Ole-ole Dari Blogger Fanny dan Fajar

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar semua di hari Ahad yang molek ini?

Sebelum den bergerak ke site sebab kena kerja hari ini, moh la update blog begitu.

Nangis kan hari Ahad pun kena kerja😅? 

Begitulah nasib seketul Bidasari😅. 

 

Terima kasih kepada blogger Fanny dan Fajar kerana sudi memberikan ole-oleh dari Indonesia kepada den. 

Semuanya den terima dengan hati yang sangat gembira dan berbunga-bunga. 

Besar tapak tangan, Stadium Shah Alam yang sedang dalam pembinaan semula itu kutadahkan begitu konsepnya.

Terima kasih Fanny sudi bawakan kiriman Fajar kepada den.

 

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini den jatuh hati kepada buku-buku daripada pengarang Indonesia selain daripada Andrea Hirata dan Tere Liye.

Dua orang penulis Indonesia ini memang legendary di Indonesia.

Jadinya bila menerima ole-ole buku-buku daripada Fanny dan Fajar, den sangat gembira. 

Asyik aje la den jatuh hati segala ye.

Bulan lepas jatuh hati pada Cha Se-gye. Eh😅.

Den sangat gembira menerima ole-oleh 3 buah buku daripada Fanny.

Ada sehelai tudung.

Wrislet warna gold yang molek.

Coin purse comel ada mata.

Hand cream Secret Garden.

Suka sangat semua kadonya💖. 

Terima kasih Fanny.

Terima kasih kepada Fajar kerana memberikan 3 buah buku.

Suka sangat semua tajuk bukunya💖.

In sya Allah nanti KSarie baca ye. 

Kepada siapa yang masih belum mengenali Fajar, boleh blogwalking ke blog beliau yang menceritakan tentang tempat-tempat menarik di Indonesia terutamanya Jakarta.

Lengkap banget blog nya siap ada peta, hendak naik pengangkutan apa ke sesuatu tempat, dsb. 

 

Berbesar hati sebab siapa sangka asbab blogwalking dapat berjumpa orang molek-molek macam Fanny dan Fajar yang sudi pula mengirimkan kado.

Terima kasih yar Fanny dan Fajar.

Semoga terus dimurahkan rezeki, diberkati umur berbaki dan di bawah rahmat Allah selalu. 

 

 

 

23 comments

  1. Hadiah dari Fanny sangat personalized kan. Mana yg suka baca buku dihadiahkan buku, mana yg suka masak macam PH ni dihadiahkan bumbu masakan :)
    Happy reading !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la rajin sungguh Fanny spend masa cari souvenirs yang kena dengan minat kita. Ha...nanti hendak baca semua buku-buku ini

      Delete
  2. Rezeki dapat hadiah buku tu. Selamat membaca.

    ReplyDelete
  3. Hadiah yang sesuai buat ulat buku macam KSarie 😃
    Sekejap je boleh habis semua ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah rezeki tambah koleksi buku. Semoga ada rezeki untuk membaca nanti

      Delete
  4. Alhamdulillah, tumpang seronok saya, KSarie dapat hadiah dari Fanny dan Fajar. Selamat membaca, ya. Sungguh berdedikasi, hari Ahad pun bertugas. 💪

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah rezeki dapat buku-buku molek. Sedih sebenarnya kena kerja pada hari Ahad😅

      Delete
  5. Tak keluar rumah la Sari cam ni... banyak buku nak kena khatamkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahhaha memang berjujuk buku dok menanti untuk dibaca😅

      Delete
  6. Alhamdulillah rezeki dapat buku-buku molek. Sedih sebenarnya kena kerja pada hari Ahad😅

    ReplyDelete
  7. Aissshh.. hadiah saya ni takde apa-apanya dibanding dengan yang Ksarie berikan pada kami semua.
    Tunggu yaa, aku akan tuliskan juga ceritanya hari inii :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehhehehe its okay Fajar. KSarie memang happy terima buku-buku ini

      Delete
  8. bertambahla koleksi buku tu. tapi nampak nipis je, dalam masa seminggu boleh habis ni :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kadang-kadang ada buku yang nipis itu banyak naw pesanan tersirat langsung la KSarie terpengsan kejap membacanya😅

      Delete
  9. Alhamdulillah rezeki KSarie

    ReplyDelete
  10. Rezeki KSarie...buku dan ilmu. Semoga ada masa dan kekuatan untuk membaca buku tersebut nanti.

    ReplyDelete
  11. Hadiah dari kak Sarie pun bagus2 sangaaaat. Untuk buku saya dah baca 2. Semua saya tulis di IG story dan highlights. Trus pindah dulu baca novel Indonesia. Nanti baru akan baca buku kakak lagi. Memang sukaaaa semuanya. Yg Denting tuh baguuuus sangaaat. Memang lah mengingatkan saya dengan buku2 sastra lama 👍👍. Jarang yg begini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah Fanny sudi membaca buku-bukunya. Antara buku favourite KSarie Dentang itu. Memang seru ceritanya

      Delete
  12. Bagi si ulat buku bila dapat hadiah buku rasa macam dapat emas 😁
    Menarik buku-buku tu semua.

    ReplyDelete