Makan Sampai Segah Perut Dengan Blogger Fanny, Uncle Gedek dan Aunty

Assalamualaikum.

Apa khabar semua di hari terindah kerana hari ini hari Jumaat😅? 

Sebelum den terlupa lebih banyak perkara, ayuhlah den berkongsi cerita sesi makan-makan sampai segah perut bersama blogger Fanny, Uncle Gedek dan Aunty yang berlangsung pada 21 Jun lepas.

Rancangan asal adalah jumpa mereka di TRX dan sembang sekupang dua dan balik rumah tengok KDrama Royal Nemesis aka Cha Se-gye yang diangaukan itu😅.

Berakhir dengan:  

Lunch di GRAI, TRX - BookXcess REX KL - Masjid Putrajaya - minum petang di Glasshopper - makan malam di Hidang, KL

Tajuk yang sesuai untuk semua aktiviti di atas adalah makan sampai segah perut atau food coma😅. 

Semua tempat di atas den tidak pernah jejak kaki kecuali Masjid Putrajaya. 

 

Terima kasih daun keladi kepada UG dan aunty yang belanja semua makanan sedap-sedap ni. 

Segan den sebenarnya semua dibelanja oleh pasangan romantis yang bersemut ini ye.

Mereka meraikan Fanny, tiba-tiba den tersesat masuk dalam program deme.

Segan sungguh rasanya.

 

Blogger Fanny sebagaimana yang kita semua tahu rajin sungguh tinggalkan ulasan dari hati di setiap post yang beliau singgah.

Beliau kongsikan tentang hal berkaitan kuliner dan travelling di blog nya yang diupdate setiap hari Selasa.

UG pula akan update blog setiap hari dengan selfie di pelbagai tempat dan captions yang catchy.

Legendary mereka berdua ini.

Den pula adalah seorang blogger yang update blog secara berkala sebab terlalu suka berhibernasi😅. 

 

Makan Mee Bandung di GRAI, TRX 

Besar la sungguh TRX itu ye.

Jakun sebentar den yang pertama kali sampai di TRX.

Seperti biasa sesat barat ke laut dalam dan Bidasari berpisah tiada😅.

Mujur jumpa juga GRAI selepas sakan berpusing di sana sini.

Macam berjanji semuanya pakai baju warna hitam. Cuma seluar den bukan jeans

Mee Bandung sepinggan itu adalah sangat besar portion nya dan terlalu mengenyangkan untuk seketul Bidasari yang telah makan lai chi kang sebelum mencari lokasi GRAI😅. 

Jenuh hendak menghabiskan mee bandung yang ada rasa udang kering segala ni. Besar naw portion nya

Den ini daripada dulu memang seorang yang introvert.

Memang suka berada di background sahaja.

Rasa berdebar hendak pengsan masa mula-mula sembang dengan Fanny, UG dan aunty.

Deme ramah tamah dan welcoming je.

Den yang agak terkulat-kulat di situ😅. 

Den sudah lupa apa yang den merapu di dalam cubaan menyembang den itu ha😅.

Harus la selfie bila bersama dengan UG

BookXcess REX KL

Selepas makan, den ingat hendak mengucapkan Bye Bye Bye bak kata NSYNC.

Tetapi deme ajak ikut sekali ke BookXcess REX KL. 

Adoiiiii segan sungguh rasa di hati tetapi tidak tahu nak cakap macam mana hahahahaha.

Maka ke BookXcess REX KL la kita.

Banyak tempat menarik untuk bergambar sakan. 

Masalah den adalah hari-hari pun malas. Acaner tu

Sementara tunggu Fanny mencari souvenirs di sini, den lepak di tangga menyembang dengan aunty

Kalau dibiarkan den merayap dalam BookXcess itu nanti den kena rasukan abalasa lalu lupa daratan dan shopping buku macam kan ada anak ikan chaebol seperti Cha Se-gye😅.

