Morning Walk With F

Assalamualaikum.

Semoga semuanya sihat dan bersemangat di hari Isnin💪💪

Pagi semalam berjalan dengan F anak bujang yang istimewa itu.

Ambil gambar sekupang dua.

Berhenti tengok Uncle Cina memancing.

Tengok tebing yang rebak, dsb.

Sembang pasal isu-isu dunia sebab kalau F dia memang suka bincangkan isu-isu hubungan antarabangsa.

Terpaksa la den ilmiah sama😅.

Antara topik yang dibincangkan adalah:

✅Kenapa orang Islam cilok atau menyeleweng duit?

✅Nanti mama dapat pencen tak sebab duit KWAP RM200 juta habis dalam pelaburan eFishery

✅Macam mana people at THaji uruskan duit orang yang nak pergi Haji and then hilang RM 2.16 billion in hotel deals?

✅Malaysia di kedudukan nombor 54 bagi indeks rasuah. No 1 Singapura. No 2 Finland. No 3 Jepun.

✅Why we are so bad at corruption mama?

✅Kenapa masa PM Dato Najib kita ada isu 1MDB?

✅Kenapa orang Islam ramai sangat korupsi ni mama?

✅Do you still think we need democracy?

✅Kenapa ramai orang Malaysia masih buang sampah merata-rata? Masa ni nampak sampah plastik bertaburan sana sini.

✅Kenapa ada habib dari Indonesia bagi ajaran yang pelik-pelik?

✅Kita as Malaysian should be grateful kan mama?

✅Penduduk Indonesia terlalu ramai. Kurang sikit je dari China.

✅Masa mama pergi Indonesia mama jumpa ramai orang susah ke mama?

✅Singapura ada orang susah ke mama?

✅Mama rasa South Korea and North Korea akan reunite ke satu hari nanti?

✅China will not support South Korea to reunite with North Korea tau mama sebab North Korea is their border untuk kekang USA because sekutu Korea Selatan is USA.

✅Passport Malaysia can go everywhere except Israel and North Korea kan?

✅Will South Korea forgive Japan?

✅Negara-negara di benua Amerika

✅Masa tsunami in 2004, mama ada mana? Negeri mana di Malaysia yang kena tsunami ma?

Macam-macam lagi la soalan dan fakta tentang dunia yang dia sembang dengan den.

Anak yang seorang ini memang istimewa sedikit😍.

Mama doakan F sentiasa di bawah rahmat Allah dan dikurniakan kebahagiaan dunia dan akhirat.


26 comments

  1. Sambil morning walk bincangkan hal dunia. Fuhh level international tu. Banyak betul topiknya pun. Jenuh mama nak menjawab.

    Cantik suasananya kat sini. Cantik-cantik gambar yang dtangkap. Pandai cari angle yang menarik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila F rajin nak melayan ambil gambar dapat la mama dia gambo molek sikit😊

      Delete
  2. Berat topik ni kalau Cie jem dah otak 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dengan F ni memang begitulah topiknya😅

      Delete
  3. Ehem... foto kali ni ada touch artistik.... Mood seni le ni....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekali sekala acah-acah berseni begitu😅

      Delete
  4. Mendalam sungguh perbualan isu antarabangsa & integriti ni. Memang penting dedahkan ilmu matang begini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia cari sendiri info nya SR. Selalunya omma yang belajar daripada F sebab omma selalu tengok KDrama aje kerojenya😅

      Delete
  5. Best la topik yg diutarakan oleh F. Aunty PH suka 👍🏻

    Btw, gambar lawa² la KSarie.

    ReplyDelete
    Replies
    1. F memang suka topik yang buat ommanya yang asyik tengok KDrama ni terkebil-kebil😅Bila mood F rajin, bolehlah jadi photographer omma

      Delete
  6. Bagus anakanda KSarie suka berfikir hal yang berat. Sesuai baca buku Dr MAZA dan Aiman Rasydan Wong.

