Pengalaman Menaiki Papandayan Panoramic Train Dari Jakarta Ke Bandung

It's always about the journey

Paul Theroux 

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar semuanya di hari Jumaat yang mulia ini?

Semoga semuanya sihat dan dipermudahkan segala urusan.

 

Quote di atas adalah oleh Paul Theroux yang merupakan ala-ala the godfather of the train traveling begitu.

Beliau terkenal dengan bukunya The Great Railway Bazaar (1975).

Penulis travelog berkisar perjalanan menaiki kereta api biasanya akan sebut tentang buku-buku Paul Theroux dalam buku deme. 

Den hendak kongsikan pengalaman den menaiki Papandayan Panoramic Train dari Jakarta ke Bandung sebanyak 3 kali😅.

Kali pertama masa solo trip pada Mac 2024.

Kali kedua bersama konco-konco bloggers secara DIY pada Februari 2025.

Kali ketiga bersama officemates menggunakan pakej pada November 2025.

Udah kenapa sampai 3 kali kan😅?  

Macam mana caranya hendak beli tiket Papandayan Panoramic Train ini rasanya kome boleh google sebab telah banyak dikongsikan oleh ramai orang.

Cumanya memang kena booking in advance sebab dia cuma ada satu gerabak sahaja.


Pramugara/pramugari akan membuat akan membuat pengumuman semasa kereta api akan melalui 4 tempat iaitu: 

🚉Jambatan Cisomang (Purwakarta) - jambatan kereta api tertinggi di Indonesia dengan ketinggian sekitar 100 meter di atas dasar Sungai Cisomang. Mula dibina pada zaman penjajahan Belanda (1906). Dibina semula pada tahun 1932. Laluan double track mula digunakan sejak tahun 2004 hingga sekarang.

🚉Air Terjun Curug Cisomang - terletak dekat dengan kawasan Jambatan Cisomang.   

🚉Jambatan Cikubang (Bandung Barat) - jambatan kereta api terpanjang di Indonesia mencapai 300 meter yang dibina di atas Sungai Cikubang sejak tahun 1906  

🚉Terowongan Sasaksaat (Bandung Barat) - antara strukur paling ikonik sepanjang 949 meter yang dibina pada tahun 1902-1903 menembusi bukit berbatu (Gunung Belendung).

Walaupun den naik Papandayan Panoramic Train ini 3 kali, tetap la juga den tidak dapat mengambil gambar keempat-empat tempat ini😅.


Masa den solo traveling pada Mac 2024, memang tujuan utamanya adalah untuk menaiki Papandayan Panoramic Train ini.

Den memang ambil gambar asal boleh sahaja.

Den lebih banyak tengok pemandangan luar sawah padi segala.

Sambil melayan jiwa lara mendengar lagu-lagu patah hati.

Eceh😅.

Ruang menunggu train ni ada banyak gila makanan sedap. 

Perjalanan bersama konco-konco bloggers lebih happening sebab mereka suka mengambil gambar.

Den lebih banyak tersenyum perhatikan mereka yang sakan bergambar di sana sini.

Seronok tengok deme excited. 

Siapa sangka siapa menduga kenal melalui event blogger langsung terjadi travel buddies. 2 orang ni memang kenal udah lama. Ramah tamah sungguh keduanya
Gambar den semasa berat masih bawah 60 kg huhuhuhu

Den sempat mencatatkan nota ringkas semasa perjalanan menaiki Papandayan Panoramic Train kali ketiga bersama officemates😅.  

3 orang officemates ini merangkap travel buddies juga

Kereta api yang sama.

Laluan yang sama.

Destinasi yang sama. 

Orang yang berbeza.

Kenangan yang berbeza. 

 Apa yang den perasan, ketiga-tiga kali den naik Papandayan Panoramic Train ini, set makanan yang diberikan adalah berbeza daripada syarikat yang berbeza.

Set makanan memang didatangkan bersekali dengan tiket Papandayan Panoramic Train.

Disajikan oleh pramugara/pramugari yang begitu manis dan berhemah orangnya. 

Lupa den hendak ambil gambar set makanan semasa solo trip sebab Ramadan ketika itu.

Pramugari manis tapaukan den set makanan untuk den makan masa berbuka

Set makanan masa trip bersama konco-konco bloggers agak menarik.

Den paling berkenan set makanan trip ketiga bersama officemates. 

Den berkenan nak mati dekat biskut almond butter ni tapi itu la tak jumpa cari hendak beli di mana
 

Kalau tanya den worth ke naik Papandayan Panoramic Train ni?

Tepuk dada tanya hati ye. 

Ada orang yang suka sampai di sesuatu tempat dengan secepat mungkin.

Kalau memang mengejar masa memang lebih sesuai naik Whoosh ketimbang Papandayan Panoramic Train ini. 

Whoosh 40 minit.

 

Papandayan Panoramic Train ambil masa 3 jam dari Stesen Gambir (Jakarta) ke Stesen Bandung.

Kalau siapa yang suka slow journey dan tiada apa hendak dikejar, boleh cuba naik kereta api ini. 

Untuk orang macam den yang sokmo melancholy dan selalunya suka kepada perjalanan yang kadang-kadang lama dan panjang memang la sesuai banget naik Papandayan Panoramic Train ini. 

Suka tengok pemandangan.

Suka berangan.

Suka santai dan slow traveling. 

Itu yang naik sampai 3 kali ye😅? 

In sya Allah den kongsikan nota yang den sempat catat dalam post akan datang sebab macam panjang naw dah entry ini😅.

Semoga weekend semua molek-molek belaka ye.

Jaga diri. 

Tiba-tiba teringat pada makanan di waiting lounge masa menunggu keretapi tiba. Semua sedap-sedap

0 comments