Jalan-Jalan Cari Pasal di BookXcess Lalaport

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pagi tadi semasa menggosok gigi, den terfikir adakah patut cuti aje atau ambil MC😅. 

Akhirnya berjaya sampai di ofis dan membuat kerja sambil mendengar lagu-lagu patah hati keriuk-keriuk macam kan ada cinta yang terpaksa dilepaskan begitu.

Eceh😅.

 

Sabtu lepas den pergi ziarah anak saudara baru bernama Arjuna yang dilahirkan tidak sampai 4 hari oleh adik den yang kadang-kadang perangai macam belalang kunyit itu😅. 

Sebelum ziarah baby dan ibu dalam pantang yang rumahnya dekat dengan Stesen LRT Hang Tuah itu, den singgah la ke Lalaport sebab kata adik den dia bawa baby check up kuning dulu di Klinik Kesihatan. 

 

Tidak rancang pun ke BookXcess ni tau sebab den sebenarnya dalam fasa Book Buying Ban.

Kalau ke kedai buku memang biasanya tergoda😅.

Tetapi sebab tidak tahu hendak ke mana masa sampai terawal di Stesen LRT Hang Tuah itu, maka ayuh la kita cuci mata di Lalaport.

Sekali eh ternampak dekat directory Lalaport, ada BookXcess pula.

Maka ayuh la kita.

Rancangannya hendak berposing sekupang dua di celah-celah buku sebelum cari mana-mana kedai makan begitu😅.

Den pernah beli 3,4 buku blind date begini tetapi tidak kena dengan jiwa. So kencan buta baik bersama manusia dan buku bukan genre den begitu😅.
Ini buku-buku oleh pengarang yang den tidak tahu bila ada keberanian untuk membacanya sebab maksud tersiratnya itu bisa bikin migraine dan kemurungan😅

Buku-buku Bahasa Melayu memang tidak banyak di BookXcess. Tidak sampai satu rak pun

Sekali terlepak di sini sampai 2 jam😅.

Sampai adik den whatsapp tanya di manakah gerangannya tidak sampai-sampai begitu😅. 

Dalam tempoh 2 jam itu, den sempat membaca 2 buah buku ilustrasi dan 2 buah komik💖. 

Suka sangat💓. 

Ini antara buku ilustrasi den teringin banget hendak baca. Alhamdulillah rezeki den dapat baca di sini.

Buku tentang perjalanan seekor panda dan naga kecil yang berdepan dengan pelbagai dugaan.

Den pernah baca 2 buah komik daripada artis yang sama
Macam mengata den je ni sakan membeli buku macam ada membela toyol😅
Baru den tau den adalah blobfish apabila ada social gathering😅
Buku ilustrasi tentang zaman kanak-kanak dan remaja Isamu Noguchi yang terkenal dengan rekaan akari light sculptures yang masih kita gunakan sekarang

Lepas selesai membaca 4 buah buku itu, den ingat nak pusing sekupang dua dalam BookXcess Lalaport ini sebab pertama kali sampai sini.

Kata adik manis yang sedang menyusun buku dulu ada tempat duduk menarik molek untuk bergambar semua di sini.

Tetapi mereka baru kecilkan kedainya menjadi kedai buku sahaja.

Tiada kerusi untuk duduk pun.

Jadinya den membaca 4 buah buku itu sambil berdiri ye.

Gigih tak😅? 

 

Dalam pada dok tengok buku sekupang dua sana sini alih-alih terberkenan kepada sebuah buku tentang sungai.

Mentang-mentang la kerja dengan sungai sibuk acah-acah pula ye terpesona😅. 

Buku illustrasi ini sebenarnya target market nya adalah kanak-kanak tetapi acik udah berkenan😅. 

Dia kalau sudah terjatuh hati kepada buku memang payah sedikit😅. 

Buku yang membuatkan den tergoda😅

Dalam pada terberkenan kepada sebuah buku, dalam masa dok berjalan sana sini eh terberkenan lagi kepada sebuah buku lain.

Eh den tidak ambil gambar buku yang satu ini ye. 

Ahhhh sudah....terberkenan kepada dua buah buku yang tidak berada di dalam perancangan hidup pula😅. 

Hidup begitulah ye.

Kita hanya merancang Allah jua yang menentukan.

Sakan hendak justify pembelian 2 buah buku di kala fasa Book Buying Ban ni ye😅. 

 

Lepas bayar pembelian yang tidak dirancang ini, cepat-cepat la den keluar terus dari BookXcess ini supaya tidak tergoda lagi😅. 

Udah banyak cawangan BookXcess ni kan?

Den hanya pernah pergi ke beberapa cawangan aje.

Adakah perlu dimasukkan dalam bucketlist untuk pergi ke semua BookXcess di Malaysia?

BookXcess selain daripada jual buku, deme ada jual plannerstationaries dan stokin comel segala. 

Semuanya comel-comel dan bisa membuatkan dompet kita terkopak tanpa disedari.

Walaupun TERbeli 2 buah buku tetapi den paling gembira dapat membaca 2 buah buku ilustrasi dan 2 buah komik di sini💗. 

Pertama kali dalam hidup den berlaku perkara sebegini.

Entah bila hendak dibaca 2 buah buku yang baru dibeli itu ye😅? 

Ikutkan hati hendak beli semua buku ni tetapi itulah karang kena jual spender pulanya😅

Selamat berehat di petang Isnin ini.

In sya Allah esok kita sambung hustle untuk hari Selasa pula.

Semoga kita terus semangat.

Jaga diri semua. 

0 comments