Ingatkan den nak balik dah lepas ni, sekali deme kata kena ikut program sampai habis😅. 

Sumpah den bukan tidak sudi cuma den segan sungguh. 

 

Masjid Putra, Putrajaya

Dari REX KL, kami ke Putrajaya.

Sebelum solat di Masjid Putrajaya, kami bergambar di depan bangunan ikonik di Putrajaya ini.

Den suka gambar ni sebab macam kanak-kanak tabika vibes nya hehehehehe

Den rasa ada dalam 7,8 tahun lepas kali terakhir den solat di Masjid Putra ni.

Lawa sungguh senibinanya kan.

The Glasshopper Cafe, Putrajaya

Lepas solat, aunty kata moh kita minum petang.

Den macam eh makan lagi ke hahhahahahaa.

Cafe ini antara cafe yang viral di Putrajaya. 

Memang lawa tempatnya. 

Aunty dah macam konduktor orkestra kan

Sembang dan makan lagi.

Kisah travel, makanan, kehidupan, dsb. 

Loving couple sangat ni. Bersemut sokmo.
UG punya mushroom soup
Fanny makan kek
Cantik kejadian telur 3/4 masak pilihan aunty ni
Den mampu makan nachos dan minum peach tea aje. Sedap cicah dengan avocado. Kopi itu milik UG. Fanny pun order kopi yang sama. Tidak tahu den apa nama kopi hipster ini. 

Masa ni den cuma mampu makan nachos aje sebab udah kenyang macam hendak pengsan. 

Masa dok minum petang, UG dan aunty tanya Fanny hendak makan malam di mana😅. 

Masa ini den udah pasrah sebab UG kata kalau tidak ikut program sampai habis kena balik sendiri naik MRT hahahahhhaaa. 

Dapat jumpa orang molek-molek pun satu rezeki kan

Hidang, KL

UG dan aunty cakap persinggahan terakhir sebelum program ditamatkan adalah makan malam.

Den dalam kereta udah hendak pengsan kerana terlalu kekenyangan😅. 

Memang molek tempatnya.

Sedap ye menu aunty pilih. Daging masak lemak cili api. Daun kayu masak lemak tempoyak. Ayam kampung. Telur dadar.

Semua menu nampak mengancam cumanya masa ini perut den udah angkat bendera putih😅.

Den cuba juga makan tapi tiada daya menghabiskan semua makanan sedap itu kerana terlalu segah perutnya😅.

Makan dan sembang macam-macam cerita lagi.

Terasa seperti gergasi pula bila berada di antara Fanny and aunty yang comel lote

Lepas menghantar Fanny di hotelnya, den ke Stesen LRT Masjid Jamek.

Alhamdulillah selamat sampai rumah pada 10.30 malam.

 

Rancangannya hendak jumpa Fanny, Uncle Gedek dan Aunty di TRX untuk makan tengahari.

Berakhir dengan sesi makan sampai pengsan hingga ke malam begitu😅. 

Alhamdulillah untuk rezeki yang tidak disangka-sangka.

Berjumpa dengan orang baik-baik.

Disantuni dengan penuh berhemah dan molek.

Berkongsi cerita dan pengalaman. 

 

Untuk Fanny, UG dan aunty, terima kasih sudah sudi menerima kehadiran den di dalam program makan-makan pada hari itu. 

Sekiranya ada salah silap semasa berbicara atau ada ciri-ciri raksasa gorgon, den mohon maaf atas segala keterpleotan itu. 

Semoga ukhwah berpanjangan dan in sya Allah ada rezeki kita berjumpa lagi ye. 

In sya Allah semoga ada rezeki jumpa UG dan aunty lagi sebab hari tu den datang melenggang kangkung tidak bawa buah tangan apa pun.

Dasar mentibang laut sungguh den ni😅. 

Terima kasih atas segalanya ye Fanny, UG dan aunty.

0 comments