Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Apa khabar semua?
Semoga semuanya sihat walafiat diberkati Allah setiap hari.
Semoga Allah permudahkan semua urusan seharian dan kurniakan rezeki yang barokah untuk semua.
Minta maaf semua tidak berkesempatan untuk blogwalking sebab den terpleot la sungguh.
Bermula daripada keracunan makanan yang menyebabkan den terkelepet macam kain buruk selama satu minggu berakhir dengan hari ini di mana den ditahan di wad.
![]() |
| Sama pula warna bantal den dengan lantai hospital ni |
Dia lebih kurang pergi hospital sebab A tetapi ditahan wad sebab B.
Hari ini sahaja telah 3 kali darah diambil.
Jumpa 2 orang Dr dan seorang Dr Pakar.
Blur dan weng sekejap otaknya bila Dr Pakar kata kena warded sekarang juganya.
Jadinya kalau den menyepi lama daripada blog maknanya den sedang mengerekot kesejukan di katil hospital ini sambil menanti diagnosis Dr ye.
Jaga diri semua.
In sya Allah ada rezeki kita jumpa lagi.

0 comments