Patjarmerah Bookshop PosBloc Jakarta

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Apa khabar semua? 

Kome pergi ke mana cuti Deepavali ni? 

Den tidak ke mana pun cuti ini sebab malas hendak bersesak-sesak di sana sini. 

Sementara hati gembira kerana hari ini cuti umum Deepavali maka marilah update blog begitu😅.

 

Masih berkisah tentang solo trip bertemakan buku di Jakarta pada 2025.

Den ke Patjarmerah Bookshop PosBloc Jakarta.

PosBloc Jakarta ini awesome dan molek sungguh sebab macam-macam ada.

Ada pejabat pos.

Beberapa restoran dan cafe.

Ada kedai cenderahati juga.

Kedai aiskrim pun ada.

Tapi den datang untuk ke toko buku Patjarmerah Bookshop.

Masa den sampai sini kedai toko baru je dibuka dan den merupakan pelanggan pertama😅.   

Sure stress adik manis yang bertugas sebab tidak sempat dia hendak bertenang dan menarik nafas, udah ada pelanggan masuk ke tokonya😅. 

Hendak lepak membaca buku di luar pun boleh. Sebelah toko buku ni ada kedai makan. Jadinya boleh beli makanan dan minum di situ dan lepak membaca dan minum di sini
Buku dalam bahasa Belanda yang menceritakan tentang Belanda pada abad ke 18. Kalau tidak salah mata den yang kadang-kadang kero ni, harga buku yang ada 3 jilid ini adalah Rp75 juta = RM16,808

Toko buku indie ini menjual buku-buku daripada penulis yang kadang kala tidak dijumpai bukunya di toko buku besar seperti Gramedia.

Lama juga den melepak dan tengok buku di sini.

Dia bila masuk toko buku ni memang rambang mata sebab dengan bajet yang terhad tidak tahu hendak pilih buku yang mana untuk dibeli sebab macam banyaknya la buku yang best begitu😅.

Entah bila ye den hendak menjadi kaya dan bisa membeli buku tanpa tengok harga😅. 

 

Toko bukunya nyaman banget.  

Disebabkan hanya den seorang diri, makanya boleh la letak handphone di celah buku-buku untuk ambil gambar😅. 

Toko bukunya nyaman banget.  

Disebabkan hanya den seorang diri, makanya boleh la letak handphone di celah buku-buku untuk ambil gambar😅. 

 

Toko buku ini juga menjual merchandise macam penanda buku, buku nota, poskad, stickers, tote bag, tshirt, dsb.

Toko buku sekarang memang bukan sahaja menggoda dengan pilihan buku yang menarik tetapi merchandise nya juga bikin gerammmm je😅. 

Akhirnya den terjebak membeli 6 buah buku di sini😅.  

Begitulah ceritanya. 

4 buah yang atas telah habis dibaca. 2 buah buku di bawah baca separuh jalan belum habis lagi

Kalau kome ke Jakarta mohon singgah di PosBloc Jakarta sebab serious awesome tempatnya walaupun macam sunyi sedikit.

Kalau kome tidak ke kedai buku, kome boleh makan aiskrim dan melepak di cafe di sini.

Kalau ikut maklumat di IG @kedaipatjarmerah, toko bukunya bermula Mac 2026 ditutup untuk renovasi sehingga dimaklumkan kelak.

 

0 comments