    Pandai dia ambil gambar mamanya posing 😀

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa mood nya molek mau la dia melayan ambil gambo omma nya. Dr MAZA dan Aiman Rasydan Wong antara penulis kegemaran KSarie

      Delete
  7. masa tsunami kami di penang. takda kemudahan internet cam sekarang tak tau apa apa ..balik baru tau

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah UA dan keluarga selamat. Ha...dulu berita tidak selaju sekarang

      Delete
  8. Baguuus foto-fotonya mbak ksarie. Mbak sarie pakai hape apa kah?
    Saya kadang suka malas nii mau keluar lari pagi. Padahal itu kan waktu terbaik tuk memulai hari ya. masih segarrr suasananya, segar pula udaranya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Handphone biasa sahaja Fajar Vivo V30. Lepas keluar rumah sakit terpaksa juga KSarie usahakan untuk bersenam kerana enggak mahu lagi masuk ke rumah sakit😅

      Delete
  9. Bijaknya anak mama.
    Pagi-pagi mama dah kena buat revision

    ReplyDelete
    Replies
    1. Omma pula spesies sikat rambut pun boleh terlupa. Makanya bila perbincangan ilmiah macam ni omma agak terkesima😅

      Delete
  10. Beratnya pertanyaaan. Tp pertanyaan tuh juga selalu ada dalam minda saya. Kenapa banyak yg mencuri , korupsi, padahal di ajaran agama masing2 sudah ada larangan utk itu. Kenapa makin dilarang, makin berani dilakukan 😭.

    Atau ini tanda akhir zaman, yang orang2nya semakin mati rasa dan pikiran. Tak takut hukum agama.

    Btw, yg ttg Korea Utara dan selatan, memang benar lah, tak akan mungkin bersatu lagi. Sebab ketika saya ke Korea Utara 2019, warga lokalnya dengan bangga menunjukkan reunification statue yang mereka buat jika nanti korsel dan Korut bersatu.

    Tp masalahnya, masing2 negara ingin jadi pemimpin. Yg mana, susah lah kalau semua tak ada yg mau mengalah 😅😅. Warganya ingin bersatu, Tp pemimpinnya ingin menguasai. JD secara logika, memang tak mungkin.

    Saya rindu ke Korea Utara. Terlepas dari pemimpinnya, tp warga lokalnya sangaaat baik dan ramah ..justru mereka jauuuuuh lebih ramah drpd warga lokal Korea selatan yg cendrung rasis. Saat saya kesana, memang mereka sangat menghormati tamu2 warga asing yg visit negara mereka

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kadang-kadang KSarie terasa segan dengan mereka yang bukan Islam apabila banyak sangat isu penyelewengan, korupsi, etc yang melibatkan orang Islam. Harapnya satu hari nanti KSarie bisa melawat Korea Utara. Seperti kata Fanny, mereka yang pernah sampai di Korea Utara bilang warganya lebih mesra pelancong berbanding Korea Selatan

      Delete
  11. cantiknya semua gambar!
    wahh soalan2 yg dilontakan tu luar biasa betul.. pagi2 nak kena menjawab soalan berat haha. tapi saya soalan2 yg dilontarkan tu sangat menarik la

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anak yang seorang itu memang jenuh bila bersembang dengan dia. Belum lagi masuk soalan-soalan tentang dinosaurs😅

      Delete
  12. Cantiknya gambar2. Soalan F memang bikin mama jenuh menjawabnya ya. 🥰

    ReplyDelete
  13. Soalan yang sungguh berat. Kalau saya pun, tak reti nak jawap. Kaki letih jalan, otak letih mikio jawapan soalan anak. 😂 Ada tokoh jadi pemimpin, F ini, sebab bukan semua budak suka ambil tahu hal² isu semasa dan dunia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha...minat sungguh dia topik macam ni tak tau la kenapa. Omma nya pula tak habis-habis dengan KDrama😅

      Delete