tempat gini, tersorok pulak tu.
ReplyDeleteMenarik peket kopinya, masih bertemakan buku 😃
Ha rezeki dapat jumpa tempat molek sebab kitanya main google aje😅
DeleteGenre begini la pilihan Sy KSarie... Sejarah, politik, tokoh...
ReplyDeleteDekat tempat kita ada ke toko buku begini? Seronok pulak tengok vibe dekat sini
Ha genre sebegini kena baca perlahan-lahan. Dekat Selangor dan KL ada beberapa kedai buku indie yang menjual genre sebegini macam Bibliophile, Pelita Dhilin, Riwayat, dsb
Deleteskrg ni dh jarang org baca buku, semuanya dibaca kat henfon je., huhu
ReplyDeleteHa betul la tu kan tapi itu la KSarie ini sejenis old school. Suka baca buku fizikal kalau nak dibanding dengan ebook
DeleteOoo best juga gini, tapi kalau tempat kecil dan tidak selesa, memang tak berapa nak best laa.. sebab baca buku nak tenang-tenang aja
ReplyDeleteHa kat sini kiranya bisa mengopi aje begitu
DeleteNampak sedap pulak cookies tu.
ReplyDeleteHa memang molek rasanya
Deletesaya pun tak tahu ini di mana hahahahahah.... tapi memang sukaaa liat dekorasi dalamnya kak ^o^.. estetik, walau kecil.. daaaan saya penasaran dengan buku eksperimen keji kedokteran penjajahan jepang.. aih nak beliiiii
ReplyDeleteBanyak buku-buku Indonesia yang bagus-bagus ya Fanny. Tinggal hendak mencari masa memilih mana yang paling berkenan di hati begitu ya
Deletekiut betul kafe bukunya.. dapat belek sikit2 je la huhu
ReplyDeleteHa tidak dapat lepak lama di sini
DeleteMemang cute sangat kedainya. Hobi membaca ni rasanya agak terkubur, tak tau lah kenapa macam nak pegang pun tak sempat. Tapi tetap beli buku.
ReplyDeleteHa takpe sebab hobi membeli buku dan hobi membaca buku adalah dua entiti yang berbeza begitu😅
Delete