Assalamualaikum.
Harap semuanya sihat walafiat dan sentiasa dipermudahkan semua urusan oleh Allah swt.
Sekiranya kome ada masa terluang, mohon tengok KDrama The Legend of Kitchen Soldier.
Bagi den ini adalah KDrama yang jatuh dalam kategori 'comforting and heartwarming KDrama' yang bisa diulang tengok apabila suasana agak suram begitu.
KDrama: The Legend of Kitchen Soldier
Episod: 12
Genre: Komedi dan Persahabatan (Tiada Cintan Cintun ye)
Mengisahkan sekumpulan tentera yang bertugas di cawangan Ganglim.
Hero adalah Kang Seong-jae yang menyertai batalion ini 2 bulan selepas ayahnya (seorang tukang masak) meninggal dunia. Seusai melapor diri, tiba-tiba ada skrin virtual yang muncul depan dia macam game memasak yang perlu dia selesaikan setiap level macam tu. Kang Seong-jae bertugas sebagai pembantu tukang masak kepada Yoon Dong-heon.
Si Yoon Dong-heon ni ya Allah punya la main taram aje memasak dan mengundang trauma kepada rakan sepasukan setiap kali deme makan masakannya. Udah la garang nak mati. Siapa yang complaint pasal masakan dia yang bisa mengundang keracunan makanan tu memang dia akan rembat😅. Bengong tau seketul Yoon Dong-heon ni😅.
Kang Seong-jae dapat memasak pelbagai resepi dengan bantuan skrin virtual. Gembira la rakan sepasukan dia dapat makan makanan molek-molek. Yang tidak boleh blah tu, setiap kali deme makan, dia punya bayangan kesedapan makanan itu over the top sungguh😅. Kalau kome rasa scenes makan di dalam KDrama Bon Appetit Your Majesty itu sudah tidak masuk akal, kome kena tengok scenes makan dalam The Legend of Kitchen Soldier ini. Memang mengundang hencapan sungguh😅.
![]() |
| Memang mengundang rasa nak bagi penampar je tau😅 |
Asbab makan Arancini rice ball semasa dalam latihan kombat menentang pasukan elit Viper, boleh pula deme tiba-tiba bertukar menjadi kumpulan KPop menyanyi lagu My Flavor😅. Kome tengok video clip di bawah ye.
Deme ni siap dijemput buat persembahan di program anugerah sekarang ni😅.
Sakan ye trainees lain ada yang tidak debut pun dalam hidup sebenar.
Deme tetiba meletup😅. Rezeki sungguh.
Walaupun mula-mula asyik berbalah aje kerojenya, semakin deme bersama semakin molek persahabatan mereka. Banyak la kisah suka duka deme semasa bertugas ni.
![]() |
| Ini masa deme sertai pertandingan memasak |
Masa den tengok Koperal Kim Gwan-cheol menangis makan burger yang dibuat oleh Kang Seong-jae sebab teringat pada arwah neneknya, den ikut menangis sama sebab teringat kenangan makan burger Ramli dengan arwah mak den.
Lepas itu, terus den pesan burger Ramli melalui Grab pada pukul 10.30 malam😅.
![]() |
| Si Company Comander lakonan Lee Sang-yi ni memang hendak kena rembat sebab kerojenya ambil gambar selfie dan minum kopi hipster. Bertuah sungguh😅. |
Den paling suka quote dalam KDrama ni "live a pure and clean life like a tofu" 💖
Untuk den, cerita ni sumpah best teruk sebab ianya melibatkan persahabatan, comrades, ketua yang menjaga anak-anak buah dan makanan yang sedap.
Storyline 5🌟
Komedi 5🌟
Makanan sedap 5🌟
Perangai sengal-sengal ubi 5🌟
Park Ji-hoon yang melakonkan watak Kang Seong-jae meletup sungguh selepas KDrama Weak Hero dan movie The King's Warden (ini den belum tengok sebab bleak and trading ending berdasarkan kisah benar).
![]() |
| Mantap Park Ji-hoon sebagai hero dalam KDrama ni |
In sha Allah KDrama yang termasuk dalam kategori KDrama yang den akan ulang tengok.
So kalau kome ada masa cuba tengok KDrama ini ye.
In sya Allah molek ceritanya.






0 comments