Resensi Buku Agar Akhir Dirimu Diberkati Kompas Surah Al-Mulk oleh Syaari Ab Rahman

Assalamualaikum dan salam Jumaat semua.

Semoga semuanya sihat walafiat.

Den hendak kongsikan sebuah buku yang den berkenan dooh yang sempat den baca semasa warded.

📘110/2026 Agar Akhir Dirimu Diberkati Kompas Surah Al-Mulk

✍️Syaari Ab Rahman

📖396 mukasurat

🏫Perpustakaan Tun Uda Shah Alam

Surah Al-Mulk adalah surah favourite den selain Surah Al-Kahfi.

Buku yang mana setiap ayat di dalam Surah Al-Mulk ditadabbur serta disertai kod QR yang membawa kepada kupasan ayat tersebut melalui youtube adalah sebuah buku yang perlu dibaca dengan hati secara perlahan dan berlapang dada.

Memang perlu dengar video youtube setiap ayat melalui kod QR kerana ada perkara yang dikupas di dalam video tidak tertulis di dalam buku.

Surah Al-Mulk yang mengandungi 30 ayat ditadabbur satu per satu ayatnya dari ayat 1 dan ayat 30.

Setiap ayat memberikan penjelasan dan pengajaran tersendiri yang sepatutnya kita mengambil iktibar dan seterusnya berusaha untuk terus memperbaiki diri.

Den kongsikan beberapa tadabbur ayat daripada buku ini ye.

🌸Ayat 2 "Dia-lah yang menciptakan kematian dan kehidupan"

Kenapa disebut kematian dulu baru kehidupan?

Kematian - alam dunia & setiap yang hidup di dunia akan mati

Kehidupan - alam yang kekal abadi adalah kehidupan hakiki di alam akhirat tanpa ada kematian samada di dalam neraka atau syurga.

🌸Ayat 3 "Dia lah yang telah mengaturkan kejadian tujuh petala langit yang berlapis-lapis..." 

Masa baca tadabbur dan penjelasan ayat ni, den sedang duduk di atas katil di Hospital Shah Alam dan dari katil den boleh nampak langit dan awan dengan jelas dan terang.

Jadi rasa sayu je hati.

Dok terfikir dapat tak den keluar dari hospital ni.

🌸Ayat 12 - Pesanan kepada orang-orang beriman, keampunan dahulu baru dibicarakan tentang pembalasan syurga.

Pengampunan dosa adalah rahmat daripada Allah.

Tidak boleh masuk syurga kalau tidak diampunkan.

Dalam apa-apa situasi elakkan/hapuskan mudharat terlebih dahulu baru lihat kepada manfaatnya

🌸Ayat 13 - sentiasa berhati-hati dalam percakapan dan perbuatan termasuk kata-kata dalam group Whatsapp kerana Allah Maha Mengetahui segalanya termasuk lintasan hati dan apa yang tersembunyi.

🌸Ayat 19 - 3 pengajaran berkaitan burung:

✅burung tidak terbang terus menerus. Dia akan akan kuncupkan sayapnya untuk berehat. Manusia seharusnya begitu. Dalam kehidupan seharian perlu ada masa untuk berehat.

✅tujuan penciptaan burung = tujuan penciptaan manusia untuk menggapai ketinggian untuk kembali kepada syurga 

✅burung yang sentiasa terbang di langit = manusia mempunyai potensi perlu berusaha meneroka ilmu langit, astronomi, angkasa lepas, etc bagi menghayati kuasa Allah

Setiap ayat yang dihuraikan akan buat kita mahu tidak mahu terpaksa merenung perjalanan hidup kita.

Bahagian Eksplorasi al-Mulk memerlukan kepada lebih penelitian kerana melibatkan tema surah, teori komposisi, hubungan setiap ayat, dsb.

Tips menghafaz Surah Al-Mulk nampak macam tidak begitu berat tapi sebenarnya tidak begitu mudah😅.

Setiap ayat ada tujuan berkaitan ayat yang seterusnya.

Semoga satu hari nanti kita dapat menghafal surat Al-Mulk ye.


Buku berat yang perlu dibaca perlahan.

Baca.

Dengar.

Lihat.

Jeda sebentar.

Ulang baca.

Dengar dan tengok video kupasan setiap ayat.

Cuba faham.

Ulang baca lagi.

Terpana.

Terkesima.

Tidur sebentar 

Ulang baca lagi.

Begitulah.


Buku yang perlu diulang baca agar lebih bisa difahami dengan hati.

Baca pula buku ini masa warded di hospital.

Syahdunya itu lain macam sikit😅

In sya Allah semoga kita sama-sama mendapat manfaat untuk menjadi lebih baik daripada semalam dan seterusnya sentiasa istiqamah menyediakan bekal di dalam perjalanan pulang kepadaNya.

Have a great weekend.

14 comments

  1. Surah Al-Mulk kalau baca hari-hari mudah nak hafal. Sejak duduk asrama dulu memang bacaan harian sebelum tidur. Wajib baca ramai-ramai lepas prep.
    Bagus juga dapat baca kupasan setiap ayatnya lebih details daripada terjemahan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. KSarie sampai sekarang masih dok usahakan hendak menghafal surah Al-Mulk ni😅Semoga ada rezeki hendak menghafalnya nanti

      Delete
  2. Kenal sangat texture selimut hospital tu...

    ReplyDelete
  3. Selalu disarankan untuk baca Al Mulk sebelum tidur, tp tuhlaah, manusia. Kadang rajin, kadang malas .kalau sedang ajin, saya rutin baca sehabis sholat isya. Tp kalau dah kumat malas, memang lupa langsung 😔😔. Macam mana ya nak menjaga konsistensi baca Alquran ini . Adaaa saja godaannya ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama la Fanny....bila hendak istiqamah pun tidak tahu la. Tetapi kita jalan terus usahakan apa yang terdaya ye

      Delete
  4. Bagus bukunya, siap ada QR code yang boleh scan dan tengok video di youtube. Mekasih, KSarie, share sedikit tadabbur ayat Al-Mulk. Bila sudah keluar hospital pun mesti terbayang pemandangan langit dan awan dari tingkap hospital tu, kan. Kenangan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha...kalau dikongsikan semua nanti panjang beno pula blogpostnya itu😅

      Delete
  5. Terima kasih KSarie atas perkongsian yang sangat bagus ni.
    Tebal tu…dekat 400 ms hanya kupasan surah Al-Mulk.

    Biasanya kita fikir kehidupan itu merujuk kepada dunia, sebenarnya dunia hanya persinggahan dan akhirat itulah kehidupan. Fuh…bila fikir-fikir dan kaitkan dengan kehidupan sendiri, rasa menusuk jiwa 🥹

    Kat asrama sekolah dulu, setiap malam wajib baca al-Mulk secara beramai-ramai di dorm. 5 tahun dengan rutin yang sama. Malangnya, sampai sekarang saya belum hafal surah tersebut. Silap sendiri, tak ada kesungguhan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. KSarie sampai sekarang pun tidak terhafal Surah Al-Mulk ni. Kadang-kadang terfikir kenapa lagu senang dihafal tetapi surah jenuhnya la hendak dihafal walaupun Juzuk Amma

      Delete
  6. ayat ke 13 tu deep betul.. kadang2 selalu tak berhati-hati dalam percakapan.
    semoga Allah ampunkan kita

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan....banyak betul perkara yang kena muhasabah diri ni

      Delete
  7. Thanks for sharing KSarie. Ayat ke 13 tu, moga kita dijauhkan.

    ReplyDelete