Demi Seekor Ikan Jaket Terangkat PJ

Assalamualaikum dan apa khabar semua?

Harapnya semua sihat walafiat, dipermudahkan semua urusan dan sihat sokmo.

Den punya la terpleot busy tidak ketahuan + kurang sihat + mimpi ngeri lengkap segala😅.

Tidak sempat hendak blogwalking.

In sha Allah nanti den usahakan blogwalking ye.


Tengahari tadi ajak anak-anak ikan makan tengahari di gerai ikan cencaru sumbat sambal legend di Ikan Jaket Terangkat Petaling Jaya.

Den diperkenalkan kepada ikan jaket terangkat ini seusai den melapor diri bekerja pada 2001. 

Maknanya udah 25 tahun den dok berulang makan ikan jaket ini.

Arwah Uda yang memperkenalkan port legend ini kepada kami genap 7 tahun semalam meninggal dunia.

Mohon sedekahkan al-Fatihah kepada arwah Zolhezam bin Mohd Yusof ye.

Watak utama iaitu ikan jaket sumbat sambal = Cha Se-gye

Sebagaimana tagline kedai ini 'perlu sabar yang tinggi untuk menunggu ikan jaket' memang begitulah keadaannya dari semasa gerai ini di tepi jalan sehingga gerainya pindah ke medan selera sejak 2,3 tahun lepas.

Gerai buka pukul 12 tengahari.

12.30 pm kami sampai dapat nombor 51 untuk tunggu ikan jaket🥹.

Nombor yang baru dipanggil adalah 21.

Sebab udah sampai makanya kita tunggu aje la begitu.

Memang bertunggu tangga la menunggu ikan jaket kami😅.


Kami dapat ikan jaket pukul 1.30 petang.

1 jam ye guys😅

Sempat la den jawab emails, whatsapps dan blogwalking sekupang dua sementara tunggu ikan jaket siap dimasak.

Sempat la juga kami bersin sakan + semua pakaian dan tudung kami lekat bau gorengan ikan jaket😅.

Dramatik sungguh kan😅.


Apa yang best sangat pasal ikan jaket ni sampai ramai yang sanggup beratur panjang?

Ikan jaket itu panas-panas + sambal sumbatnya itu molek rasanya.

Selain ikan jaket sumbat sambal ada je lauk pauk lauk lain macam ayam goreng, ikan goreng, ikan kari, masak lemak segala.

Tapi watak utama seperti Cha Se-gye di sini adalah ikan jaket sumbat sambal itu.

4 ekor ikan jaket + 4 nasi putih yang semuanya ada sayur = RM56

Sambal hat garing sampai hitam nih yang buat sedap
Makan pula dengan masak lemak kuning pucuk paku memang ngam berpeluh-peluh
Lupa pula nak ambil gambar makanan anak-anak ikan

Dulu waktu operasi gerai ini adalah Isnin - Jumaat.

Sekarang Sabtu - Ahad pun beroperasi juga.

Kalau kome ada datang ke Petaling Jaya dan hendak cuba makan di sini, den habaq awai-awai noh 'sabaq mau tinggi'.

Dengan panasnya suasana di medan selera open space nya.

Dengan jenuh hendak cari parking nya.

Memang serba serbi mencabar😅.

Memang sabaq mau bertingket-tingket la.

In sya Allah tahun 2027 kita ulang makan sini.

Sebab tidak sanggup hendak tunggu lama😅.

Kalau 1 tahun dapat makan 2 kali pun dah kira ngam dah.

22 comments

  1. Aduh mantapnya gabungan lauk ikan jaket dgn masak lemak pucuk paku. Terangkat 👍🏻

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha memang makan tak toleh kiri kanan dah😅

      Delete
  2. Telan ailio tengok gambor ikan jaket terangkat PJ. Kalu udah bersin² waktu dia memasak, memang confirm sedap la. Huiii.. rasa cam nak pergi pasor la, beli ikan cencaru, masak sumbat sambal. 😋

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha...ikan cencaru sumbal sambal panas-panas memang ngam teruk kan😋

      Delete
  3. Ya allah sis.. tgk pun dah terliurr .. tapikan saya 1st time dgr kedai ikan jaket ni 😅😅 maybe satu hari nnt bole try la juga.... cuma mcm sanggup ke x sanggup eh nak tunggu giliran tu 😅😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha mohon banyak-banyak bersabar ye kalau ke sini😅

      Delete
  4. Terlampau sedap tu yang ramai menunggu. Tak sanggup rasanya nak menunggu lama2 ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu yang 1 tahun 2 kali je makan sini😅

      Delete
  5. Ikan jaket ni uncle akan attack bahagian yang hitam tu.... cop dulu! hahahaha

    ReplyDelete
  6. Awwww ikan jaket sumbat sambal tu mengancam selera betul dengan sambal garing2 di atas nya. Area Bangi ads juga nama kedai ikan bakar terangkat tapi belum try.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha sambal garing sampai hitam itu yang buat extra sedap kan😋

      Delete
  7. Namanya lucu banget sih 🤣🤣.jadi penasaran nama ikan ini dlm BHS Indonesia. Kenapa disebut jaket terangkat yaa? Body nya macam pakai jaket kah 😅?

    Penasaran lah kak nak coba

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasa dipanggil ikan cencaru. Digelar juga ikan jaket kerana kulitnya yang keras itu akan diketepikan untuk kita makan isinya sahaja

      Delete
  8. nampaknya masih belum move on dengan cha se gye lagi xD sedapnya ikan tu. tpi nak menunggu sampai 1 jam memerlukan kesabaran yg tinggi. ramai pulak org yg minat ikan asrama ni ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha....zaman asrama dulu dipandang sepi aje ikan ini kan😅

      Delete
  9. dah beberapa kali baca pasal ikan jaket terangkat ni di blog akak. Bila agaknya ammi dapat rasa padahal office ammi ni takdelah jauh pun dari PJ Old TOwn tu. Office ammi di area SS2. Masa kat hostel dulu, tiap kali kawan bilik menolak utk makan di DM sebab menu ikan jaket, ammi sorang je dengan penuh perasaan berjalan ke DM sbb ikan jaket itu faveret ammi. Kalau time DM masak daging haaaa masa tu baru ammi 'mengensot' ke DM.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu zaman di asrama memang dipandang sepi ikan jeket ini. Sekarang beriya sanggup tunggu 1 jam nak makannya😅

      Delete
  10. Ikan jaket sumbat sambal memang padu. Nak jugak di cah se-gye kan ye. Fuhh jauh nombor giliran nak dipanggil tu. Tapi demimu ikan jaket, sabar juga menunggu kan. Ikan jaket ni memang sedap makan panas-panas. Dapat pulak tu dengan masak lemak pucuk paku. perghhh padu, berselera dibuatnya. Kalau sabtu ahad tu mesti lagi ramai. Sabar ke tidak entah nak menunggunya. Tengok level sabar tu tinggi mana dulu sebelum datang sini.
    Dulu pernah training kat Symmid Corp kat area Dataran Glomac tu, ada jugak kedai ikan bakar depan tu. Panas-panas juga. Entah ada lagi ke tidak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la. Tajuknya kena makan panas-panas baru terangkat😅Kata officemate tahun 2027 pula makan sini sebab tak tahan nak menunggu lama😅

      Delete
  11. Kalau dah sedap orang akan sanggup beratur.
    Sedap tu ikan jaket makan panas-panas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha...punca sedap tuh sebab dimakan masa panas-panas

      Delete