Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Apa khabar semua di hari Ahad yang molek ini?
Sebelum den bergerak ke site sebab kena kerja hari ini, moh la update blog begitu.
Nangis kan hari Ahad pun kena kerja😅?
Begitulah nasib seketul Bidasari😅.
Terima kasih kepada blogger Fanny dan Fajar kerana sudi memberikan ole-oleh dari Indonesia kepada den.
Semuanya den terima dengan hati yang sangat gembira dan berbunga-bunga.
Besar tapak tangan, Stadium Shah Alam yang sedang dalam pembinaan semula itu kutadahkan begitu konsepnya.
Terima kasih Fanny sudi bawakan kiriman Fajar kepada den.
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini den jatuh hati kepada buku-buku daripada pengarang Indonesia selain daripada Andrea Hirata dan Tere Liye.
Dua orang penulis Indonesia ini memang legendary di Indonesia.
Jadinya bila menerima ole-ole buku-buku daripada Fanny dan Fajar, den sangat gembira.
Asyik aje la den jatuh hati segala ye.
Bulan lepas jatuh hati pada Cha Se-gye. Eh😅.
Den sangat gembira menerima ole-oleh 3 buah buku daripada Fanny.
Ada sehelai tudung.
Wrislet warna gold yang molek.
Coin purse comel ada mata.
Hand cream Secret Garden.
Suka sangat semua kadonya💖.
Terima kasih Fanny.
Terima kasih kepada Fajar kerana memberikan 3 buah buku.
Suka sangat semua tajuk bukunya💖.
In sya Allah nanti KSarie baca ye.
Kepada siapa yang masih belum mengenali Fajar, boleh blogwalking ke blog beliau yang menceritakan tentang tempat-tempat menarik di Indonesia terutamanya Jakarta.
Lengkap banget blog nya siap ada peta, hendak naik pengangkutan apa ke sesuatu tempat, dsb.
Berbesar hati sebab siapa sangka asbab blogwalking dapat berjumpa orang molek-molek macam Fanny dan Fajar yang sudi pula mengirimkan kado.
Terima kasih yar Fanny dan Fajar.
Semoga terus dimurahkan rezeki, diberkati umur berbaki dan di bawah rahmat Allah selalu.


0 comments