Assalamualaikum.
Selamat berhujung minggu semua.
Antara perkara yang menjadi persoalan bila hendak makan tengahari di hari Jumaat bersama rakan sepejabat apabila den tiba-tiba rajin hendak ikut mereka makan adalah hendak makan di mana😅?
Jawapan standard den adalah 'den tak kisah, den ikut je😅'.
Urusan mencari tempat makan kita serahkan kepada mereka yang pakar begitu ye.
Mereka kata hendak makan di Ambeng Seskyen 13 Shah Alam.
Maka ayuhlah kita.
Lupa den hendak ambil gambar luar restoran ni sebab masa kami sampai sedang hujan boleh tahan lebat.
Masuk je ke dalam restoran memang rasa nyaman sebab persekitaran dan hiasannya klasik sangat.
Suasana yang mengundang untuk kita berlama-lamaan di sini sambil menambah pesanan begitu😅.
Nasi Ambeng.
Mee Rebus.
Laksa Johor.
Cucur Jagung.
Cendol.
Teh o panas.
Air kosong.
Ini yang kami pesan untuk makan berempat.
Memang pilih tiga sahaja makanan berat sebab udah beberapa kali bila pesan seorang satu makanan berat berakhir dengan pembaziran bila tidak habis makan.
Den bukan peminat Nasi Ambeng.
Tetapi Nasi Ambeng di sini memang ada rasa.
Mee gorengnya tidak menenggelamkan rasa lauk lain yang dimakan nasi.
Ikan kering yang garing dan tidak terlalu masin.
Ayam kicap yang lembut.
Kacang panjang dan taugeh yang diperasakan dengan kelapa pun sedang elok.
Mee Rebus yang didatangkan dengan 3 ekor udang yang besar dan segar memang molek.
Kuahnya pekat, likat dan memikat.
Semua bahan macam tauhu, kentang, dsb semuanya lengkap.
Yang menjadi masalahnya adalah malas hendak kopek kulit udang😅.
Dok bertolak-tolak siapa yang hendak tolong kopek hahahahha.
Dasar malas semuanya ye😅.
Laksa Johor nya memang chef's kiss sebab molek sungguh rasanya.
Lengkap perencah yang segar.
Kuah pekat dan just nice kepedasannya.
Walaupun dia guna mee kuning bukan spagetthi tetap tidak mengubah rasanya.
Cucur Jagung yang dapat markah paling rendah sebab makan minyak dan berminyak.
Kecil hati masa makan ni.
Cendol bingsu nya memang 5 bintang.
Cuma dia terhantar awal makanya bersungguh-sungguh la kami makan sebelum dia mencair.
Alhamdulillah semua makanannya ada rasa dan kena dengan tekak ni.
Harga sudah pasti hipster tapi layankan aje la anak-anak ikan ni.
In sya Allah boleh ulang makan di sini apabila ada kesempatan.














0 comments