Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Semoga semuanya sihat walafiat, dipermudahkan semua urusan dan berbahagia sokmo.
Alhamdulillah setelah 3 minggu tidak masuk kerja, akhirnya hari ini den berjaya pergi ke pejabat dan bersilat dengan macam-macam perkara di pejabat itu😅.
20 - 24 Julai: MC dari klinik dan hospital di kampung
27 Julai - 2 Ogos: Masuk wad di Hospital Shah Alam
3 - 7 Ogos: MC dari hospital dan klinik untuk pemulihan.
Sakan 3 minggu tidak ambil pusing pasal kisah pejabat😅.
Den tidak buka langsung emails.
Whatsapp kerja den baca sepintas lalu tidak balas apa pun.
Pagi tadi bermulalah rutin biasa menaiki bas Smart Selangor ke pejabat.
Pilot pagi tadi muda belia tetapi jiwa 80an sebab dia pasang radio apa tak tau tetapi lagu-lagunya semua lagu lama.
Lagu yang den pernah dengar Terbang Helang oleh arwah Dato Sharifah Aini.
![]() |
| Jasa arwah Tan Sri Khalid Ibrahim menyediakan perkhidmatan Bas Smart Selangor ini untuk rakyat Selangor macam den. Al-Fatihah untuk arwah. |
![]() |
| 3 minggu tidak nampak pemandangan ini dari bilik den |
Jumpa team bincang pasal perkara-perkara yang telah berlaku sepanjang ketiadaan den.
Macam-macam drama dan kisah😅.
Deme cakap 'jangan sakit lagi tau....😅' .
Ada 2 jam jumpa dengan rakan sepasukan.
Kisah pemegang lesen dapat surat LOD, ada yang buat rayuan terlupa perbaharui lesen, ada perkara yang kita sedang kumpul maklumat untuk bincang sebelum ini udah meletup pula, SOPs yang masih sangkut, kes pembinaan reban ayam tidak berlesen bagai, dsb.
Memang meriah sungguh pagi ini😅.
Selepas itu, satu hari suntuk den mengadap emails yang berenyut-renyut.
Berpinar juga biji mata tengok beribu emails😅.
Lesen, invois, surat, laporan tapak segala pun berjujuk-jujuk untuk semakan dan kelulusan.
Tiba-tiba terkenangkan masa di hospital di mana den cuma menghabiskan masa merenung nasib diri sambil tunggu makanan dihantar ikut masa😅.
Siapa pula la yang mencilok buku Peraturan di atas meja den ini tidak jumpa cari😅.
In sya Allah selagi namanya masih memegang amanah sebagai pekerja, kita usahakan bekerja sedaya upaya kita.
Jaga diri semua.


Fuh…lama tu 3 minggu ‘bercuti’. Haruslah banyak kerja menunggu.
ReplyDeleteAgaknya pasang radio Klasik, lagu-lagu lama 😄
Ha itu la makanya....berpinar-pinar mata tengok laptop, laporan segala😅
DeleteAmmi risau je kat sakit. Dulu masa keja di ofis yg ramai bila sakit ko mmg sakit sungguh2 sbb ada yg relief. Tp skrg bila sakit, jadi risau sbb hanya sy dan bos je.
ReplyDeleteMemang berdua dengan boss je ye Ammi? Semoga Ammi dan boss sihat sokmo ye
DeleteSelamat kembali bekerja KSarie. Banyak tanggungjawab menanti tapi kesihatan jangan diabaikan ye 🤗
ReplyDeleteIn sya Allah....terima kasih PH
DeleteLamanya cuti takde orang kacau tu memang syok la.
ReplyDeleteHa buat bolayan je dekat whatsapp kerja😅
DeleteAlhamdulillah, selamat kembali bertugas! Fuh, 3 minggu off memang mencabar bila stack kerja pejabat bertimbun. Btw, kesihatan sekarang dah bertambah baik dan fully recovered ke?
ReplyDeleteAlhamdulillah semakin baik. Kena follow up ikut appointment Dr telah tetapkan. Kena jaga makan itu yang rasa hendak nangis tu😅
DeleteAllah bagi rehat tu KakSarie. Itulah masanya untuk berehat seketika dari kerja. Pasti ada hikmahnya.
ReplyDeleteAlhamdulillah dah kembali bakerja. Alamak, lagu tu saya tak pernah dengar pula. Bukan zaman saya.
Semua mesti excited nak tahu ceritanya kan. Semoga segala urusan kerja KakSarie Allah permudah dan semuanya baik-baik saja. Take care kak.
In sya Allah....terima kasih Fiza..
Deletesaya pun baru je mc 3 minggu bulan lepas sebab operate batu karang.. hehe
ReplyDeleteSemoga semakin baik kesihatannya ye
Deletelama tu 3 minggu cuti. day 1 masuk kerja mesti akan rasa sikit blur kan? tapi sure teruja sebab rindu kat suasana kerja
ReplyDeleteHa...mula-mula password laptop pun boleh lupa😅
DeleteSaya dah terbayang email sebanyak apa, 3 Minggu tak masuk 🤣🤣🤣🤣. Macam saya dulu saat masih kerja. Memang butuh lamaaaa sangat utk baca semua email. Terkadang tak sukanya kalau hrs cuti terlalu lama, masalah email ini lah 😅
ReplyDeleteHehehhe memang jenuh hendak tengok emails berenyut itu😅
DeleteSelamat kembali bertugas dengan penuh semangat.. acecece..
ReplyDeleteBas Smart Selangor tu free kan. Untung yang duduk bandar dapat naik pengangkutan awam.
Ha bas free...rezeki sangat...jasa arwah Tan Sri Khalid Ibrahim ni
DeleteWah, semoga lekas pulih yaa mbak Ksarie. Jaga kesehatan selalu, dan semangat kembali ke tugas kerja yang sudah lama menanti :D
ReplyDeleteTerima kasih Mas Fajar😊
DeleteSelamat menghadapi rutin harian. Jom, kerja dengan niat ibadah.
ReplyDeleteIn sya Allab Amie 😊
DeleteMoga dipermudah kan semua nya buat KSarie. Take care tau.
ReplyDeleteIn sya Allah...thanks Mulan😊
Delete3 minggu tak pergi kerja, bila bukak email terus rasa nak sakit semula kan hihi.
ReplyDeletesemoga kak sarie sentiasa diberikan kesihatan yg baik selalu
Aminnnnnnnnn. Tq Mazni
DeleteSaya terlepas baca entri ni. Lama juga, KSarie tak sihat dan mc. Waktu sama, saya pun berehat dari blog. Semoga KSarie sihat² selalu.
ReplyDeleteIn sya Allah aminnnnn...semoga kita sama-sama sihat agar bisa menjalani umur yang berbaki dengan molek
Delete