Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Semoga hari Ahad kome molek-molek ye.
Den hendak kongsikan nota daripada perjalanan Papandayan Panoramic Train dari Jakarta ke Bandung.
45 minit pertama pemandangan bangunan kerana masih di kawasan bandar.Ada beberapa masjid.Rumah-rumah penduduk di sebelah landasan keretapi.Ada ya g tiada buffer pun.Penduduk bersesak-sesak di dalam keretapi laluan bertentangan untuk ke kantor, kuliah, etc.Macam melekat-lekat pada cermin.Beberapa buah anak sungai.Penunggang-penunggang sapeda motor berhenti di pagar landasan keretapi menunggu keretapi lalu.Ada penduduk melambai kepada keretapi yang lalu.Pemandangan sawah padi yang berterusan.Sawahnya tidak sekata macam di Sekinchan.Dalam 1 kawasan sawah ada padi yang baru selesai dituai.Ada kawasan yang baru disemai benih padinya.Ada kawasan padinya menghijau.Ada padi yang sedang menguning.Deretan kubur.Penduduk yang sedang menjalankan rutin harian.Memasak di ruang terbuka.Berehat di tepi landasan.Menyemai benih padi.Menyidai baju.Memberi makan ikan.Berjualan. Menikmati juadah.Pekerja binaan di stesen keretapi.Memangkas pokok.Tetangga berkumpul mengobrol.Seorang wanita mendukung seorang anak kecil yang tersenyum melihat keretapi lalu.Anak-anak berbasikal.Deretan pokok pisang, ubi, buluh, dsb.Kandang sapi.Jaga diri ye semua.










0 comments