Wordless Wednesday 34/2026

 

Pemandangan di satu pagi dari ofis den

Masa menapak balik dari kedai ternampak pokok jambu meriah berbuah. Tanya dekat tuan rumah boleh ke nak minta sedikit. Katanya ambil je la. Yeay dapat buah jambu
Setelah hampir 15 tahun duduk di sini baru tau ada kewujudan laluan pejalan kaki ini. Kalau tidak udah lama den briskwalk di sini dan bisa mendapat badan seperti Gigi Hadid😅
First time tengok cili Palermo ni. Besaq nak mati. Lebih panjang daripada tapak tangan den.
Bila berjimbaan kita makan aje apa yang teringin begitu konsepnya😅Makanan Jepun kali ini
Kembali berusaha😅
Ada member cakap oats hanya sesuai sebagai makanan haiwan ruminan. Ramai terpedaya dengan mitos barat kata oats baik untuk kesihatan. Tapi disebabkan den sudah beli sepeket rolled oats. Makanya marilah kita makan sampai habis begitu.
Konco yang selalu sabotaj rancangan eat clean den letak pada status whatsapp nya yang dia masak bihun goreng untuk breakfast. Den whatsapp dia "nak la semangkuk". 1 jam kengdian dia sampai bawah ofis den dan hantar bihun goreng sedap + sambal nyet bilis KA untuk den rasa. 


26 comments

  1. Waaah jambu begitu sedaap di buat rujak 😄.

    Apa rasa Chili Palermo itu ya kak? Pedas tak? Atau mirip paprika?

    Saya juga tak suka oat. Bingung nak buat sedap hahahaha.

    Eh tapi pas ke Boston saya ada ketemu oats dengan rasa. Jadi saat diseduh, adalah rasanya, tak hambar sangat. Macam rasa apple, rasa raisins. Sedaap. Menyesal beli sedikit 🤣. Indonesia tak ada

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya mirip paprika. Rasanya kalau habis oats kali ini KSarie tidak akan beli lagi😅

      Delete
  2. Jambu tu kena ada kicap pedas... baru terangkat!

    ReplyDelete
  3. Masya Allah cantiknya permandangan dari aras atas office KakSarie. Syok tengok hari-hari waktu bekerja tu.
    Merah menyala buah jambu tu. Cantik warnanya. Terasa manis masam kelat-kelat sikit tu. Baik hati tuan rumah berkongsi rezeki.
    Mak aihh macam jauh laluan brisk walk tu nak sampai ke hujung. Bolehlah jadi port briskwalk KakSarie pasni.
    Tak pernah tengok pulak cili Palermo ni. Besar betul.
    Yaaa kalau berjimba tu makan je apa yang selera makan. Lansung lupa apa itu diet. kikikiki...
    Wah untung betul, mintak je terus dapat ek. Alhamdulillah, dapatlah kita merasa. Lupakan diet.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah rezeki pemandangannya, makanannya, laluan briskwalk yang baru ditemui♥️

      Delete
  4. Adoiiii.. kijam betul kawan yang cakap oats hanya sesuai sebagai makanan haiwan ruminan... mula lah hati tu berbolak balik nak makan ke tidak😆
    Tak baik membazir🤭

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lebih habis 1 packet oats tuh nampaknya tak payah beli lagi😅

      Delete
  5. Hahahaj makan selagi boleh kak ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. 😅😅😅😅😅

      Delete
  6. Perghhh Gigi Hadid tu hihi... PH kalau dapat ala2 Cindy Crawford pun jadi la ahahaha...
    Bestnya kawan tu, siap hantar ke ofis. Bff agaknya ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah kenal sejak umur 16 tahun, pernah jadi housemate. Alhamdulillah sampai sekarang baik lagi

      Delete
  7. Cantiknya sunrise Subhanallah. Betul pasal oats ni, tak lah elok makan dia saja sepanjang masa. Jambu merah tu, ehhhh terliur la pulak nya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ramai cakap oats untuk kuda. So lepas ni tak nak makan dah😅

      Delete
  8. Tu yg seronok bila ada orang hanta makanan.. hihi..
    Nak juga badan mcm GigI Hadid..🫣🫣

    ReplyDelete
  9. Semoga KSarie semakin rajin briskwalk kerana sudah jumpa laluan pejalan kaki yang cantik. 😊 Semoga KSarie juga berjaya makan rolled oat sampai habis. Saya sudah habiskan oat saya, dan tak merancang untuk beli lagi. Dr. Mani kata, oat tu, kuda yang makan. Orang tak makan. 😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha...so KSarie habiskan rolled oat sampai habis lepas tu tak mau beli dah hahahahaha

      Delete
  10. Besarnya cili tu tak pernah jumpa.

    ReplyDelete
  11. cantiknya gambar pertama tu.
    oats, salmon, avocado ni semua agenda orang putih je. padahal kita ada ikan kembung yg lebih tinggi protein dari salmon. ada tempe dan ulam ulam tempatan yg sihat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha tempe memang favourite KSarie. Avocado pun suka juga. Cuma oats tuh tak lalu makan.

      Delete
  12. kan tiba-tiba sekarang ni semua yang kita makan dalam usaha nak kurus tu salah. itu semua punca naik berat...contohnya makan pisang, oats, ehhhhhh patutlah ktia tak kurus2 ahakss. Ater macam mana nak kurus, 3 hari eat clean konon, hari ke 4 ko pulun nasi kandar menggunung, ayam goreng, kari banjir

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eat clean 3 hari. Cheat day 4 hari😅

      Delete
  13. cili tu rasa tak pedas langsung kan? kadang rasa dia lebih manis dari capsicum. buat ulam boleh la

    ReplyDelete