Assalamualaikum.
Salam Ahad kepada semua.
Apa aktiviti hari ini?
Semoga semua urusan dipermudahkan ye.
Den hendak kongsikan sebuah buku yang buat den terkesima kerana olahannya begitu awesome.
Buku: Kucing, Lelaki Tua dan Penulis Yang Keliru
Penulis: Abinaya Ghina Jamela (12 Tahun)
Mukasurat: 152
Buku bisa menyesatkan dan membunuh jika kamu tidak berhati-hati.
Buku-buku yang kamu baca bukan segala-galanya.
Buku itu tidak selalu bisa menyelesaikan masalahmu.
Kamu juga harus memperhatikan fenomena alam sekitarmu.
Literasi itu seharusnya bisa bikin anak-anak menjadi lebih kreatif, lebih berani, lebih kritis, bisa mandiri.
Bukan cuma baca buku, baca buku lagi dan baca buku terus.
Membaca petikan-petikan di atas nukilan oleh penulis berusia 12 tahun ini sudah boleh memberikan gambaran bagaimana resensi buku, movie dan perkara yang berlaku sekitar penulis diabadikan di dalam 17 buah cerpen oleh penulis.
Membaca semua 17 cerita di dalam buku ini membuatkan den rasa resensi yang pernah den buat selama ini dalam kategori hmmmm😅.
Penulis juga membuat semakan dan rujukan silang dengan buku-buku dan sumber lain bagi mendapatkan maklumat yang lebih terperinci dan tepat bagi sesuatu perkara yang sedang beliau baca dan berhasrat untuk ulas.
Penulis mengaitkan intipati buku dengan keadaan yang berlaku di sekelilingnya atau perkara yang pernah beliau baca seperti:
✅kebobrokan ahli politik yang tidak pernah pedulikan nasib rakyat
✅sifat empati haiwan yang lebih tinggi daripada manusia
✅kenapa manusia suka 'menjadi Tuhan' menghakimi orang lain
✅perempuan yang masih dinilai melalui kecantikannya
✅hak-hak perempuan pada 1800an ketimbang sekarang
✅kelaparan menyebabkan manusia melakukan apa sahaja untuk bertahan hidup
✅kenapa Indonesia masih tidak memaafkan Jepun kerana jugun ianfu
✅penceritaan daripada sudut pandang berbeza
✅isu hamba di zaman dulu dan sekarang
✅tanah air dirampas dari pribumi orang asal di USA
✅rasis pada era Hitler vs apa yang berlaku di Papua
✅orang miskin tidak boleh jatuh sakit, tidak boleh berbuat salah, kadang-kadang tidak buat salah tetap ditangkap dan dihukum, dsb
✅persamaan dan perbezaan movie Finding Fanny dan Piku, dsb
Bukan sahaja buku-buku bacaan penulis cilik ini buku-buku klasik, berat, dsb.
Kebanyakannya den tidak pernah tahu atau pernah dengar tapi tida pernah membacanya macam buku:
✅Kisah Seekor Camar dan Kucing yang Mengajarnya oleh Luis Sepúlveda
✅The Little Women oleh Louisa May Alcott
✅Snow Flower oleh Lisa Lee
✅The Big Breasts and Wide Hips oleh Mo Yan
✅House of Earth oleh Pearl S. Buck (menang hadiah Nobel dan Pulitzer)
✅East of Eden oleh John Steinbeck
✅City of the Beasts oleh Isabel Allende
✅Tahun Penuh Gulma
✅Uncle Tom's Cabin oleh Harriet Beecher Stowe
✅Fortunately The Milk oleh Neil Gaiman
✅Anne of Green Gables oleh Lucy Montgomery
Bagi buku yang nipis ini, pengolahan resensi setiap buku dan movie yang dipilih akan membuatkan sesetengah pembaca akan terasa seperti hendak membaca beberapa buku yang tersenarai untuk mengetahui adakah memang sebegitu jalan ceritanya, dsb.
Den kena cari buku tentang Permaisuri Tzu Hsi (Yehonala) sebab hanya pernah membaca buku The Last Empress.
Tetapi menurut penulis, novel Empress Orchid oleh Anchee Min dan Maharani oleh Pearl S. Buck menceritakan sisi yang berbeza tentang Permaisuri ini.
Sejujurnya selepas membaca buku ini, den terfikir bagaimana caranya hendak membuat resensi buku yang lebih kritis dan kreatif kalau bisa membaca pun udah mujur benar rasanya😅
Kome boleh baca resensi buku karya penulis cilik ini semasa dia berusia 9 tahun di SINI ye.
Anak muda yang sangat berbakat.
Jaga diri ye semua.
Semoga Ahadnya membahagiakan.




0 comments