Wordless Wednesday 44/2026

 

Ah....tetiba termakan puri hehehehehe
Sakan ye nasinya sampai terkeluar-keluar. Tak bisa menahan godaan sambal sotong yang kawan den bagi
Avocado ni masalahnya bukan sahaja mahal lepas tuh dia cepat rosak kalau terlupa hendak makan. Ini kot udah lebam-lebam isinya yang warna coklat itu
Tuaian bunga melur di suatu hari yang menggembirakan
Tengok buah mulberry yang masih menghijau pun buat den happy
Lupa hendak petik bunga kenanga dari pokoknya. Udah ada yang hitam-hitam bunganya sebab cuaca panas sangat
Pokok kenanga yang den tidak sangka akan hidup dan berbunga dengan meriahnya. Beli dekat nurseri pokok di Bagan Serai
Pokok bunga melur ini pun tidak sangka hidup walaupun daunnya banyak dimakan ulat kot ye berlubang-lubang tu. Pokok ini beli di nurseri pokok yang sama dengan pokok kenanga, di Bagan Serai
Kutipan bunga melur di hari yang mengundang rasa nyaman di hati

0 comments