Akhirnya Selepas 3 Minggu

Assalamualaikum dan salam sejahtera. 

Semoga semuanya sihat walafiat, dipermudahkan semua urusan dan berbahagia sokmo.

Alhamdulillah setelah 3 minggu tidak masuk kerja, akhirnya hari ini den berjaya pergi ke pejabat dan bersilat dengan macam-macam perkara di pejabat itu😅. 

20 - 24 Julai: MC dari klinik dan hospital di kampung

27 Julai - 2 Ogos: Masuk wad di Hospital Shah Alam

3 - 7 Ogos: MC dari hospital dan klinik untuk pemulihan. 

Sakan 3 minggu tidak ambil pusing pasal kisah pejabat😅. 

Den tidak buka langsung emails.

Whatsapp kerja den baca sepintas lalu tidak balas apa pun. 

 

Pagi tadi bermulalah rutin biasa menaiki bas Smart Selangor ke pejabat.

Pilot pagi tadi muda belia tetapi jiwa 80an sebab dia pasang radio apa tak tau tetapi lagu-lagunya semua lagu lama. 

Lagu yang den pernah dengar Terbang Helang oleh arwah Dato Sharifah Aini.

Jasa arwah Tan Sri Khalid Ibrahim menyediakan perkhidmatan Bas Smart Selangor ini untuk rakyat Selangor macam den. Al-Fatihah untuk arwah.
3 minggu tidak nampak pemandangan ini dari bilik den

Jumpa team bincang pasal perkara-perkara yang telah berlaku sepanjang ketiadaan den. 

Macam-macam drama dan kisah😅.  

Deme cakap 'jangan sakit lagi tau....😅' .

Ada 2 jam jumpa dengan rakan sepasukan. 

Kisah pemegang lesen dapat surat LOD, ada yang buat rayuan terlupa perbaharui lesen, ada perkara yang kita sedang kumpul maklumat untuk bincang sebelum ini udah meletup pula, SOPs yang masih sangkut, kes pembinaan reban ayam tidak berlesen bagai, dsb.

Memang meriah sungguh pagi ini😅.

 

Selepas itu, satu hari suntuk den mengadap emails yang berenyut-renyut.

Berpinar juga biji mata tengok beribu emails😅. 

Lesen, invois, surat, laporan tapak segala pun berjujuk-jujuk untuk semakan dan kelulusan.

Tiba-tiba terkenangkan masa di hospital di mana den cuma menghabiskan masa merenung nasib diri sambil tunggu makanan dihantar ikut masa😅. 

Siapa pula la yang mencilok buku Peraturan di atas meja den ini tidak jumpa cari😅. 

 

In sya Allah selagi namanya masih memegang amanah sebagai pekerja, kita usahakan bekerja sedaya upaya kita.

Jaga diri semua. 

 

0 comments