Makan Sampai Segah Perut Dengan Blogger Fanny, Uncle Gedek dan Aunty

Assalamualaikum.

Apa khabar semua di hari terindah kerana hari ini hari Jumaat😅? 

Sebelum den terlupa lebih banyak perkara, ayuhlah den berkongsi cerita sesi makan-makan sampai segah perut bersama blogger Fanny, Uncle Gedek dan Aunty yang berlangsung pada 21 Jun lepas.

Rancangan asal adalah jumpa mereka di TRX dan sembang sekupang dua dan balik rumah tengok KDrama Royal Nemesis aka Cha Se-gye yang diangaukan itu😅.

Berakhir dengan:  

Lunch di GRAI, TRX - BookXcess REX KL - Masjid Putrajaya - minum petang di Glasshopper - makan malam di Hidang, KL

Tajuk yang sesuai untuk semua aktiviti di atas adalah makan sampai segah perut atau food coma😅. 

Semua tempat di atas den tidak pernah jejak kaki kecuali Masjid Putrajaya. 

 

Terima kasih daun keladi kepada UG dan aunty yang belanja semua makanan sedap-sedap ni. 

Segan den sebenarnya semua dibelanja oleh pasangan romantis yang bersemut ini ye.

Mereka meraikan Fanny, tiba-tiba den tersesat masuk dalam program deme.

Segan sungguh rasanya.

 

Blogger Fanny sebagaimana yang kita semua tahu rajin sungguh tinggalkan ulasan dari hati di setiap post yang beliau singgah.

Beliau kongsikan tentang hal berkaitan kuliner dan travelling di blog nya yang diupdate setiap hari Selasa.

UG pula akan update blog setiap hari dengan selfie di pelbagai tempat dan captions yang catchy.

Legendary mereka berdua ini.

Den pula adalah seorang blogger yang update blog secara berkala sebab terlalu suka berhibernasi😅. 

 

Makan Mee Bandung di GRAI, TRX 

Besar la sungguh TRX itu ye.

Jakun sebentar den yang pertama kali sampai di TRX.

Seperti biasa sesat barat ke laut dalam dan Bidasari berpisah tiada😅.

Mujur jumpa juga GRAI selepas sakan berpusing di sana sini.

Macam berjanji semuanya pakai baju warna hitam. Cuma seluar den bukan jeans

Mee Bandung sepinggan itu adalah sangat besar portion nya dan terlalu mengenyangkan untuk seketul Bidasari yang telah makan lai chi kang sebelum mencari lokasi GRAI😅. 

Jenuh hendak menghabiskan mee bandung yang ada rasa udang kering segala ni. Besar naw portion nya

Den ini daripada dulu memang seorang yang introvert.

Memang suka berada di background sahaja.

Rasa berdebar hendak pengsan masa mula-mula sembang dengan Fanny, UG dan aunty.

Deme ramah tamah dan welcoming je.

Den yang agak terkulat-kulat di situ😅. 

Den sudah lupa apa yang den merapu di dalam cubaan menyembang den itu ha😅.

Harus la selfie bila bersama dengan UG

BookXcess REX KL

Selepas makan, den ingat hendak mengucapkan Bye Bye Bye bak kata NSYNC.

Tetapi deme ajak ikut sekali ke BookXcess REX KL. 

Adoiiiii segan sungguh rasa di hati tetapi tidak tahu nak cakap macam mana hahahahaha.

Maka ke BookXcess REX KL la kita.

Banyak tempat menarik untuk bergambar sakan. 

Masalah den adalah hari-hari pun malas. Acaner tu

Sementara tunggu Fanny mencari souvenirs di sini, den lepak di tangga menyembang dengan aunty

Kalau dibiarkan den merayap dalam BookXcess itu nanti den kena rasukan abalasa lalu lupa daratan dan shopping buku macam kan ada anak ikan chaebol seperti Cha Se-gye😅.

Ingatkan den nak balik dah lepas ni, sekali deme kata kena ikut program sampai habis😅. 

Sumpah den bukan tidak sudi cuma den segan sungguh. 

 

Masjid Putra, Putrajaya

Dari REX KL, kami ke Putrajaya.

Sebelum solat di Masjid Putrajaya, kami bergambar di depan bangunan ikonik di Putrajaya ini.

Den suka gambar ni sebab macam kanak-kanak tabika vibes nya hehehehehe

Den rasa ada dalam 7,8 tahun lepas kali terakhir den solat di Masjid Putra ni.

Lawa sungguh senibinanya kan.

The Glasshopper Cafe, Putrajaya

Lepas solat, aunty kata moh kita minum petang.

