Morning Walk With F

Assalamualaikum.

Semoga semuanya sihat dan bersemangat di hari Isnin💪💪

Pagi semalam berjalan dengan F anak bujang yang istimewa itu.

Ambil gambar sekupang dua.

Berhenti tengok Uncle Cina memancing.

Tengok tebing yang rebak, dsb.

Sembang pasal isu-isu dunia sebab kalau F dia memang suka bincangkan isu-isu hubungan antarabangsa.

Terpaksa la den ilmiah sama😅.

Antara topik yang dibincangkan adalah:

✅Kenapa orang Islam cilok atau menyeleweng duit?

✅Nanti mama dapat pencen tak sebab duit KWAP RM200 juta habis dalam pelaburan eFishery

✅Macam mana people at THaji uruskan duit orang yang nak pergi Haji and then hilang RM 2.16 billion in hotel deals?

✅Malaysia di kedudukan nombor 54 bagi indeks rasuah. No 1 Singapura. No 2 Finland. No 3 Jepun.

✅Why we are so bad at corruption mama?

✅Kenapa masa PM Dato Najib kita ada isu 1MDB?

✅Kenapa orang Islam ramai sangat korupsi ni mama?

✅Do you still think we need democracy?

✅Kenapa ramai orang Malaysia masih buang sampah merata-rata? Masa ni nampak sampah plastik bertaburan sana sini.

✅Kenapa ada habib dari Indonesia bagi ajaran yang pelik-pelik?

✅Kita as Malaysian should be grateful kan mama?

✅Penduduk Indonesia terlalu ramai. Kurang sikit je dari China.

✅Masa mama pergi Indonesia mama jumpa ramai orang susah ke mama?

✅Singapura ada orang susah ke mama?

✅Mama rasa South Korea and North Korea akan reunite ke satu hari nanti?

✅China will not support South Korea to reunite with North Korea tau mama sebab North Korea is their border untuk kekang USA because sekutu Korea Selatan is USA.

✅Passport Malaysia can go everywhere except Israel and North Korea kan?

✅Will South Korea forgive Japan?

✅Negara-negara di benua Amerika

✅Masa tsunami in 2004, mama ada mana? Negeri mana di Malaysia yang kena tsunami ma?

Macam-macam lagi la soalan dan fakta tentang dunia yang dia sembang dengan den.

Anak yang seorang ini memang istimewa sedikit😍.

Mama doakan F sentiasa di bawah rahmat Allah dan dikurniakan kebahagiaan dunia dan akhirat.


0 comments