Jalan-Jalan Cari Pasal di BookXcess Lalaport

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pagi tadi semasa menggosok gigi, den terfikir adakah patut cuti aje atau ambil MC😅. 

Akhirnya berjaya sampai di ofis dan membuat kerja sambil mendengar lagu-lagu patah hati keriuk-keriuk macam kan ada cinta yang terpaksa dilepaskan begitu.

Eceh😅.

 

Sabtu lepas den pergi ziarah anak saudara baru bernama Arjuna yang dilahirkan tidak sampai 4 hari oleh adik den yang kadang-kadang perangai macam belalang kunyit itu😅. 

Sebelum ziarah baby dan ibu dalam pantang yang rumahnya dekat dengan Stesen LRT Hang Tuah itu, den singgah la ke Lalaport sebab kata adik den dia bawa baby check up kuning dulu di Klinik Kesihatan. 

 

Tidak rancang pun ke BookXcess ni tau sebab den sebenarnya dalam fasa Book Buying Ban.

Kalau ke kedai buku memang biasanya tergoda😅.

Tetapi sebab tidak tahu hendak ke mana masa sampai terawal di Stesen LRT Hang Tuah itu, maka ayuh la kita cuci mata di Lalaport.

Sekali eh ternampak dekat directory Lalaport, ada BookXcess pula.

Maka ayuh la kita.

Rancangannya hendak berposing sekupang dua di celah-celah buku sebelum cari mana-mana kedai makan begitu😅.

Den pernah beli 3,4 buku blind date begini tetapi tidak kena dengan jiwa. So kencan buta baik bersama manusia dan buku bukan genre den begitu😅.
Ini buku-buku oleh pengarang yang den tidak tahu bila ada keberanian untuk membacanya sebab maksud tersiratnya itu bisa bikin migraine dan kemurungan😅

Buku-buku Bahasa Melayu memang tidak banyak di BookXcess. Tidak sampai satu rak pun

Sekali terlepak di sini sampai 2 jam😅.

Sampai adik den whatsapp tanya di manakah gerangannya tidak sampai-sampai begitu😅. 

Dalam tempoh 2 jam itu, den sempat membaca 2 buah buku ilustrasi dan 2 buah komik💖. 

Suka sangat💓. 

Ini antara buku ilustrasi den teringin banget hendak baca. Alhamdulillah rezeki den dapat baca di sini.

Buku tentang perjalanan seekor panda dan naga kecil yang berdepan dengan pelbagai dugaan.

Den pernah baca 2 buah komik daripada artis yang sama
Macam mengata den je ni sakan membeli buku macam ada membela toyol😅
Baru den tau den adalah blobfish apabila ada social gathering😅
Buku ilustrasi tentang zaman kanak-kanak dan remaja Isamu Noguchi yang terkenal dengan rekaan akari light sculptures yang masih kita gunakan sekarang

Lepas selesai membaca 4 buah buku itu, den ingat nak pusing sekupang dua dalam BookXcess Lalaport ini sebab pertama kali sampai sini.

Kata adik manis yang sedang menyusun buku dulu ada tempat duduk menarik molek untuk bergambar semua di sini.

Tetapi mereka baru kecilkan kedainya menjadi kedai buku sahaja.

Tiada kerusi untuk duduk pun.

Jadinya den membaca 4 buah buku itu sambil berdiri ye.

Gigih tak😅? 

 

Dalam pada dok tengok buku sekupang dua sana sini alih-alih terberkenan kepada sebuah buku tentang sungai.

Mentang-mentang la kerja dengan sungai sibuk acah-acah pula ye terpesona😅. 

Buku illustrasi ini sebenarnya target market nya adalah kanak-kanak tetapi acik udah berkenan😅. 

Dia kalau sudah terjatuh hati kepada buku memang payah sedikit😅. 

Buku yang membuatkan den tergoda😅

Dalam pada terberkenan kepada sebuah buku, dalam masa dok berjalan sana sini eh terberkenan lagi kepada sebuah buku lain.

Eh den tidak ambil gambar buku yang satu ini ye. 

Ahhhh sudah....terberkenan kepada dua buah buku yang tidak berada di dalam perancangan hidup pula😅. 

Hidup begitulah ye.

Kita hanya merancang Allah jua yang menentukan.

Sakan hendak justify pembelian 2 buah buku di kala fasa Book Buying Ban ni ye😅. 

 

Lepas bayar pembelian yang tidak dirancang ini, cepat-cepat la den keluar terus dari BookXcess ini supaya tidak tergoda lagi😅. 

Udah banyak cawangan BookXcess ni kan?

Den hanya pernah pergi ke beberapa cawangan aje.

Adakah perlu dimasukkan dalam bucketlist untuk pergi ke semua BookXcess di Malaysia?

BookXcess selain daripada jual buku, deme ada jual plannerstationaries dan stokin comel segala. 

Semuanya comel-comel dan bisa membuatkan dompet kita terkopak tanpa disedari.