Den macam eh makan lagi ke hahhahahahaa.

Cafe ini antara cafe yang viral di Putrajaya. 

Memang lawa tempatnya. 

Aunty dah macam konduktor orkestra kan

Sembang dan makan lagi.

Kisah travel, makanan, kehidupan, dsb. 

Loving couple sangat ni. Bersemut sokmo.
UG punya mushroom soup
Fanny makan kek
Cantik kejadian telur 3/4 masak pilihan aunty ni
Den mampu makan nachos dan minum peach tea aje. Sedap cicah dengan avocado. Kopi itu milik UG. Fanny pun order kopi yang sama. Tidak tahu den apa nama kopi hipster ini. 

Masa ni den cuma mampu makan nachos aje sebab udah kenyang macam hendak pengsan. 

Masa dok minum petang, UG dan aunty tanya Fanny hendak makan malam di mana😅. 

Masa ini den udah pasrah sebab UG kata kalau tidak ikut program sampai habis kena balik sendiri naik MRT hahahahhhaaa. 

Dapat jumpa orang molek-molek pun satu rezeki kan

Hidang, KL

UG dan aunty cakap persinggahan terakhir sebelum program ditamatkan adalah makan malam.

Den dalam kereta udah hendak pengsan kerana terlalu kekenyangan😅. 

Memang molek tempatnya.

Sedap ye menu aunty pilih. Daging masak lemak cili api. Daun kayu masak lemak tempoyak. Ayam kampung. Telur dadar.

Semua menu nampak mengancam cumanya masa ini perut den udah angkat bendera putih😅.

Den cuba juga makan tapi tiada daya menghabiskan semua makanan sedap itu kerana terlalu segah perutnya😅.

Makan dan sembang macam-macam cerita lagi.

Terasa seperti gergasi pula bila berada di antara Fanny and aunty yang comel lote

Lepas menghantar Fanny di hotelnya, den ke Stesen LRT Masjid Jamek.

Alhamdulillah selamat sampai rumah pada 10.30 malam.

 

Rancangannya hendak jumpa Fanny, Uncle Gedek dan Aunty di TRX untuk makan tengahari.

Berakhir dengan sesi makan sampai pengsan hingga ke malam begitu😅. 

Alhamdulillah untuk rezeki yang tidak disangka-sangka.

Berjumpa dengan orang baik-baik.

Disantuni dengan penuh berhemah dan molek.

Berkongsi cerita dan pengalaman. 

 

Untuk Fanny, UG dan aunty, terima kasih sudah sudi menerima kehadiran den di dalam program makan-makan pada hari itu. 

Sekiranya ada salah silap semasa berbicara atau ada ciri-ciri raksasa gorgon, den mohon maaf atas segala keterpleotan itu. 

Semoga ukhwah berpanjangan dan in sya Allah ada rezeki kita berjumpa lagi ye. 

In sya Allah semoga ada rezeki jumpa UG dan aunty lagi sebab hari tu den datang melenggang kangkung tidak bawa buah tangan apa pun.

Dasar mentibang laut sungguh den ni😅. 

Terima kasih atas segalanya ye Fanny, UG dan aunty.

32 comments

  1. Saya baca dari awal sampai akhir sambil tersenyum-senyum!
    Tumpang seronok tengok acara jalan-jalan hampir seharian ni, dan ikut rasa kenyang tengok makanan 😁

    Kalau ke Putrajaya, saya nak try makan di Glasshopper tu jugaklah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang kenyangnya itu tidak boleh dibawa berbincang😅

      Delete
  2. Tak sangka blogger lejen direzekikan untuk bersua muka...memang terbaik la korang...pasti memori tersebut kekal diingatan sampai tua..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah rezeki sungguh dapat berjumpa deme. Antara momen manis bagi tahun 2026

      Delete
  3. kekenyangan tul la kalau makan sepanjang hari mcm ni....happy tul jumpa rakan2 blogger gitu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin berat saya naik 1 kg selepas seharian bersama mereka bertiga yang happening itu😅

      Delete
  4. Seronok baca entri ini. Kelakar dan lucu! Hendak ketawa bila baca terasa seperti gergasi! Moga kaluan dapat bertemu lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la terasa besar bagak KSarie ni persis gergasi😅

      Delete
  5. Seharian betul tu makan dan makan. Yang baca ni pun terasa kenyang. Hihi

    ReplyDelete
  6. Wah, meriah sekali kamu semua..alhamdulillah, baca entri, sanagt tertarik ..tahniah hebat ya pertemuan ni, gambar pun meriah teruskan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih cikgu. In sya Allah akan diusahakan untuk menulis

      Delete
  7. Kak sariiiiieeee, isssh manada kakak pendiam. Seruuuuu tahuuuu mengobrol dengan kakak 😄😄😄😄❤️. Macam dah kenal lama kan. Banyaaak yg kita sembang tuh 🤣👍.

