Assalamualaikum dan apa khabar semua?
Harapnya semua sihat walafiat, dipermudahkan semua urusan dan sihat sokmo.
Den punya la terpleot busy tidak ketahuan + kurang sihat + mimpi ngeri lengkap segala😅.
Tidak sempat hendak blogwalking.
In sha Allah nanti den usahakan blogwalking ye.
Tengahari tadi ajak anak-anak ikan makan tengahari di gerai ikan cencaru sumbat sambal legend di Ikan Jaket Terangkat Petaling Jaya.
Den diperkenalkan kepada ikan jaket terangkat ini seusai den melapor diri bekerja pada 2001.
Maknanya udah 25 tahun den dok berulang makan ikan jaket ini.
Arwah Uda yang memperkenalkan port legend ini kepada kami genap 7 tahun semalam meninggal dunia.
Mohon sedekahkan al-Fatihah kepada arwah Zolhezam bin Mohd Yusof ye.
![]() |
| Watak utama iaitu ikan jaket sumbat sambal = Cha Se-gye |
Sebagaimana tagline kedai ini 'perlu sabar yang tinggi untuk menunggu ikan jaket' memang begitulah keadaannya dari semasa gerai ini di tepi jalan sehingga gerainya pindah ke medan selera sejak 2,3 tahun lepas.
Gerai buka pukul 12 tengahari.
12.30 pm kami sampai dapat nombor 51 untuk tunggu ikan jaket🥹.
Nombor yang baru dipanggil adalah 21.
Sebab udah sampai makanya kita tunggu aje la begitu.
Memang bertunggu tangga la menunggu ikan jaket kami😅.
Kami dapat ikan jaket pukul 1.30 petang.
1 jam ye guys😅
Sempat la den jawab emails, whatsapps dan blogwalking sekupang dua sementara tunggu ikan jaket siap dimasak.
Sempat la juga kami bersin sakan + semua pakaian dan tudung kami lekat bau gorengan ikan jaket😅.
Dramatik sungguh kan😅.
Apa yang best sangat pasal ikan jaket ni sampai ramai yang sanggup beratur panjang?
Ikan jaket itu panas-panas + sambal sumbatnya itu molek rasanya.
Selain ikan jaket sumbat sambal ada je lauk pauk lauk lain macam ayam goreng, ikan goreng, ikan kari, masak lemak segala.
Tapi watak utama seperti Cha Se-gye di sini adalah ikan jaket sumbat sambal itu.
4 ekor ikan jaket + 4 nasi putih yang semuanya ada sayur = RM56
![]() |
| Sambal hat garing sampai hitam nih yang buat sedap |
![]() |
| Makan pula dengan masak lemak kuning pucuk paku memang ngam berpeluh-peluh |
![]() |
| Lupa pula nak ambil gambar makanan anak-anak ikan |
Dulu waktu operasi gerai ini adalah Isnin - Jumaat.
Sekarang Sabtu - Ahad pun beroperasi juga.
Kalau kome ada datang ke Petaling Jaya dan hendak cuba makan di sini, den habaq awai-awai noh 'sabaq mau tinggi'.
Dengan panasnya suasana di medan selera open space nya.
Dengan jenuh hendak cari parking nya.
Memang serba serbi mencabar😅.
Memang sabaq mau bertingket-tingket la.
In sya Allah tahun 2027 kita ulang makan sini.
Sebab tidak sanggup hendak tunggu lama😅.
Kalau 1 tahun dapat makan 2 kali pun dah kira ngam dah.






0 comments