Walaupun TERbeli 2 buah buku tetapi den paling gembira dapat membaca 2 buah buku ilustrasi dan 2 buah komik di sini💗. 

Pertama kali dalam hidup den berlaku perkara sebegini.

Entah bila hendak dibaca 2 buah buku yang baru dibeli itu ye😅? 

Ikutkan hati hendak beli semua buku ni tetapi itulah karang kena jual spender pulanya😅

Selamat berehat di petang Isnin ini.

In sya Allah esok kita sambung hustle untuk hari Selasa pula.

Semoga kita terus semangat.

Jaga diri semua. 

26 comments

  1. Gigihnya siap berdiri. Kalau Cie tu memang takdela dah nak baca 😅. Masa kecik dulu suka baca buku. Siap pinjam kat perpustakaan awam bergerak tu. Dah tuo ni malas dah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga KSarie ada rezeki terus membaca sehingga ke akhirnya

      Delete
  2. Kaki buku kalau masuk kedai buku mmg melekat la KSarie kan... Macam best juga buku River tu 😉

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha....payah kalau terlekat ni sebab nanti akan TERbeli😅

      Delete
  3. Ya ampun.... KSarie ni tak boleh jalan seorang. Kena ada teman yang kalau nak beli buku jer, dia tolong tarik KSarie keluar, sudah, sudah. 😁
    Tapi saya tidak menafikan, memang seronok bila sudah berada dalam kedai buku. Menarik sungguh buku-buku yang KSarie kongsi dan sempat ambil gambar muka depan itu semua.
    Lagi satu, sebab tempat saya tak ada bookxcess, kedai macam Popular pun sudah bijak, selain buku, ada juga jual benda comel-comel macam blindbox watak komik macam-macam yang buat kita gerammmm tengok rasa nak beli. Itulah bahayanya penangan kedai buku.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi itu la Tot...kalau kawan yang ikut sama pun kaki buku juga memang kedua-duanya nanti hanyut ke laut dalam😅. Stationaries sekarang lawa dan comel. Itu yang selalu terbeli juga walaupun tidak perlu😅

      Delete
  4. notebook kat bookxcess cantik, murah jugak harganya!
    saya kurang sikit dgn buku BI. buku melayu pun jarang2 baca masalahnya hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehhehehe Mazni minatnya outdoor mendaki segala. KSarie yang introvert dan indoor person ni molek la membaca begitu😅

      Delete
  5. Kita pun lama tak gi book axcess Jb ni.. rindu nak masuk bau buku.. cuma tu laa, takde geng yang suka masuk kedai buku/library ermmmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha kalau ada geng yang sama-sama suka buku lagi meriah kejadian book store hopping kan

      Delete
  6. Percaya atau tidak, ako tidak pernah jejak kaki ke book xcess... 🙈🙈 nnt nak try juga la bawa bdk² ke situ

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha nanti cuba pergi ye sebab kalau tidak minat buku pun bisa jatuh hati dengan stationaries nya

      Delete
    2. Betul² kdg masuk kedai buku bkn nak beli buku tp suka tgk stationeries yg pelbagai rupa haha

      Delete
  7. Oh? Boleh 'ter' 'ter' beli pulak ye? huhuhuhu

    ReplyDelete
  8. Saya teringat doa mbak Ksarie di salah satu buku. Amiiin amiiiin, semoga kelak salah satu karya saya bisa muncul diantara rak-rak ini ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. KSarie tunggu tau buku karya Fajar nanti. Semoga sukses ye menulis dan memastikan bukunya berada di pasaran

      Delete
  9. Ha....payah kalau terlekat ni sebab nanti akan TERbeli😅

    ReplyDelete
  10. Walaupun membaca dah suam2 tiramisu, tapi kalau ke bookstore tetap kadanggggg ada terbeli. 😍😍😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Menggoda kan buku-buku di kedai buku😅

      Delete
  11. Kalau ada manfaat beli saja tapi tulah bajet boleh lari jika tidak dirancang dengan baik

    ReplyDelete
  12. Saya sering begini... Dah janji tak beli, tp tetep beli juga. Jadi memang tak payah lah buat janji lagi 😂😂. Kalau nak beli, beli saja. masalah kapan dibaca, tak usah pikirkan hahahahah

    Saya dulu pernah beli blind box begitu juga. Dan memang isi tak sesuai dengan genre saya. Trus ada yg bilang , blind box begini tak boleh dlm Islam. Sebab kita tak tahu isi pastinya. Gharar jatuhnya. Sejak itu tak pernah beli lagi. Dah lah, yg pasti sesuai genre saya saja 🤣

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Fanny atas perkongsian hukum membeli blind book. Baru KSarie tahu hukumnya Gharar. Tqq Fanny

      Delete
  13. Tertanya-tanya juga perangai macam belalang kunyit tu gimana 😅
    Fuhhh membaca sambil berdiri... salute!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahahahha dia lebih kurang sama spesies macam mentibang laut. Hendak kudebik nanti dipanah petir pula😅

      Delete