April 2026 Recaps

Assalamualaikum.

Apa khabar semua di hari terakhir bulan April?

Dalam dok terfikir bila hendak menang cabutan bertuah BSN RM1 juta lalu boleh bersara awal, eh tiba-tiba sudah sampai di penghujung April😅.  

Sekejap benar masa berlalu.

 

Di samping membaca tentang kisah USA vs Iran yang masih belum berakhir, kemelut yang melanda Negeri Sembilan, perkara-perkara yang membuatkan den terfikir what the hell happened to the world dan sebagainya, kehidupan perlu diteruskan begitu.

Ada pelbagai anekdot juga di bulan April ini dalam hidup den.

Ambil cuti raya selepas orang lain di pejabat telah selesai bercuti raya. Heaven nya bila tidak sesak di sana sini😅. 

Lepak di Karai, Kuala Kangsar - menginap satu malam di D'Village Hotel & Villas, berjalan di Victoria Bridge, makan di Kafe Dapur Tok Enda dan melawat Kampung Warisan Budaya.

Rezeki dapat menyertai Program Book Tour bersama pemilik kedai buku, penulis novel, penterjemah, penulis puisi, pensyarah literature, penulis naskah akademik, pempengaruh seramai 12 orang. Macam mana den boleh termasuk di dalam program ini pun adalah satu misteri😅.Entah bila ada kerajinan hendak cerita pasal ini😅.

Mereka ini kecuali den adalah orang yang memang pernah/biasa masuk televisyen/radio, ada channel youtube, rajin buat live, minum bersama orang besar dan artis bagai, dsb. Makanya wajah mereka tidak rahsia lagi

Sakan membeli buku seperti kesurupan atau rasukan abalasa atau mempunyai hasil tanah sawit berekar-ekar semasa Program Book Tour😅. Nanti kalau ada rezeki den ceritakan. Perkara yang pertama kali berlaku di dalam hidup den. Bila kira-kira semula berapa yang dihabiskan untuk membeli buku semasa Book Tour ini pitam sebentar😅. Swipe kad kredit sana sini ala-ala waris Megah Holding😅. Dapat je penyata kad kredit langsung menangis di bucu katil😅.Kena kuatkuasakan Book Buying Ban sampai hujung tahun 2026 nampak gaya ni😅.

Menyesal kemudian tiada gunanya begitu😅Usah ditanya bila akan habis baca semua ini

Sertai kelas memasak 2 jam walaupun den cuma potong bawang dan serai dan makan dengan jayanya😅. Ini tidak tahu rajin ke idok hendak cerita nanti😅.

Bahan untuk hidangan resepi Asam Udang

Sertai kelas membuat tembikar 1 jam. Memang tidak berseni ye den ini. Senget benget cawan yang dibuat walaupun dibantu oleh cikgu😅. Entah bila ye hendak cerita pasal ini😅.

Beriya den membuatnya tapi terpleot juga kejadian tembikar den

Mengayuh basikal setelah bertahun lama tidak berbasikal. Ada aje la adegan-adegan hampir masuk longkang bagai😅. 

Kerja memang usah dibicara. Saban hari dok meratib bila boleh bersara😅? Tapi kata orang sesiapa yang dok bising hendak bersara ni la yang akan keroje sampai pencen😅.

Pagi tadi menjadi panel temuduga di satu jabatan Kerajaan di Perak. CGPA Generasi Z ini memang mantap-mantap belaka ye. Hampir semua orang calon yang ditemuduga mempunyai CGPA 3.5 ke atas. First time jadi panel temuduga, udah den buat preparation macam den yang akan ditemuduga.

Alhamdulillah rezeki dapat membaca 20 buah buku pada April ini. Rasanya ini rekod bilangan buku terbanyak den pernah baca di dalam sebulan sepanjang hidup den. Den faham apa yang paling penting adalah kualiti buku yang dibaca dan pengajaran daripada buku yang dibaca dan diadaptasi ke dalam kehidupan yang utamanya. Cuma saja suka hendak ada inventori buku yang telah dibaca.

Den recaps benda yang molek-molek aje la ye.

Kisah den yang hampir bertukar menjadi raksasa gorgon dan seumpama dengannya den simpan aje la untuk pedoman diri😅.

Selamat berhujung minggu yang panjang kerana esok cuti Hari Pekerja.

Semoga Mei 2026 akan lebih molek untuk kita semua.

In sya Allah.

Jaga diri semua.

 

 

0 comments