    Betul2 lah uncle nak menggemukkan badan saya memang 🤣. Kenyang sungguh. Sampai balik hotel nak mandi pun dah hampir terpejam 😅.

    Mesjid Putrajaya tuh saya trakhir sholat sana waktu kuliah di Penang 2003 mungkin. Atau 2004. Lagi liburan ke Putrajaya dengan papa. Banyak beda rasa2nya.

    Kopi saya tuh dirty latte. Tp yg kemarin kurang pekat lah. Kalau makanan Memang best.

    Dinner kita saya sukaa sangat, terutama MLCA. Ya Allah, sedaaapnyaaa 🤤🤤🤤. Teringat lagi sekarang 🤣

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih tau Fanny sudi melayan KSarie yang blur-blur ayam ni😅Semoga tidak serik untuk berjumpa KSarie lagi yar😅UG dan aunty memang berusaha gigih pastikan kita food coma ye😅

      Delete
  8. Nanti kalau kakak ke JKT, kita ngopi2 sambil jalan cari buku 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. In sya Allah Fanny. Terima kasih atas pelawaannya

      Delete
  9. Baik hati betul UG & Aunty ye, dari awal sampai habis agendanya makan aja :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la makanya PH. Sampai nak terpengsan dah sebab banyak sangat makan😅

      Delete
  10. Waaah, seru betuuuul bisa keliling dan jalan-jalan bareng uncle dan Mbak Fanny.
    Saya langsung ingin kerja dan nabung yang banyak, supaya nanti satu waktu bisa ganti berkunjung ke Malaysia jugaa. Doakan yaa!

    ReplyDelete
    Replies
    1. In sya Allah KSarie doakan supaya Fajar bisa debut dengan novel lalu menjadi best seller dan terus punya banyak wang untuk berkeliling dunia termasuk Malaysia

      Delete
  11. Alhamdulilah btul tu ksarie..rezeki berjumpa orang yg baik².. semoga ukhwah semua org akan berpanjangan

    ReplyDelete
    Replies
    1. In sya Allah semoga Allah memberkati semua hubungan yang molek-molek

      Delete
  12. Wah... best giler, dapat jumpa Fanny, Uncle Gedek dan Aunty. Terasa kemesraan di situ, dan tumpang seronok saya baca. 🥰 BookXcess Rex KL itu, sungguh menarik tempatnya. Harap boleh sampai sana satu hari nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah rezeki KSarie jumpa orang molek-molek. Tot pernah pergi BookXcess Ipoh? Itu pun unik sebab bangunannya adalah bank lama

      Delete
  13. Hahaha! Nyaris2 nak naik MRT kan? Huuhu.
    Terima kasih lah sudi luangkan masa sama-sama menyantuni Fanny dan memeriahkan kami. Ternyata Bidasari tu memang tinggi sense of humornya sama seperti tulisannya...
    Thank you sekali lagi... Next time berani repeat? Hahaha!

    ReplyDelete
    Replies
    1. In sya Allah next time kalau ada rezeki repeat saya akan IF dulu 1 hari sebelum janji makan-makan itu😅. Terima kasih ye UG dan aunty sudi melayan saya dengan begitu molek sekali

      Delete
  14. tinggi jugak ksarie ni.. macam hakak bomba!
    kalau pakai seluar jeans dah perfect sungguh! lelagi semua orang pakai cermin mata xD
    oo uncle time selfie tu muka senyum, masuk kat blog muka serious pulak!

    anyway, saya terhibur baca entry ni. plan asal jalan2 di KL, tiba2 menyasar sampai ke putrajaya sampai malam hahaha. Alhamdulillah bertemu dgn kawan2 blogger yg baik!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha tinggi tapi tidak fit macam hakak bomba😅. Rezeki dapat makan-makan sampai ke malam. UG bila berdepan banyak senyum dan ketawa, di blog control macho barangkali ye😅

      Delete
  15. Wahh best best tumpang seronok membacanya. Baru balik grasshopper lepas brisk walk dengan anak solehah tadi 😍😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha rezeki sungguh dapat jumpa orang molek-molek macam UG dan isteri serta.Fanny😍

      Delete
  16. Patutlah food coma... dari lunch hingga dinner ya..

    ReplyDelete