KDrama Review The Legend of Kitchen Soldier (2026)

Assalamualaikum. 

Harap semuanya sihat walafiat dan sentiasa dipermudahkan semua urusan oleh Allah swt.

Sekiranya kome ada masa terluang, mohon tengok KDrama The Legend of Kitchen Soldier.

Bagi den ini adalah KDrama yang jatuh dalam kategori 'comforting and heartwarming KDrama' yang bisa diulang tengok apabila suasana agak suram begitu.

KDrama: The Legend of Kitchen Soldier 

Episod: 12

Genre: Komedi dan Persahabatan (Tiada Cintan Cintun ye)

Mengisahkan sekumpulan tentera yang bertugas di cawangan Ganglim. 

Hero adalah Kang Seong-jae yang menyertai batalion ini 2 bulan selepas ayahnya (seorang tukang masak) meninggal dunia. Seusai melapor diri, tiba-tiba ada skrin virtual yang muncul depan dia macam game memasak yang perlu dia selesaikan setiap level macam tu.  Kang Seong-jae bertugas sebagai pembantu tukang masak kepada Yoon Dong-heon.

Si Yoon Dong-heon ni ya Allah punya la main taram aje memasak dan mengundang trauma kepada rakan sepasukan setiap kali deme makan masakannya. Udah la garang nak mati. Siapa yang complaint pasal masakan dia yang bisa mengundang keracunan makanan tu memang dia akan rembat😅. Bengong tau seketul Yoon Dong-heon ni😅. 

Kang Seong-jae dapat memasak pelbagai resepi dengan bantuan skrin virtual. Gembira la rakan sepasukan dia dapat makan makanan molek-molek. Yang tidak boleh blah tu, setiap kali deme makan, dia punya bayangan kesedapan makanan itu over the top sungguh😅. Kalau kome rasa scenes makan di dalam KDrama Bon Appetit Your Majesty itu sudah tidak masuk akal, kome kena tengok scenes makan dalam The Legend of Kitchen Soldier ini. Memang mengundang hencapan sungguh😅.

Memang mengundang rasa nak bagi penampar je tau😅

Asbab makan Arancini rice ball semasa dalam latihan kombat menentang pasukan elit Viper, boleh pula deme tiba-tiba bertukar menjadi kumpulan KPop menyanyi lagu My Flavor😅. Kome tengok video clip di bawah ye.

Deme ni siap dijemput buat persembahan di program anugerah sekarang ni😅. 

Sakan ye trainees lain ada yang tidak debut pun dalam hidup sebenar. 

Deme tetiba meletup😅. Rezeki sungguh.

 

Walaupun mula-mula asyik berbalah aje kerojenya, semakin deme bersama semakin molek persahabatan mereka. Banyak la kisah suka duka deme semasa bertugas ni.

Nasib baik la ada Sarjan Major Park Jae-young (gambar di baris kedua) dan Post Commander Cho Ye-rin (makwe manis di baris ketiga) yang sokmo defend anak-anak buahnya. Ketua tukang masak si Yoon Dong-heon (gambar di baris terakhir) memang mengundang hendak disekeh je di mula cerita tapi dia menjadi penyokong kuat hero sehingga akhirnya
Ini masa deme sertai pertandingan memasak

Masa den tengok Koperal Kim Gwan-cheol menangis makan burger yang dibuat oleh Kang Seong-jae sebab teringat pada arwah neneknya, den ikut menangis sama sebab teringat kenangan makan burger Ramli dengan arwah mak den.

Lepas itu, terus den pesan burger Ramli melalui Grab pada pukul 10.30 malam😅. 

Si Company Comander lakonan Lee Sang-yi ni memang hendak kena rembat sebab kerojenya ambil gambar selfie dan minum kopi hipster. Bertuah sungguh😅.

Den paling suka quote dalam KDrama ni "live a pure and clean life like a tofu" 💖

 

Untuk den, cerita ni sumpah best teruk sebab ianya melibatkan persahabatan, comrades, ketua yang menjaga anak-anak buah dan makanan yang sedap.  

Storyline 5🌟

Komedi 5🌟

Makanan sedap 5🌟 

Perangai sengal-sengal ubi 5🌟 

 

Park Ji-hoon yang melakonkan watak Kang Seong-jae meletup sungguh selepas KDrama Weak Hero dan movie The King's Warden (ini den belum tengok sebab bleak and trading ending berdasarkan kisah benar).

Mantap Park Ji-hoon sebagai hero dalam KDrama ni

In sha Allah KDrama yang termasuk dalam kategori KDrama yang den akan ulang tengok.

So kalau kome ada masa cuba tengok KDrama ini ye. 

In sya Allah molek ceritanya. 

 

 

 

18 comments

  1. Macam sedap je storyline drama ni. Kena tengok la nanti...

    ReplyDelete
  2. Drakor Ini memang dah masuk dalam list saya kak. Saya paliiiiing suka kalau ada Drakor dengan tema kuliner. Pasti nontonlah. Menarik soalnya. Fav saya utk Drakor kuliner : Dae Jang Geum Is Watching . Aiiih ini lucuuuu dan pasti drooling kalau dah nonton masakannya. 😂😂.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti KSarie akan cuba tengok Dae Jang Geum Is Watching

      Delete
  3. Ehh macam best jerr... baca pun dah gelak hahahaha
    Nanti nak tengok laaaa

    ReplyDelete
  4. Baru tahu Grab pukul 10.30 malam pun masih ada. KSarie ni memang pandai menulis review drama korea, mengundang orang lain pun rasa tertarik nak tengok sama, tau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehehhe tapi KDrama ni memang molek sungguh😅

      Delete
  5. Hahaha ini mmg tgk dah.... bongok la askar² tu lawak!!! Yess wajib tonton🤣🤣🤣

    ReplyDelete
  6. Baru nak start tengok Kdrama ni tapi tertengok dan ter-obses Drama Jepun jugak lately. Tapi dah baca sinopsis nya memang best Kdrama ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahhhh drama Jepun apa Mulan sedang tengok sekarang?

      Delete
  7. cerita yg ada berkisarkan makanan ni mesti best.okay kita percaya dgn review ksarie, masuk list dululah!

    ReplyDelete
  8. Belum terjebak lagi. Dalam waiting list ni. Pelakon best-best ni.

    ReplyDelete
  9. Best ni tapi bukan Netflix kan... adehhh
    Saluran mana ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha...dianya di HBO Max. Tapi ceritanya memang awesome

      Delete