Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Berjalan ke mana hari Ahad ini?
Den seperti biasa rehat di rumah sampai lebam begitu.
Tiba-tiba rasa hendak simpan di sini kenangan merayap ke book cafes dan kedai buku di sana sini sejak tahun 2025.
Den ke Nimna Book Cafe ini selepas tamat program bersama konco-konco pada hari tersebut.
Disebabkan hanya den seorang peminat buku, makanya den pergi ke sini seorang diri.
Den naik gojek terus ke sini selepas Maghrib.
Ikut dan aje ye😅.
Book cafe nya cozy dan welcoming banget.
Kalau tidak kerana udah malam, mau den berlama-lamaan melepak di sini.
Muat dalam 30 orang di dalam book cafe ini kalau kita hendak duduk di meja dan mengopi sambil membaca buku.
Pilihan buku agak banyak dan buat rambang mata sebenarnya hendak browse buku yang mana berkenan di hati.
Book cafe di Jakarta, Bandung dan Yogjakarta biasanya memang mempromosikan buku-buku tempatan karya penulis Indonesia.
Ini yang unik dan mahal sebenarnya.
Sayangnya den tidak sempat membaca apa pun di sini kerana kesuntukan masa.
Den makan pancake dan minum caramel machiato.
Ini aje yang den boleh minum sekali sekala dan migraine nya sedikit sahaja lepas minum.
Tak ingat kenapa den tidak pesan air teh ye masa ni.
Itu la cerita 2025 baru hendak koba sekarang memang banyak la maklumat yang terluput dari ingatan😅.
Pancake nya lembut dan fluffy.
Cream nya pun ringan dan tidak muak.
Semoga satu hari nanti den dapat kembali ke sini di siang hari dan melepak sakan sampai lebam.
Dan cuba makan Piadina sebab ini speciality cafe ini katanya.











Menarik cafenya. Tak ada orang, ya. Bahagian buku itu nampak macam agak gelap, banding pencahayaan di ruang makan. Sedap tengok pancake dan kopinya. Solo pun jadi ya, KSarie. Seronok dapat pergi book cafe di tempat orang, boleh tengok buku-buku.
ReplyDeleteHa dah tua-tua ni Tot, kalau takde yang nak meneman KSarie ke mana-mana, in sya Allah KSarie gerak sorang je😅
DeleteSuasana book cafe malam-malam memang cozy! Minum kopi sambil browse buku idaman tempat healing paling tenang. Kalau singgah lagi, buku genre apa selalu jadi pilihan pertama?
ReplyDeleteKSarie suka buku travelog biasanya. Buku kanak-kanak pun KSarie suka.
DeleteMasuk book cafe pasti suasananya tenang je ya.. tak ada lah orang sembang kuat².
ReplyDeleteKena pergi banyak kali tu kalau nak habiskan buku Sejarah Asia Tenggara.
Ha...bookcafe vibes nya tenang dan santai begitu. Kalau nak baca buku tu mau kena duduk sana 3 hari berturut-turut😅
DeleteMenarik la konsep book cafe macam ni.
ReplyDeleteHa...di Malaysia pun udah banyak book cafe cuma KSarie tidak tersampai lagi
DeleteIni memang syurga untuk ulat buku la kan?
ReplyDeleteHa....heaven sangat melepak di sini
DeleteBestnya kalau ada book cafe macam ni kan. Pernah hubby berangan nak bukak book cafe lepas pencen, haha tapi takut jugak kawan2 pencen datang borak tak balik2. 😂😂😂
ReplyDeleteWah sesuai sangat kalau Mulan dan hubby buka book cafe sebab Mulan pandai masak pelbagai makanan yang sedap-sedap😋In sya Allah KSarie akan pergi ke book cafe Mulan nanti
DeleteKalau dah minat, tak ada masalah pergi sorang kan. Cantik book Cafe ni. Tenang je nak membaca buku pun sambila mengopi. Kalau kita of course tempat ambil gambar je lah. hihihi...
ReplyDeleteHehehehe tapi book cafe sekarang banyak tempat molek untuk bergambar kan
DeleteSaya kira kakak ke bandung , ternyata throwback yaaa. 😅
ReplyDeleteAiiiih kabari saya kalau ke JKT, kita eksplor book cafe di siniiiii. Sayapun sukaaa ke book cafe, tp kadang tak ada teman 🤣. Maklumlah teman yg suka baca jauh2 tinggalnya.
Yg di bandung nih saya blm DTG lagi. Memang betah tak nak pulang kalau kesana agaknya 😅
Ha ini throwback 2025 Fanny. Nanti KSarie akan ceritakan bookcafe dan kedai buku di Jakarta dan Jogja yang sempat KSarie singgah....seru semuanya😍
Delete