Assalamualaikum.
Semoga semuanya sihat dan dirahmati Allah sokmo.
Den bersama keluarga, jiran dan rakan sepejabat telah beberapa kali makan di North Station ini.
Kalau makan banyak kali tu maknanya memang berkenan dooh la pada makanannya begitu.
Menu yang paling selalu dipesan di North Station adalah Laksa Sarang.
Ini kira menunya yang paling laku keras.
Telur sarangnya garing dan tidak berminyak. Ini yang paling win sebenarnya.
Kuah laksa pun pekat likat memikat, terasa ikannya.
Den pernah makan nasi daging, laksa sarang dan mee rebus.
Semuanya ada rasa, cukup rempah dan kena dengan tekak den.
Kalau jiran-jiran den memang akan makan laksa sarang.
Udah jadi default food deme kalau ke sini😅.
![]() |
| Telur sarang yang rangup |
![]() |
| Kalau cicah roti dengan kuah mee rebus ni pun ngam sebenarnya |
![]() |
| Nasi daging yang sangat molek kerana dagingnya lembut dan cukup rempah segala |
![]() |
| Ini layan sepinggan seorang pun jadi |
Set tempe dan tauhu yang digoreng rangup memang ngam buat kudapan selepas makan makanan berat.
Tauhu begedil sedang elok kentangnya semua.
Cicah pula dengan sambal kicap.
Pendek kata den suka semua makanan yang den pernah makan di sini.
Cendolnya pun sedap, banyak bahan, dsb cuma den ni suka cendol biasa bawah pokok di Seksyen 18 begitu.
Jadinya cendol den pernah pesan sekali sahaja di sini.
Ada banyak pilihan menu lain sebenarnya tetapi asal datang ke sini kalau tak makan laksa mesti makan nasi daging😅.
Kedainya comel aje.
Muat dalam 35 orang macam tuh rasanya.
Kalau datang waktu peak hour waktu lunch hour memang penuh.
Jadinya samada kita datang sebelum 1 petang atau selepas 2.30 petang in sya Allah senang sedikit hendak mendapat tempat duduk.
Waktu operasi kedai makan ini dari Isnin - Sabtu 9 pagi - 6.30 petang.
Hari Ahad deme tutup ye.
.
Harganya agak keras tetapi berbaloi dengan rasanya.
Kalau kome ke Shah Alam boleh pertimbangkan untuk menjamu selera di sini.
Jaga diri semua.











teringin la nak mencuba laksa sarang burung kat situ...
ReplyDeleteIn sya Allah sodap AK
DeleteSedapnya semua menu tu. Laksa sarang garing memang sedap.
ReplyDeleteItu yang menjadi kesukaan ramai kalau ke sini
DeleteFuh, terliur laksa sarang telur garing & kuah pekat North Station tu! Selesa sungguh kalau dapat timing elok sebelum peak hour, setuju. Tak payah berebut meja.
ReplyDeleteKannn....kalau timing cantik memang cun
DeleteOk, save dulu. Ceq pun berkenan tengok nasi daging tu. Menggoda 😋
ReplyDeleteSemoga dapat singgah makan sini satu hari nanti ye
DeleteTelur sarang tak berminyak tu dan kuah pekat yang buat orang suka makan. Ngam betullah ni dengan selera masing-masing ek.
ReplyDeleteBanyak makanan favourite saya ni. Kecur tengoknya tempe, tauhu bergedil, cendol. Menarik rupa cendol dia, rupa menawan.
Kedai pun aesthetic. Comel lukisan dan tulisannya.
Makanan sedap dan cafe tuh molek cuma tidak boleh berlama-lamaan sebab ramai yang menunggu meja untuk makan di sini
DeleteLgs saya catat. Drooling pulaaa melihat telur sarangnya. Apalagi kakak bilang tak oily. Memang sukaaa. Krn kalau tak pandai buat, akan oily sangat telur ini.
ReplyDeleteLaksa pun saya suka. Dah lamaa tak makan laksa yg begini. Asal kuah ikannya tak amis, saya suka.
Nasi daging tuh pun memikat sangat 😍😍😍. Suka kalau dagingnya dah di suwir2 begitu. Memudahkan nak makan
Betul Fanny. Kalau telurnya berminyak memang spoil rasa makan laksa sarang tu kan?
DeleteIsh ish.. tengok gambar makanan semuanya close-up belaka. Tergoda kita. 😁🤤
ReplyDelete😅😅😅😅😅
Deleteno wonder la selalu repeat. kita tengok gambar ni pun nampak meriah sangat menu nya.
ReplyDeletenext time kalau gi shah alam macam kena singgah jeee
Asal kata hendak makan laksa sarang, ke sini la kita begitu ceritanya😅
DeleteOk .. boleh masuk list ni.
ReplyDeleteS23 ni belah sanun, cross hiway, jauh sket. biasa pergi sec² belah masjid negeri😅
Kira dekat dah juga tu...ala-ala sepelaung begitu😅
DeleteLaksa Sarang, cendol yumm sedapnya tapi semuanya sedap. Boleh try kalau ke area sana pada suatu hari nanti 😍
ReplyDeleteIn sya Allah berbaloi singgah sebab food nya molek
Delete